Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Dakwaan “Surat Palsu” , YDP MPMUM Tiada Pendirian

Isu kenaikan harga barang 4 dalam 1 hari ini mendapat tentangan hebat dikalangan rakyat Malaysia.Terutama dikalangan mahasiswa menyatakan rasa tidak puas hati terhadap isu penindasan rakyat kita.

Turut sama bersetuju dengan bantahan ini YDP MPMUM sesi 2009/10, saudara Khairul Anuar Abu Kassim dalam pernyataan beliau dalam malaysiakini dibawah tajuk artikel “Lagi Pelajar Bantah Kenaikan Harga Barang”

Namun begitu yang menghairankan, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya mendakwa artikel tersebut adalah satu ‘surat palsu’ yang direka.

Malah yang lebih menjengkelkan beliau sendiri mendakwa ianya bukan artikel hasil tulisannya yang dihantar ke Malaysiakini sedangkan yang tertera adalah nama beliau sendiri dalam coretan tersebut.

Tambah lagi prostudent um, mendakwa saudara Khairul Anuar Abu Kasim sekali lagi dipermainkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Rakan pimpinan dari Universiti Malaya saudara Asri Zulikifli yang juga merupakan aktivis mahasiswa yang bersetuju dengan pendirian saudara Khairul Anuar dalam isu kenaikan harga barang.

Diperingkat mahasiswa merasa hairan terhadap prinsip YDP MPMUM yang bersahaja terhadap isu rakyat ini.Malah beliau seolah-0lah tidak memandang dan mengambil kisah terhadap isu semasa yang berlaku hari ini di negara kita.

Seorang pimpinan mahasiswa di universiti terulung di Malaysia membuat kenyataan tidak berasas terhadap surat yang dihantanya.Apabila menjadi pimpinan mahasiswa seharusnya mempunyai pandangan yang rasional dan relevan terhadap apa yang berlaku di negara ini termasuk isu mahasiswa.

Dengan kenyataan beliau ‘ surat ini bukan tulisannya’ jelas sangat menunjukkan beliau YDP MPMUM yang tidak berprinsip, tidak berpandangan jauh dan tidak berfikiran terbuka.Seolah-olah belaiu ini “cakap tidak serupa bikin”.Lain yang ditulis, lain yang disebut.-Pro MUM

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger