Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Pesanan buat penganjur Contest, GA

Macam apa je kan tajuknya? Bukan apa, sebulan yang lepas, iaitu bulan November, ada beberapa contest dan GA yang wansiti join. Tiba2 pula jadi gila contest. Biasa la, mula-mula berkecimpung dalam dunia contest ni. Rasa syok pulak, aih... tak de keja wansiti ni kan? ngeee~
okey berbalik kepada pesanan. Apa yang wansiti nak sampaikan adalah pesanan ringkas buat penganjur contest dan GA. Terima kasih kerana menganjurkan contest & GA. wansiti perhatikan rata-rata tujuan utama penganjur adalah untuk menaikkan trafik blog masing-masing. Itu sudah bagus!

Tambahan lagi bagi blogger yang sporting macam wansiti ni, sanggup patuh pada syarat-syarat yang banyak dan cukup rumit tersebut.. ecece.. Terperasan lak! =p

Akan tetapi, apabila melibatkan faktor masa. Para penganjur contest perlu tahu, bahawa cukup tarikh tutup yang ditentukan, tentukan para peserta contest & GA ingin tahu keputusan yang bakal diumumkan. Jadi, wansiti perhatikan ada beberapa blog pengajur contest & GA ini yang tidak menghormati lawatan yang diberikan oleh para peserta mereka. Mengambil kesempatan untuk peserta selalu menjenguk blog mereka-mereka ini dengan melengah-lengahkan pengumuman peserta yang bertuah.. Membuatkan peserta mereka tertunggu-tunggu dan mencari di manakah post terkini tentang contest dan GA anjuran mereka ini.

Dapat dilihat di sini, kesungguhan dan yang mana satu bloggers yang sengaja mengambil kesempatan semaksimum mungkin untuk meng'up kan trafik mereka. Pesanan lain untuk mereka, hormatilah peserta contest kamu. Rata-rata antara mereka tidak mempunyai masa yang banyak untuk selalu menjengah ke blog kamu jika isi/post nya tidak menarik hati mereka. Hormatilah mereka, nescaya mereka akan tahu cara menghormati kamu.

Melalui beberapa kerat penyertaan di contest dan GA ni, kami dapat tengok kesungguhan dan keikhlasan para bloggers juga tau.. Juga dapat menilai kematangan mereka dalam berblog. Sebab ada yang wat GA dan contest ni, tergolong dalam kalangan kanak-kanak hingusan yang tak matang lagi rupanya.. hmmm.. pandangan peribadi..huuu..jangan marah yea kawan-kawan..

Yang paling wansiti salute adalah contest dan GA anjuran bloggers yang otai. Naik segan pula wansiti dengan mereka ini. Cayalah! Teruskan dengan menganjurkan contest dan GA yang berkaliber.

p/s; pesanan buat diri-sendiri jua..

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger