Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Ibubapa Budak Gebu yang Peduli Kesihatannya

Artikel kesihatan dipetik dari Harian Metro;

KETIKA mengunjungi pasar malam beberapa minggu lalu, terlihat seorang kanak-kanak perempuan comel yang agak montel badannya leka menikmati naget ayam dan tangan kirinya memegang cawan kertas berisi jejari kentang goreng sementara menunggu ibunya membeli barang dapur.
Sepupu wansiti [gambar sekadar hiasan]

Melihat kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan lima tahun itu, penulis teringat seorang peserta kecil sebuah kelab kecergasan yang tidak kisah gemuk dengan saiz badan hampir dua kali ganda rakan sebaya kerana ramai kawan perempuan di sekolah memujinya comel. Apabila ditanya makanan kegemaran, dengan pantas dia menjawab, roti canai dan nasi briyani.

Isu kegemukan di kalangan kanak-kanak memang sudah lama dibincangkan dan ia sudah menjadi masalah dunia. Namun masih ada ibu bapa yang memegang prinsip tidak apa kerana anak mereka sedang membesar dan beranggapan berat anak-anak ini akan susut apabila sibuk dengan aktiviti sekolah kelak.

Memang ada kanak-kanak yang kurus selepas memasuki alam persekolahan tetapi kebanyakan kanak-kanak gemuk berjaya mengekalkan saiz badan besar sehinggalah tamat sekolah rendah. Jika tiada usaha dilakukan (terutama di segi penjagaan makanan dan peningkatan aktiviti cergas) masalah berat badan berlebihan itu berlanjutan sehinggalah dewasa.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga 2006 ke atas 21,000 kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun menunjukkan 5.4 peratus alami masalah berlebihan berat badan. Jika anak anda termasuk dalam kumpulan yang gebu ini, sila beri perhatian kerana kajian terbaru oleh penyelidik Kanada mendapati salur darah kanak-kanak obes lebih cepat mengalami penuaan berbanding kanak-kanak dengan berat badan normal.

Kajian berkenaan membabitkan 63 kanak-kanak obes dan 55 kanak-kanak normal dengan purata umur 13 tahun. Kanak-kanak obes menunjukkan keputusan tidak normal bagi ujian imbasan bunyi pada jantung dan salur darah yang mengukur kelajuan aliran darah dalam badan.

Antara perkara penting dalam kajian itu ialah kekakuan aorta – iaitu pembuluh atau salur darah terbesar yang membawa darah beroksigen untuk diagihkan ke salur darah lain di seluruh badan.
Menurut ketua penyelidik dari Hospital Kanak-kanak BB di Vancouver, Dr Kevin Harris, salur darah aorta yang normal adalah anjal atau elastik untuk menampan aliran darah. Apabila keanjalan hilang, ia menandakan permulaan kepada pembentukan penyakit kardiovaskular (jantung) – yang mempunyai kaitan rapat dengan serangan jantung dan kematian.

Tambahnya, kehilangan ciri penting itu juga seolah-olah menandakan proses penuaan salur darah dalam badan kanak-kanak obes dipercepatkan (berlaku lebih awal, pada usia muda). Kajian selanjutnya diperlukan untuk mengetahui sama ada kekakuan salur darah ini boleh dibalikkan (menjadi normal semula) dengan rawatan seperti perubahan tabiat pemakanan dan senaman.

Mungkin ada ibu bapa tidak sedar bahawa mereka turut bertanggungjawab dan memberi sumbangan secara langsung kepada pertambahan berat badan anak melalui tabiat pemakanan yang kurang sihat.

Ini kerana tabiat pemakanan kanak-kanak terbentuk ketika mereka masih kecil iaitu sebelum memasuki alam persekolahan – mengikut gaya pemakanan ibu bapa. Apa yang membimbangkan ialah kanak-kanak gemuk dan obes sentiasa ada keinginan untuk makan walaupun tidak lapar.

Semua ibu bapa tahu pemakanan seimbang sangat penting, malangnya pengetahuan itu tidak disampaikan kepada anak-anak. Pada peringkat umur begini, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan membentuk gaya pemakanan keluarga seimbang dan menyihatkan supaya ia dapat diteruskan apabila anak dewasa kelak.

Lebih awal tabiat makan yang baik dipupuk, lebih baik. Usah tunggu anak memasuki usia remaja untuk membentuk tabiat makan mereka yang dianggap agak terlewat kerana pada usia ini mereka ada kecenderungan sendiri terhadap makanan. Tabiat pemakanan yang kurang sihat ini boleh terbawa-bawa hingga dewasa dan semakin sukar diubah.

Penyelidik Amerika Syarikat mendapati kebanyakan kanak-kanak prasekolah belajar menyukai rasa garam, gula dan lemak di rumah; dan mula mengenali jenama makanan segera yang memenuhi selera mereka. Inilah kesimpulan yang diperoleh daripada satu soal selidik ke atas 67 ibu yang mempunyai anak berumur tiga hingga lima tahun; mereka diminta menulis cita rasa anak dan menyenaraikan makanan yang tinggi kandungan gula, garam dan lemak. Kanak-kanak kemudiannya ditanya dan didapati bertepatan dengan jawapan yang diberikan ibu mereka.

Dalam soal selidik kedua, penyelidik mencari kaitan antara kecenderungan cita rasa dan pengetahuan 108 kanak-kanak prasekolah terhadap jenama makanan segera dan minuman manis. Penyelidik mendapati kanak-kanak berkenaan berjaya memadankan jenama produk dengan syarikat pengeluar – yang menandakan cita rasa mereka ada kaitan dengan pengetahuan terhadap jenama makanan segera.

Pendedahan berulang kali terhadap makanan begini akan membentuk cita rasa kanak-kanak terhadap garam, gula dan lemak. Tiga bahan ini adalah antara penyumbang utama kepada masalah kegemukan; apatah lagi kini semakin ramai kanak-kanak yang lebih selesa bertakhta di depan komputer atau televisyen.

Berdasarkan laporan Jurnal Persatuan Jantung Amerika, remaja yang mengambil banyak gula (daripada minuman dan makanan) mempunyai masalah kolesterol tinggi dan boleh mendekatkan mereka dengan penyakit jantung apabila dewasa.

Malah remaja obes yang menggemari makanan manis didapati menunjukkan peningkatan kerintangan terhadap insulin – dan boleh menyebabkan mereka mendapat kencing manis yang biasanya berlaku pada orang dewasa. Apa yang membimbangkan ialah kencing manis boleh berlaku pada kanak-kanak obes seawal usia enam tahun jika pemakanan tidak dikawal.

Pada kanak-kanak kemaraan kencing manis adalah lebih cepat jika tiada langkah kawalan dan mengalami pelbagai komplikasi yang biasanya muncul dalam masa 10 tahun menghidap penyakit itu. Ini bermakna mereka boleh mendapat komplikasi seperti kerosakan salur darah dan saraf yang mendedahkan pesakit kepada gangren (kematian sel, terutama pada kaki, akibat kekurangan bekalan darah dan oksigen) serta pemotongan kaki; kehilangan penglihatan (jika salur darah ke mata rosak), kegagalan buah pinggang, masalah kolesterol dan tekanan darah tinggi, penyempitan salur darah (akibat pengumpulan kolesterol dalam salur darah) serta serangan jantung.

Satu perkara yang perlu diingat ialah obesiti tidak datang bersendirian. Ia biasanya ditemani kawan-kawan rapatnya iaitu masalah tekanan darah, paras kolesterol dan gula dalam darah yang tinggi. Semuanya mendekatkan seseorang kepada penyakit kronik seperti serangan jantung, strok dan kencing manis.

Oleh kerana proses pertumbuhan masih berlaku, obesiti akan turut mengundang masalah lain seperti pertumbuhan tulang kaki dan lutut terjejas, asma dan gangguan tidur (seperti berdengkur dan apnea atau nafas terhenti beberapa saat ketika tidur menyebabkan mereka kerap terjaga), masalah dalam usus (ada risiko pembentukan batu karang atau batu hempedu kolesterol dalam pundi hempedu) dan masalah berlebihan lemak dalam hati dan organ lain.

wansiti: menjaga dan mengambil-tahu menu makanan seharian anak-anak adalah penting untuk tumbesaran mereka yang sihat.

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger