Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

0 Vaksin Cacar dan Kepentingannya

Atas usaha penyelidikan pemvaksinan yang dimulakan oleh Edward Jenner, penyakit cacar atau smallpox diisytiharkan pupus pada tahun 1979. Mahukah anda mengetahui, kisah tragis kes jangkitan Smallpox terakhir dalam sejarah?

Pada tahun 1978, Profesor Henry Bedson, seorang ketua penyelidikan mikrobiologis di Birmingham Medical School sedang menjalankan kajian mengenai virus Smallpox di makmalnya. Betul-betul di atas makmalnya adalah bilik seorang jurugambar perubatan, Janet Parker.

Ditakdirkan, kerana kegagalan Profesor Henry untuk menjaga keselamatan kajiannya, virus Smallpox tersebut terdedah dan disebarkan melalui saluran aliran udara ke tingkat atas, iaitu ke bilik Janet. Janet yang tidak pernah divaksinasi sebelum itu, menyedut udara tersebut dan dijangkiti penyakit Smallpox. Ruam-ruam mula timbul pada badan Janet, lantas beliau dimasukkan ke hospital dan disahkan dijangkiti Variola Major, iaitu variasi Smallpox yang paling berbahaya. Janet akhirnya meninggal dunia sebulan kemudian.

Namun yang turut menyayat hati, seminggu sebelum Janet meninggal dunia, Profesor Henry telah membunuh diri dengan mengelar lehernya kerana tekanan psikologi di atas kejadian yang menimpa Janet. Beliau menyalahkan dirinya kerana menyebabkan Janet dijangkiti penyakit tersebut, dan dalam nota terakhirnya beliau menulis,

“I am sorry to have misplaced the trust which so many of my friends and colleagues have placed in me and my work.”

Dengan kisah ini, saya menyeru kepada rakan-rakan dan bakal ibubapa sekalian, agar jangan sekali-kali memandang remeh kepada program imunisasi dan pemvaksinan. Jangan setelah nasi menjadi bubur, barulah penyesalan muncul. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari merawat.

wansiti: baca lebih-lanjut di sini.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 TEKNIK-TEKNIK MENGHAFAL

A. Teknik "Chunking 
"Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
* Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
* Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
* Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang 
*Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
*Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
Selepas menghafal setiap setengah muka surat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat 
Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
*Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman 
Pilih seorang teman yang sama minat. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset 
Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.

Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara 
Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis 
Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal. Kemudian semak semula dengan mashaf. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword" 
Buat beberapa kotak. Setiap kotak merupakan satu mukasurat. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur 
Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal.
Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik "Mindmaping" 
Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz,dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'. Mengekalkan Hafalan Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.

Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti, ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi. Kerjakan solat hajat kepada Allah. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.

Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk. setiap ayat yang mutashabih...

PANDUAN MENGHAFAZ AL- QURAN UNTUK ORANG AWAM 
Dalam bidang hafazan Al-Quran, beberapa fasa atau peringkat hafazan perlu dilalui dan kerana itulah terdapat beribu-ribu teknik hafazan di seluruh dunia. Sebelum anda memulakan langkah yang lebih jauh adalah lebih baik anda mengambil langkah awal dengan membuat persediaan sebelum memulakan hafazan, memahami fasa- fasa hafazan dan teknik-teknik asas hafazan di bawah.

PERSEDIAAN SEBELUM MEMULAKAN HAFAZAN 
1. Lancarkan bacaan dan pastikan tidak ada kesalahan pada baris, sifat- sifat huruf, menepati makhraj dan hukum tajwid pada ayat yang akan dihafaz.

2. Baca satu halaman dalam masa kurang dari 2 1/2 minit tanpa ada satu kesalahan, jika melebihi masa yang telah ditetapkan ini bermakna bacaan masih kurang lancar. Jangan sekali-kali menghafaz ayat yang masih tidak lancar bacaan dan hukum tajwidnya kerana ia akan membawa kesan yang buruk pada hafazan.

3. Setelah bacaan lancar (tidak tersangkut) barulah mula menghafaz.

4. Sebelum menghafaz pastikan diri betul-betul bersedia untuk menghafaz seperti ; bersihkan diri (mandi), fizikal dan mental betul-betul segar, fikiran kosong, jiwa dan minda dalam keadaan tenang (equanimity). Amat digalakkan Solat Hajat 2 rakaat dan berdoa minta Allah mudahkan hafazan.

5. Sematkan dalam hati (Ihtimam) bahawa ayat yang hendak dihafaz adalah ayat Allah (Kalamullah) yang agung, jadi jangan menghafaz sambil lewa atau sambil melakukan pekerjaan yang lain.

6. Tetapkan minda (mindset) dalam keadaan positif dan yakinkan diri yang anda memang boleh menghafaz Al-Quran.

7. Cari masa dan tempat yang sesuai. Masa yang digalakkan untuk menghafaz adalah selepas Maghrib, sebelum dan selepas Subuh. Dari segi tempat pula, pastikan tempat itu tenang (tidak bising/ privacy) dan yang paling penting anda berasa selesa berada di tempat itu.

FASA HAFAZAN 

FASA 1 – HAFAZAN BARU – ayat yang baru dihafal.
FASA 2 – HAFAZAN SEMASA – hafazan wajib dibaca setiap hari dalam tempoh 2 minggu.
FASA 3 – HAFAZAN LEPAS – hafazan lama, hafazan yang telah melalui proses hafazan semasa.

FASA 1 - ( HAFAZAN BARU )

1. Setelah ayat yang hendak dihafaz tersebut betul-betul lancar dan mantap hukum tajwidnya, perhatikan pula panjang ayat tersebut dan sekiranya ayat yang hendak dihafaz terlalu panjang (melebihi 1 baris) bahagikan ia kepada 1 baris atau lebih pendek, kemudian mula menghafaz mengikut kaedah tersebut :
• Baca 20x dengan melihat ayat.
• Baca 20x tanpa melihat ayat.
• Baca 10x dengan melihat ayat.
• Baca 10x tanpa melihat ayat.

2. Sekiranya hafazan sudah lancar dan mantap, teruskan hafazan kepada baris yang seterusnya mengikut kaedah yang sama. Namun sekiranya hafazan tadi masih bermasalah, ulangi kaedah yang sama sehingga hafazan mantap.

3. Setelah baris yang kedua dihafaz jangan terus berpindah kepada baris yang ke-3, ulangi baris yang pertama sehingga yang kedua dan pastikan hafazan tadi betul- etul mantap barulah berpindah kepada baris yang seterusnya.

4. Untuk barisan yang seterusnya, ulangi langkah 1 - 3.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Mi Segera Yang Beracun!

Cakap pasal makanan.. Memang banyak perkara boleh sembangkan.. Lebih-lebih lagi, jika bercakap tentang bahan-bahan yang dimasukkan dan digunakan semasa proses menyediakan makanan tersebut menjadi makanan-siap-untuk-dimakan.

Terima kasih kepada surat pilihan daripada Blog Rasmi PPIM yang sungguh informatif ini.. Sesungguhnya maklumat yang terdapat di dalam tulisan ini amat berguna untuk bacaan para penggemar Mi Segera yang ada kat luar sana. Kawan-kawan macam mana pula? Memang peminat tegar Mi Segera ke?
Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.
136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. 
Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.

Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.

Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera
Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1. Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2. Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3. Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4. Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5. BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6. Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

7. Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8. Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9. Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10. Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Menjual diri di pagi hari..? Part 4 (Hadis)

“Suci adalah sebahagian dari iman, Alhamdulillah dapat memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi. Solat itu adalah cahaya, sedekah itu adalah bukti iman, sabar itu adalah pelita dan Al-Qur’an itu adalah hujjah terhadap apa yang kamu sukai atau apa yang kamu tak sukai. Semua orang pada waktu paginya menjual dirinya, ada yang membebaskan dirinya dan ada pula yang membinasakan dirinya”

(HR Muslim)
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Sengal~ 9/10 akal vs 9/10 nafsu..bahayanya lelaki nie

Dialog ini adalah perbualan biasa dan ‘informal’ lagak-gaya remaja-remaji sekarang, yang penting ambil intipati dan maksud yang cuba disampaikan, yang slang sengal atau yang melampau tu, anggaplah sebagai penyeri bahasa yang tak berapa nk naik seri … huhu~

Hani: Salam, free tak? aku nak tanye nie…

Fikri: Free je, ade ape? Nak kawin ke?

Hani: Ish ko ni, ke situ lak. Ni nak tanye, ade sorang tu..die alim ar, die nak blanje aku makan..ko rase camne?

Fikri: Souka (oh ye?)..

Hani: die ni alim ar..banyak ilmu agame..pak imam..

Fikri: aku xde jawapan bagi soklan ko tadi tapi aku ade nasihat kalo ko nak dengar..nasihat tentang lelaki daripada lelaki..haahaa

Hani: oh, takpe2..aku da taw takley, entah la knape aku nak membenarkan jugak..nasihat ape?

Fikri: ko jangan caye kat laki skang, sume xley harap nye.Yang cakap ni pom same je. Xkisay la die tok imam ke, tok lebai pakai serban bertingkat-tingkat ke, amir jemaah ke, bila datang je kes pompuan, sume cair. Ko letak 1 juta ringgit depan aku, aku xkan curi tapi kalo ko bagi pompuan kat aku, serius aku xley tahan. Memang ar sjarah telah mencatatkan di sebalik kejayaan laki, ada pompuan di belakangnya contohnye nabi Muhammad. Di sebalik kejayaan Rasulullah, ada saidatina Aishah di belakangnya. Tanpa jemu memberi semangat kepada baginda sehingga baginda berjaya. Tapi ko kene ingat gak, sejarah juga mencatatkan kejatuhan sesebuah tamadun disebabkan pompuan gak.

Hani: eh,ye ke? Pompuan wat ape?

Fikri: xyah dok tengok tamadun lagi, tengok bende yang 1st skalik blaku dalam hidup manusia.

Hani: bende 1st skalik yang blaku dalam idup manusia? Etooo*…Pristiwa nabi Adam makan buah khuldi kanaa*?

Fikri: a’a. Nabi Adam da nekad untuk tak nak makan buah tu sebab Allah larang. Tapi sebab digoda oleh Hawa, Nabi Adam makan gak. Natijahnye, due-due kene campak ke bumi dalam keadaan bogel. Tu satu contoh.

Hani: lagi?

Fikri: Tariq, panglima yang membuka Andalusia. Tariq ni hebat gle, time sampai kat Andalusia, die bakar kapal-kapal die n die kate bahawa wahai panglima-panglimaku, di belakangmu laut, di kiri-kanan mu bukit dan di hadapanmu musuh. Jika kamu mahu terus hidup, maralah ke hadapan dan cantaslah leher mereka. Kehebatan Tariq ni ditakuti oleh pihak kafir, so orang kafir pun hantar pompuan-pompuan yang lawa kat khalifah yang ade kat Bagdad dan meminta khalifah memanggil Tariq balik. So,Tariq pun dipanggil balik. Spatutnya, empayar Islam dah berkembang sampai ke German taw. daripada 2 cite, Nabi Adam dan Tariq ni, menceritakan betapa lelaki ni lemah dengan perempuan. Nabi Adam, manusia yang berstatus nabi pun rebah kalo digoda wanita.

Hani: ala,tu goda..ni kuar biase je, makan-makan, borak-borak..mane la bley teransang.

Fikri: ni la pompuan, korang pk laki ngan pompuan same ke? Scare jujur, bukan daripada pengalaman aku je, ni pengalaman-pengalaman yang aku dengar dari kawan-kawan aku gak, laki x perlu sentuh-sentuh untuk transang. Dengan tengok, dengar suare da cukup untuk laki teransang. Korang memang la x transang. Ingat, hormon laki ngan pompuan lain. Lelaki, mata die x-ray, walaupon pompuan tu berbaju tapi bagi lelaki, tu lutsinar, sume bende kami nampak. Ade kawan aku, xtaw ar memang die lemah ke ape ke tapi die cakap kalo die mesej ngan awek die, awek die cakap ‘sayang awak’, ‘rindu awak’, die da gersang da.

Hani: oh..gitu ke? da tu yang orang kate laki ade 1 nafsu n pompuan ade 9 nafsu tu? Spatutnye kalo pompuan tengok tak teransang, laki sentuhpun takkan teransang la.

Fikri: hadis mane ko pakai tu? Puas aku cari pasal tu tapi xjumpe. Tu just perumpamaan yg diberi oleh orang alim. Nafsu yang dimaksudkan tu bukanlah ape yang ko maksudkan, scare ringkas yang dimaksudkan tu kesukaan, kesukaan pada membeli belah, kesukaan pada makan, kesukaan pada lelaki, kesukaan pada belajar. Maksudnye korang ni ade banyak bende yang korang nak buat, laki ni skit je. Haa.. aku terfikir someting ,try pk scare pecahan ko akan taw nape laki gile sangat pade pompuan.

Hani: pk scare pecahan? Etoo…laki ade 1 pompuan ade 9 ek..oh, maksudnye laki ade 100% pasal pompuan manakala pompuan lak ade 1/9 pasal laki kan?Macam ni kan? yang purple tu nafsu ke arah jantina lain.

Fikri: a’a, camtu ar. Tapi tu just pandangan aku la kalo ko nak gune hujah 1 nafsu dan 9 nafsu. Laki ni jarang jujur, die sanggup wat ape je untuk dapat ape yang die nak. Ramai laki yang nak pompuan sebab wajah die bukan prangai die, kengkadang ade laki yang cakap, “ aku ske die sebab prangai die, die baik gle..muke aku tak kisah sangat. ”Ni tipu, jarang benar ade laki camni, 1 dalam 1000 kot. Ade kawan aku tu couple ngan 5 pompuan dalam 1 mase. Yang pertame die panggil sayang, yang kedue die panggil sayang, yang ketige die panggil sayang, sume die panggil sayang. Ayat same je, ‘awak spesel, awak sorang je yang saye suke. Xde orang macam awak. Saye betol2 rindukan awak. Luv u sooooooooooo much!! ’Pompuan satu je pasal kebaikan die, senang je nk dimainkan oleh laki.

Hani: sbb kebaikan?

Fikri: a’a, sebab korang mudah pecaye. Korang pecaye sume bende laki cakap padahal lidah laki ni bercabang. Kadang-kadang,korang da taw da laki tu tipu tapi korang cakap, “nak wat camne, saye sayang kat die.” Kalo jenis camni, aku nak nasihatkan camne. Kalo bende yang bkaitan dengan hati aku tak taw sangat.Tolong ar jangan caye sangat ngan laki ni. Yang main ayat-ayat ni ok lagi tapi yang bahaye yang gune agama untuk dapatkan pompuan.

Hani: gune agama?

Fikri: sou, sou*..Kan banyak brite skang macam tu. Ustat temberang la, ape la..banyak sangat..Orang agame skang bukan macam dulu, dulu mereke jage pandangan betoi2 tapi skang kalo ustat tu, renung mate anak murid pompuan pom ade. Bukan nak cakap ape ar, tapi aku ade cite. Kawan aku tu ktue agama tempat aku blaja dulu.Die ade awek ar,tapi tu tak jadi hal besar sangat ar sebab budak ni baik sangat, subuh die ar paling awal ade kat masjid. So,ktorang rase die dapat jage batasan pergaulan die ngan awek die. Satu hari kantoi tengah dok berdua-duaan ngan awek die dalam gelap.

Hani: ye ke? Ish terok ye..

Fikri: tu la, tp xley nak cakap terok gak. Bagi aku, tu Allah nak tunjuk kat die Allah sayang kat die. Kalo Allah tak wat die kantoi, kompom die akan wat lagi, hari demi hari, tapi sebab Allah sayang kat die, Allah nak hentikan die daripada wat bende tu. Tu la, ko jangan mudah pecaye ngan oram-oram alim ni, ko tak kenai lagi die. Ko jangan caye kat laki, laki ni teruk..aku pom same ar, time aku ingat, aku buat. time aku lupe, nah..huhuhuhu..ko bley caye soram je laki atas muke bumi ni..

Hani: sape? Rasulullah?

Fikri: betoi la Rasulullah tapi ko x idup dengan baginda. Ish…Suami ko la! Ko ikut ape yang di suh slagi x langgar syarak, ko bley masok syurga ikut mane-mane pintu ko ske. aku bace ni kat Azz.wordpress, tajok die ‘Wanita Solehah lebih baik daripada bidadari syurga’ kalo x silap.

Hani: oh..tq coz kongsi bende yang aku x penah taw..kire2 ni pom ko nak gode aku la ni? =P

Fikri: sengal~

p/s: ekeke, maaf di atas byk ‘broken language’ samada bahasa Melayu dan English yang dicampur adukkan dan yang disalah eja…itu memang disengajakan,.
Credit to  azz.wordpress

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Use Do Follow Blog Comments For Better Google Search Rank And Page Rank

As your blog grows and becomes more popular, along with the benefits of increased traffic and depending on the nature of you blog increased AdSense earnings or sales comes some dilemmas. People will want to try take advantage of your success in a number of ways. One way unscrupulous marketers may try to take advantage of an Unwary blogger is an approach with an interest in buying a text link within a post.



A text link or hyper link is the name given to links you probably add to all your posts.If you write a post about Spice Up Your Blog you might add a link to Spice Up Your Blog within the post.These links help the site you link to in a number of ways, as we have previously covered Google follow links so if you add a link to this blog Google will follow that link and crawl this blog.Google also use links to determine the importance of a site, the more links Google find to Spice Up Your Blog the more importance they credit to it, basic SEO.

The Problem With Selling Text Links

There are billions of links throughout the Internet and most are natural.I might like your blog so i link to it, i might like a service or gadget so i link to it.As this blog has a page rank of 3 and many posts have a page rank of three a link from here could be very helpful.So what if you could Buy a link from my blog to your blog ? Simply send me a few bucks and i add a link to your blog in one of my posts.Well understandably Google don't like this as it effects the search results in an unnatural way.The search results you see are carefully generated using in dept technology to make sure the most relevant results are displayed highest.If someone could simply buy lots of links this would push them up the search rankings even though the site could be of poor quality and little relevance.


OK so you can see why Google don't like the sale of links and if you are suspected of selling links you will be penalised.In fact your Page Rank could be taken away and you could loose all search traffic from Google, a heavy penalty considering the potential traffic from Google.Currently over 70% of traffic to this blog comes from Google.


So if you get contacted by someone looking to buy a link within your blog as tempting as it may be (I have been offered $750 for one text link on a post) your answer has to be no.

No follow Text Links
It is worth mentioning Nofollow text links.Some time back i covered how to create Nofollow links that will not be followed by search engines.It is actually OK to sell a Nofollow link but it kinda defeats the purpose for the buyer so they wont be interested.Below is a video By Matt Cutts Of Google on the subject.

This is a fairly basic description of why selling text links is a bad idea but I'm sure you get the idea, have you been approached by someone looking to buy a link on your blog ?  link

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Rahsia Tembusi Nature: Jurnal Berimpak Tinggi

Slot temuramah oleh MajalahSains.com dengan Muhammad Rahimi Yusop. Seorang penyelidik merangkap pensyarah muda yang sedang menyiapkan PhD-nya dalam bidang kimia di University of Edinburg, United Kingdom.

Ada beberapa ayat yang menarik untuk dikongsikan di sini, iaitu:
Kebolehan mengenalpasti kekuatan sesuatu kajian atau penemuan merupakan sesuatu perkara yang memerlukan pengalaman yang lama. Ianya banyak bergantung kepada tahap pengetahuan dan pendedahan kepada penyelidikan terkini. Pun begitu, tidak dinafikan kriteria utama penerbitan di dalam jurnal berimpak tinggi bukan sekadar keasliannya sahaja malah ia haruslah memberi kesan keseluruhan spektrum di dalam bidang tersebut! 
Saya percaya jika kita dapat menguasai perkembangan terkini dan mengenalpasti kekuatan di dalam bidang masing-masing, setiap dari kita mempunyai peluang cerah untuk menerbitkannya di dalam jurnal berimpak tinggi. Sebagai contoh, kajian asal saya adalah berdasarkan sebahagian idea dan masalah yang dinyatakan di dalam Journal Angewandte Chemie Int. Ed. (Impact Factor > 10). Cuba anda bayangkan di manakah tahap penerbitan anda sekiranya berjaya menyelesaikan masalah yang dinyatakan di dalam jurnal tersebut? Tidaklah menjadi rahsia sebenarnya malah sesiapa pun boleh menulis dan menerbitkan jurnal hebat.
Baiklah, antara poin penting di sini adalah, 
* kenalpasti dahulu kekuatan dalam bidang kajian, 
* tahu isu dan berita terkini dalam bidang tersebut
* Cuba selesaikan masalah yang terdapat dalam jurnal penerbitan sebelumnya yang berimpak tinggi.

Perkara lain yang disentuh daripada link ini, adalah.. 
... perkara utama yang perlu ada bagi menghasilkan penyelidikan bermutu bermula dengan idea terbaik yang dicetuskan daripada bahan rujukan yang terbaik, ini diakui sendiri oleh penyelia saya Profesor Mark Bradley. Selain rujukan, peralatan dan bahan-bahan yang digunakan untuk proses penyelidikan juga adalah yang terbaik.tetapi tidak semestinya terkini. Salah satu perkara yang amat saya kagumi ialah sistem yang cekap dan cepat di dalam proses perolehan bahan dan peralatan yang ingin digunakan dalam kajian selain bebas dari karenah birokrasi dan seumpamanya yang tidak perlu... 
Untuk mengurangkan karenah birokrasi ni, segala staf yang terlibat dalam bidang penyelidikan perlu diberi kefahaman tentang proses yang terlibat. Dapat dilihat, hanya di sesetengah tempat, apabila.. ada staf yang tidak memberikan kerjasama mempercepatkan proses perolehan bahan atau menggunakan alatan dalam kajian.

Okey, apa pula sifat-sifat utama yang perlu ada dalam diri sebagai seorang penyelidik merangkap ahli akademik?
Sifat utama yang mesti ada dan sentiasa dipupuk ialah keinginan untuk memajukan diri secara berterusan. Sebagai seseorang penyelidik dan ahli akademik perlulah sentiasa peka dan mengikuti perkembangan semasa terutamanya perkara berkaitan teknologi yang kita tahu sangat cepat berubah. Sifat berani mencuba sesuatu atau bidang yang baru merupakan sesuatu keperluan pada diri seseorang penyelidik yang merupakan proses mengembangkan kepelbagaian kepakaran dan kemahiran. Sesama penyelidik haruslah memberi motivasi dan sokongan moral serta ada budaya persaingan secara sihat. Selain itu, kebolehan menggunakan sumber secara maksimum dan perkongsian kepakaran berkaitan penyelidikan merupakan kunci kepada kejayaan.
Saranan dan nasihat kepada bakal-bakal penyelidik yang ingin berkecimpung dalam bidang ini ?
Kepada bakal-bakal penyelidik, matlamat dan halatuju penyelidikan perlulah jelas. Jika ianya dilakukan dengan matlamat yang betul insyaAllah ia akan memberikan keseronokan. Di dalam dunia penyelidikan kadang-kadang tidak selalunya menjanjikan hasil seperti yang diharapkan, adakalanya bagus, adakalanya tidak dan ia merupakan satu proses yang panjang. Seorang penyelidik perlu ada sifat sentiasa berfikir, mencari strategi baru dan survival dalam kerjaya. Kerjasama rentas disiplin (cross discipline) bidang penyelidikan perlu juga sentiasa digalakkan untuk melihat potensi-potensi baru yang boleh dikembangkan.
wansiti: 1 temuramah yang membina semangat dan kefahaman seorang penyelidik. [link]
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Caffeinated Gene Therapy

Many people in society simply cannot function without a daily dose of caffeine. It is so prevalent in many diets. From coffee, to tea, to soft drinks, it has become a staple on par with corn or wheat, or even water. Of course caffeine is not necessary to survive, but it is sure good at keeping our eyes open. However, according to a new study from researchers at the University of Texas, caffeine does more than just keep us awake. It also energizes cells into producing more viruses used for gene therapy.
Caffeine molecule [source: google]

Caffeine is the world's most widely consumed psychoactive substances, and amazingly, is completely legal and unregulated. It is found naturally in many plant species such as coffee, tea, and cocoa beans. Plants generate it because it paralyzes and kills certain insects which feed upon them. Therefore, it is the only stimulate we consume that is also a pesticide.

However, the amazing new property discovered by researchers can have lasting impacts on gene therapy research. Gene therapy is the manipulation of genes within the body's tissue cells with the goal of treating disease. It can correct defective genes which are responsible for disease development.
Caffeine metabolite [adapted from: google]

The problem is how to manipulate the genes. For a long time, scientists have known that viruses reproduce by binding to their hosts and introducing their unique genetic material into the cell. This genetic material gives instructions to the cell to produce copies of itself, hijacking the cell’s natural production. For gene therapists, viruses can be used to manipulate cells with "good" genetic material. This is known as the viral vector.

The new study recently published in the journal Human Gene Therapy claims that caffeinated cells used to produce viruses for gene therapy can generate up to 8 times more than non-caffeinated cells. According to the researchers, using caffeine should decrease the cost of producing lentiviruses for research and clinical uses. Lentiviruses are a common type of virus used in gene therapy.

"It is ironic that the ingredient in beverages like colas and coffees that helps keep us awake and alert is also useful in jazzing up cells to produce more gene therapy vectors. An increase in vector production of 5-fold may prove critical in establishing the commercial viability of lentiviral based products," says James M. Wilson, MD, PhD, and Director of the Gene Therapy Program.

The researchers emphasize that the timing of introducing caffeine into cells is critical for increased virus production. Also the concentration of caffeine cannot be too high because it can be toxic to the cells, and would not cause them to increase virus production.
Caffeine awareness [adapted from: google]

Researchers involved with the study from the University of Texas Southwestern Medical Center, Dallas include Brian Ellis, Patrick Ryan Potts, and Matthew Porteus. Their work can be found in the journal Human Gene Therapy which is published by Mary Ann Liebert, Inc. link

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Ibubapa Budak Gebu yang Peduli Kesihatannya

Artikel kesihatan dipetik dari Harian Metro;

KETIKA mengunjungi pasar malam beberapa minggu lalu, terlihat seorang kanak-kanak perempuan comel yang agak montel badannya leka menikmati naget ayam dan tangan kirinya memegang cawan kertas berisi jejari kentang goreng sementara menunggu ibunya membeli barang dapur.
Sepupu wansiti [gambar sekadar hiasan]

Melihat kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan lima tahun itu, penulis teringat seorang peserta kecil sebuah kelab kecergasan yang tidak kisah gemuk dengan saiz badan hampir dua kali ganda rakan sebaya kerana ramai kawan perempuan di sekolah memujinya comel. Apabila ditanya makanan kegemaran, dengan pantas dia menjawab, roti canai dan nasi briyani.

Isu kegemukan di kalangan kanak-kanak memang sudah lama dibincangkan dan ia sudah menjadi masalah dunia. Namun masih ada ibu bapa yang memegang prinsip tidak apa kerana anak mereka sedang membesar dan beranggapan berat anak-anak ini akan susut apabila sibuk dengan aktiviti sekolah kelak.

Memang ada kanak-kanak yang kurus selepas memasuki alam persekolahan tetapi kebanyakan kanak-kanak gemuk berjaya mengekalkan saiz badan besar sehinggalah tamat sekolah rendah. Jika tiada usaha dilakukan (terutama di segi penjagaan makanan dan peningkatan aktiviti cergas) masalah berat badan berlebihan itu berlanjutan sehinggalah dewasa.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga 2006 ke atas 21,000 kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun menunjukkan 5.4 peratus alami masalah berlebihan berat badan. Jika anak anda termasuk dalam kumpulan yang gebu ini, sila beri perhatian kerana kajian terbaru oleh penyelidik Kanada mendapati salur darah kanak-kanak obes lebih cepat mengalami penuaan berbanding kanak-kanak dengan berat badan normal.

Kajian berkenaan membabitkan 63 kanak-kanak obes dan 55 kanak-kanak normal dengan purata umur 13 tahun. Kanak-kanak obes menunjukkan keputusan tidak normal bagi ujian imbasan bunyi pada jantung dan salur darah yang mengukur kelajuan aliran darah dalam badan.

Antara perkara penting dalam kajian itu ialah kekakuan aorta – iaitu pembuluh atau salur darah terbesar yang membawa darah beroksigen untuk diagihkan ke salur darah lain di seluruh badan.
Menurut ketua penyelidik dari Hospital Kanak-kanak BB di Vancouver, Dr Kevin Harris, salur darah aorta yang normal adalah anjal atau elastik untuk menampan aliran darah. Apabila keanjalan hilang, ia menandakan permulaan kepada pembentukan penyakit kardiovaskular (jantung) – yang mempunyai kaitan rapat dengan serangan jantung dan kematian.

Tambahnya, kehilangan ciri penting itu juga seolah-olah menandakan proses penuaan salur darah dalam badan kanak-kanak obes dipercepatkan (berlaku lebih awal, pada usia muda). Kajian selanjutnya diperlukan untuk mengetahui sama ada kekakuan salur darah ini boleh dibalikkan (menjadi normal semula) dengan rawatan seperti perubahan tabiat pemakanan dan senaman.

Mungkin ada ibu bapa tidak sedar bahawa mereka turut bertanggungjawab dan memberi sumbangan secara langsung kepada pertambahan berat badan anak melalui tabiat pemakanan yang kurang sihat.

Ini kerana tabiat pemakanan kanak-kanak terbentuk ketika mereka masih kecil iaitu sebelum memasuki alam persekolahan – mengikut gaya pemakanan ibu bapa. Apa yang membimbangkan ialah kanak-kanak gemuk dan obes sentiasa ada keinginan untuk makan walaupun tidak lapar.

Semua ibu bapa tahu pemakanan seimbang sangat penting, malangnya pengetahuan itu tidak disampaikan kepada anak-anak. Pada peringkat umur begini, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan membentuk gaya pemakanan keluarga seimbang dan menyihatkan supaya ia dapat diteruskan apabila anak dewasa kelak.

Lebih awal tabiat makan yang baik dipupuk, lebih baik. Usah tunggu anak memasuki usia remaja untuk membentuk tabiat makan mereka yang dianggap agak terlewat kerana pada usia ini mereka ada kecenderungan sendiri terhadap makanan. Tabiat pemakanan yang kurang sihat ini boleh terbawa-bawa hingga dewasa dan semakin sukar diubah.

Penyelidik Amerika Syarikat mendapati kebanyakan kanak-kanak prasekolah belajar menyukai rasa garam, gula dan lemak di rumah; dan mula mengenali jenama makanan segera yang memenuhi selera mereka. Inilah kesimpulan yang diperoleh daripada satu soal selidik ke atas 67 ibu yang mempunyai anak berumur tiga hingga lima tahun; mereka diminta menulis cita rasa anak dan menyenaraikan makanan yang tinggi kandungan gula, garam dan lemak. Kanak-kanak kemudiannya ditanya dan didapati bertepatan dengan jawapan yang diberikan ibu mereka.

Dalam soal selidik kedua, penyelidik mencari kaitan antara kecenderungan cita rasa dan pengetahuan 108 kanak-kanak prasekolah terhadap jenama makanan segera dan minuman manis. Penyelidik mendapati kanak-kanak berkenaan berjaya memadankan jenama produk dengan syarikat pengeluar – yang menandakan cita rasa mereka ada kaitan dengan pengetahuan terhadap jenama makanan segera.

Pendedahan berulang kali terhadap makanan begini akan membentuk cita rasa kanak-kanak terhadap garam, gula dan lemak. Tiga bahan ini adalah antara penyumbang utama kepada masalah kegemukan; apatah lagi kini semakin ramai kanak-kanak yang lebih selesa bertakhta di depan komputer atau televisyen.

Berdasarkan laporan Jurnal Persatuan Jantung Amerika, remaja yang mengambil banyak gula (daripada minuman dan makanan) mempunyai masalah kolesterol tinggi dan boleh mendekatkan mereka dengan penyakit jantung apabila dewasa.

Malah remaja obes yang menggemari makanan manis didapati menunjukkan peningkatan kerintangan terhadap insulin – dan boleh menyebabkan mereka mendapat kencing manis yang biasanya berlaku pada orang dewasa. Apa yang membimbangkan ialah kencing manis boleh berlaku pada kanak-kanak obes seawal usia enam tahun jika pemakanan tidak dikawal.

Pada kanak-kanak kemaraan kencing manis adalah lebih cepat jika tiada langkah kawalan dan mengalami pelbagai komplikasi yang biasanya muncul dalam masa 10 tahun menghidap penyakit itu. Ini bermakna mereka boleh mendapat komplikasi seperti kerosakan salur darah dan saraf yang mendedahkan pesakit kepada gangren (kematian sel, terutama pada kaki, akibat kekurangan bekalan darah dan oksigen) serta pemotongan kaki; kehilangan penglihatan (jika salur darah ke mata rosak), kegagalan buah pinggang, masalah kolesterol dan tekanan darah tinggi, penyempitan salur darah (akibat pengumpulan kolesterol dalam salur darah) serta serangan jantung.

Satu perkara yang perlu diingat ialah obesiti tidak datang bersendirian. Ia biasanya ditemani kawan-kawan rapatnya iaitu masalah tekanan darah, paras kolesterol dan gula dalam darah yang tinggi. Semuanya mendekatkan seseorang kepada penyakit kronik seperti serangan jantung, strok dan kencing manis.

Oleh kerana proses pertumbuhan masih berlaku, obesiti akan turut mengundang masalah lain seperti pertumbuhan tulang kaki dan lutut terjejas, asma dan gangguan tidur (seperti berdengkur dan apnea atau nafas terhenti beberapa saat ketika tidur menyebabkan mereka kerap terjaga), masalah dalam usus (ada risiko pembentukan batu karang atau batu hempedu kolesterol dalam pundi hempedu) dan masalah berlebihan lemak dalam hati dan organ lain.

wansiti: menjaga dan mengambil-tahu menu makanan seharian anak-anak adalah penting untuk tumbesaran mereka yang sihat.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Cerianya, Bagus juga ada Lemak!! [Cerita 2]


BUTTER
Mengandungi banyak asid lemak rantai pendek dan pertengahan. Butter juga kaya dengan vitamin-vitamin larut lemak A,D,E dan K. Ada sedikit kolesterol dalam butter yang memberikannya nama yang buruk tetapi ini tidak memberi sebarang masalah.

DAGING LEMBU, KERBAU DAN KAMBING
Mengandungi antara 50 hingga 55% lemak tepu, 40% lemak monotaktepu dan kurang daripada 3% lemak politaktepu. Mereka amat stabil-haba dan boleh digoreng.

LEMAK AYAM
Mengandungi 31% lemak tepu, 49% monotaktepu dan 20% politaktepu. Kandungan tinggi lemak politaktepu berkmakna kurang stabil dan rosak jika digoreng.

LEMAK ITIK, ANGSA DAN BURUNG
Mengandungi 35% lemak tepu, 52%monotektepu dan 13% politaktepu. Sesuai untuk digoreng dan menjadi kegemaran orang Perancis.

Kandungan lemak haiwan berubah mengikut diet yang diberikan kepada mereka. Oleh sebab itu, haiwan yang hidup liar dipadang-padang rumput asli,memiliki nisbah asid lemak tepu dan taktepu yang lebih menyihatkan dibandingkan mereka yang dijamu bijirin dan dedak. Keseluruhan kandungan lemak-lemak, vitamin, galian dan protin mereka berbeza dan kualiti menurun dengan teruk.

Memandangkan setengahhayat lemak ialah 500 hari, apabila kita memakan daging dari haiwan yang dijamu makanan dan lemak yang tidak menyihatkan ini, kita juga akan mendapat lemak yang tidak menyihatkan ini. Demikian juga bahan-bahan kimia, hormon-hormon dan ubat-ubatan termasuk antibiotik-antibiotik yang dimasukkan ke dalam rantai makanan kita melalui ternakan haiwan–haiwan ini.

MINYAK ZAITUN
Mengandungi lebih daripada 75%asid oleik, satu asid lemak monotaktepu, 10% omega 6, satu asid lemak politaktepu dan 2% omega 3. Ia sesuai untuk masakan pada suhu pertengahan.

MINYAK BUNGA MATAHARI, JAGUNG, SOYA DAN BIJI KAPAS
Semua ini mengandungi lebih 50% omega 6, asid lemak politaktepu dan sangat sedikit omega 3. oleh sebab kandungan asid lemak politaktepu yang tinggi, minyak-minyak ini tidak sepatutnya digunakan untuk menggoreng dan dibuat kuih (suhu ketuhar adalah sangat tinggi).

MINYAK CANOLA
Mengandungi 57% asid oleik, asid lemak monotaktepu, 23% omega 6 dan 10-15% omega 3. ia dibuat dari biji ‘rape’ dari kumpulan ‘mustard’. Canola bermaksud minyak Kanada  kerana syarikat ini berpendapat nama ini lebih baik dari nama sebenar, minyak biji rape. Ia dipasarkan sebagai minyak yang baik kerana kandungan omega 3 yang tinggi. Tetapi malangnya, pemprosesannya telah merosakkan asid lemak-asid lemak sehinggakan menjadi bhaya kepada kesihatan.

MINYAK KACANG
Mengandungi 48% asid oleik, asid lemak monotaktepu, 18% lemak tepu dan 34% omega 6,asid lemak politaktepu.

MINYAK SESAME ATAU LENGA
Mengandungi 42% asid oleik, 15% lemak tepu dan 43% omega 6.

MINYAK BIJI FLAX
Mengandungi 57% omega 3, asid lemak politaktepu, 18% asid oleik, 16% omega 6 dan 9% lemak tepu.

MINYAK KELAPA
Mengandungi 86.5% lemak tepu, 5.8% asid lemak monotaktepu dan 1.8% asid lemak politaktepu. Ini membuatnya minyak paling stabil dan ramai saintis menggelarnya sebagai minyak paling menyihatkan di atas muka bumi.

MINYAK KELAPA SAWIT
Mengandungi 37% asid lemak monotaktepu, 49.3% asid lemak tepu dan 9.3% asid lemak politaktepu.

MASALAH-MASALAH DENGAN MINYAK TUMBUHAN

Sekali pandang, kita dapati kebanyakan minyak tumbuhan mengandungi tahap, apa yang dinamakan ‘essential fatty acid’, EFA, yaitu asid lemak yang penting untuk kesihatan badan, omega 3 dan omega 6, yang tinggi. Dengan demikian mereka sering dipasrkan sebagai minyak yang menyihatkan untuk digunakan dalam diet. Mesti ada keseimbangan antara omega 6 dan 3 kerana omega 6 cenderung meningkatkan pengeluaran prostaglandin pro-radangan sementara omega 3 pula sebaliknya. Nisbah yang sihat omega 6 ke omega 3 ialah 4:1. kebanyakan minyak tumbuhan kita mengandungi lebihan omega 6 tang ‘detrimental’, berbahaya kepada kesihatan.

Jika dianalisa lebih mendalam, kesan-kesan detrimental minyak tumbuhan yang diproses adalah lebih teruk dari semata-mata merujuk kepada nisbah omega 6 ke omega 3. asid lemak politaktepu yang mengandungi ikatn dwi dalam molekul-molekulnya sangat mudah rosak. Mereka teroksidasi dan menjadi basi.

Kerosakan berlaku dalam kehadiran haba, cahaya dan oksigen. Oleh itu, melainkan langkah-langkah tertentu yang istimewa diambil dalam pemprosesan minyak-minyak tumbuhan ini, hasilnya akan mengandungi peratusan asid lemak-asid lemak yang telah rosak yang membahayakan kesihatan. Inilah yang berlaku dalam pengeluaran besar-besaran minyak soya, bunga matahari, jagung, canola dan kacang tanah.

Pemprosesan juga melibatkan penggunaaan agen penyahbusuk dan peluntur yang akan berada dalam kuantiti yang kecil dalam produk yang dihasilkan. Bandingkan keadaan ini dengan kaedah tekanan-sejuk minyak zaitun dara. Kaedah ini mengekalkan asid lemak oleik dan minyak politaktepu lain yang tidak rosak. Tetapi, bagaimanapun, bila didedahkan kepada haba yang tinggi ia tetap meruntuh dan rosak.

Memandangkan kaedah pemprosesan moden minyak bijirin merosakkan asid lemak-asid lemak politaktepu, lebih banyak bahagian politaktepu, lebih teruk dan banyaklah kerosakan pada produk yang dihasilkan.. inilah yang dikehendaki digunakan oleh setiap orang oleh industri minyak makanan daripada menggunakan minyak-minyak tradisional termasuk lemak haiwan dan minyak tropikal.

Walaupun asid lemak politaktepu tidak rosak, mereka tidak sepatutnya digunakan dalam masakan haba tinggi termasuk menggoreng dan membakar kek (baking). Mengenakan minyak-minyak ini kepada haba berulangkali akan merosakkannya lebih teruk lagi. Kebanyakan restoran makanan segera menggunakan minyak tumbuhan dengan banyak dalam masakan mereka. Adakah kita merasa hairan kenapa hari ini kita berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan dan penyakit yang terang-terang dapat dihubungkan secara terus dan tidak terus,denganpenggunaan minyak-minyak tumbuhan yang telah diproses dan rosak ini?

Keadaan ini menonjol dengan serius sebahagiannya oleh sifat kerakusan manusia mengeksploitasi lebihan minyak-minyak tumbuhan dalam pasaran sekarang. Dalam abad ke19 minyak-minyak bijirin digunakan dalam pembuatan cat tetapi tidak berapa lama kemudian beberapa ahli kimia telah mereka cat yang menggunakan bahan-bahan dari hasilan petroleum yang lebih murah. Akibatnya minyak-minyak bijirin, tumbuhan, menjadi berlebihan dalam pasaran tanpa digunakan seperti sebelumnya. Pada masa yang sama, 1950, Ancel Keys mencetuskan pemerhatiannya bahawa penyakit arteri disebabkan  lemak tepu dan kolestrol dan mencadangkan diganti pengambilan lemak haiwan kepada minyak bijirin. Industri minyak bijirin yang sedang tenat pada masa itu, terus mengambil kesempatan ini dengan memasarkan  produk mereka berasaskan idea ini untuk jantung yang sihat. Walaupun kini kita menyedari ianya tidaklah sebenar, industri ini telah terlalu kuat bertapak dengan kempen-kempen kesihatan masing-masing yang terbeli dipemikiran orang awam dan amat sukar untuk ditangani.

Sebenarnya, apa yang berlaku dalam pemprosesan makanan yang dimasukkan minyak bijirin tektepu ialah minyak tersebut yang asalnya berbentuk cis telah bertukar kepada bentuk trans dan proses ini dikenali sebagai hidrogenasi. Minyak bijirin atau tumbuhan yang terhidrogenasi sepenuh atau sebahagiannya, digunakan dalam industri makanan dengan luas termasuk dalam bakeri, gorengan ringan dan gorengan dalam (deep-frying) seperti kentang dan ayam goring di seluruh restoran makanan segera kerana mereka nampak seolah-olah meningkatkan ketahanan (shelf life) produk. Malangnya asid lemak-asid lemak politaktepu yang telah rosak, yaitu asid lemak trans, teramatlah merosakkan sel-sel kita.

DR ENG JI BAH
- A Recipe For Health -  “the truths you should know about healthy eating and healthy living”

Terjemahan
MAHADI BIN ARIFIN, R. Ph., 747
100% NUTRISYEN
35 Bandar Darulaman 06000 Jitra
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Alangkah baiknya bersabar: Part 3 (Hadis)


Dari Abu Sa’id Sa’d bin Malik bin Sinan Al-Khudry r.a. bahawasanya ada beberapa orang sahabat Anshar meminta kepada Rasulullah s.a.w. maka beliau memberinya, kemudian mereka meminta lagi dan beliau pun memberikannya sehingga habislah apa yang ada pada beliau.

Ketika beliau memberikan semua apa yang ada ditangannya, beliau bersabda kepada mereka:
“Apa pun kebaikan yang ada padaku tidak akan aku sembunyikan pada kamu sekalian. Barangsiapa yang menjaga kehormatan dirinya maka Allah pun akan menjaganya. Barangsiapa yang menyabarkan dirinya, maka Allah pun memberikan kesabaran padanya. Dan seseorang itu tidak akan mendapatkan anugerah yang lebih baik melebihi kesabaran” (HR Bukhari & Muslim)

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Perpustakaan Negara Malaysia akan menaja 101 orang dari KTM Ipoh ke Kuala Lumpur

Kepada para penyokong Baca@ di Ipoh. Kami menerima informasi ini daripada penggerak Baca@KTM, iaitu Tuan Sallehudin Ibrahim yang juga pengasas Kembara Ilmu dari Kuala Kangsar ke Kuala Lumpur.
Kepada mereka yang berminat menyertai beliau ke Pesta Buku pada 23 April 2011 (Sabtu) dari KTM Ipoh ke Kuala Lumpur mohon hubungi beliau di Facebooknya dengan subjek mesej Baca@KTM Pesta Buku. 

Perpustakaan Negara Malaysia akan menaja 101 orang dari KTM Ipoh ke Kuala Lumpur. 

Maklumat lanjut hubungi Tuan Sallehudin Ibrahim di FBnya ini;

Klik di sini bagi menghantar mesej kepada beliau
http://www.facebook.com/l/ee827tm3sWiCzNnfN0OjxbxGhoQ/on.fb.me/ifjFjT

Mohon hebahan di FB dan blog. Terima kasih
----
Penyelaras Baca@
ZAMRI MOHAMAD
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Petua Suri RumahTangga 1

MATA TERMASUK LADA...
Apabila anda sedang menumbuk lada untuk membuat sambal belacan sekali dengan tiba-tiba ia tepercik masuk ke mata, anda tak perlu risau.. ambil air dan siram kedua belah kaki anda, dengan beberapa saat mata anda akan hilang pedihnya. 
  
MENGHARUMKAN RUMAH...
Ambil beberapa helai daun pandan, mayang seperti membuat bunga rampai. Letakkan dalam bekas atau bakul. Bolehlah diletakkan di ruang tamu, dapur, bilik tidur atau dimana saja sesuai. Mudah dan menjimatkan.
  
MENGHILANGKAN KARAT PADA PAKAIAN...
Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus. Kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. Biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa. 

SEGARKAN MATA...
Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur. 
  
UBATI BIBIR YG PECAH...
Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian diminum beberapa kali. 
  
MENGHAPUSKAN URAT TIMBUL DI KAKI SEWAKTU MENGANDUNG.. .
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. amalkan selalu. 
  
BADAN RINGAN & BERTENAGA...
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari. 
  
MEMPERCEPATKAN AIR MENDIDIH...
Tiba-tiba rumah anda dikunjungi tetamu tetapi ia mahu segera berangkat pulang kerana ada sesuatu hal yang mustahak, sedangkan dia meminta sedikit minuman, bila dibuka tarmus air anda kecewa kerana air panas telah kehabisan. Jika anda dalam keadaan demikian jangan cepat panik, anda bukalah api dapur, ambil sedikit air sejuk dan jerangkan, untuk cepatkan lagi ia mendidih masukkan beberapa sudu gula mengikut kadar air tadi. Kerana air yang dicampurkan dengan gula akan lebih cepat mendidihnya dari keadaan biasa. Disamping itu anda juga akan merasa lebih mudah apabila ingin membancuh minuman tidak perlu lagi dimasukkan gula.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 A Gift for Me?

Be sure to read the words "I Promise Myself" at the beginning of every new line and you will maximize all the power of The Secret.

Click here to experience The Optimist's Creed by Christian D. Larson.

You can also print the final page of The Optimist's Creed to read daily. Use it as a powerful tool to become the most brilliant magnet for magnificence and joy in your life.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Apa Kata Encik Motivasi Hari nie?

Sebelum Tidur
Every night before you fall asleep, replay in your mind the good moments of the day, and give heartfelt thanks for each one of them. Think about the next day also, and intend that it is going to be amazing, that it is going to be filled with love and joy, and that all good is coming to you. Intend that it is going to be the best day of your life. Then when you wake in the morning, BEFORE you get out of bed, declare your intentions again for the day and give deep thanks as though you have received them all.


Bagaimana Cara Positifkan Minda?
"How do I stop my negative thoughts?" - is a question that I have been asked many times. If you have ever asked this question then you will feel such enormous relief in knowing the answer, because it is so simple. How do you stop negative thoughts? You plant good thoughts!

So don't give any attention to negative thoughts. Don't worry about them. If any come, make light of them, shrug them off, and let them be your reminder to deliberately think more good thoughts now.
The more good thoughts you can plant in a day, the faster your life will be utterly transformed into all good. If you spend only one day speaking of good things and saying "Thank you" at every single opportunity, you will not believe your tomorrow. Deliberately thinking good thoughts is exactly like planting seeds. As you think good thoughts you are planting good seeds inside you!

Cintai dan Terima Dia Seadanya.. 
Trying to change someone is a waste of time. The very thought of changing someone is saying that they are not good enough as they are, and it is soaked with judgment and disapproval. That is not a thought of appreciation or love, and those thoughts will only bring separation between you and that person.

You must look for the good in people to have more of it appear. As you look only for the good things in a person, you will be amazed at what your new focus reveals.

Didik Hatimu Bersyukur dan Redha dengan Takdir Allah
We can never bring anything to us unless we are grateful for what we have. In fact, if somebody was completely and utterly grateful for everything, they would never have to ask for anything, because it would be given to them before they even asked.
That is the power of Gratitude.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Biar betul 6 hari tak mandi?

Tersesat tengok iklan dari Nuffnang ... Paper apa nik nak? Nenek tak nampak nak baca.... Paper? ooOooooo.. METRO..
Nak main undi-undi pulak yea?
Macam yea sekarang... apa-apa jer boleh jadi hot-isu bagi diorang-diorang ni... Nenek yang dah tua ni pun rasa berminat juga nak tahu... Kenapa la orang tu sampai tak mandi 6 hari yea.. isk...isk..isk..

Jenuh gamaknya orang yang duk sebelah dia nak bau atau tekup hidung.. dengan cuaca yang suam-suam kuku.. hehe, silap.. cuaca panas dan lembab kat Malaysia ni.. 

Nenek kagum la dengan dia.. Deodoran apa yea dia pakai? Nenek nak cuba cari laaaa....~

wansiti: versi nenek kebaya .... 
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Doa memohon perlindungan daripada kejahatan semua makhluk

"Ya Allah, Tuhan kami. Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkau kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy Yang Maha Besar.

Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjaya dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya Allah atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa. Dan sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah. Tuhan kami. Sesungguhnya kami memohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan keburukan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia). Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak geri). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar.

Dan cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w dan atas keluarganya
serta sahabat-sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam."

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Jawab Survey dan Perolehi Income Tambahan [part-time]

Menyertai survey sambil memperolehi bayaran.. Ini juga merupakan kerja part-time menarik buat masa ini..
Jom sama-sama wansiti menjawab survey sambil menjana income lebih..
Untuk melawat link tersebut, sila klik link ini.

Oh, yea..
Ini adalah no cermin yang cun semasa entri Keputusan Pilihanraya Sarawak bagi tahun 2011, sejam yang lepas..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger