Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Mengukur Calon Suami

“Bagaimana mencari lelaki yang sesuai untuk dijadikan teman hidup?” tanya Azura kepada rakan-rakannya, memulakan perbincangan pada petang yang amat panas itu. “Ha! Aku teringat nasib kakak aku. Sebelum kahwin teman lelakinya menjanjikan macam-macam. Dua tiga tahun lepas kahwin dah tak nampak batang hidung. Aku tak mahu kahwin, lelaki sekarang tak boleh pakai.” Lisa mengeluh dengan nada benci lelaki. “Ehh! Ada juga jenis yang balik ke rumah, tetapi hanya tonton TV, baca surat khabar dan merungut itu ini. Kalau lelaki macam itu jadi suami, memang lagi bagus tak balik rumah langsung!” Azlin mencelah, menghebatkan lagi analisa mereka tiga sekawan tentang lelaki.


“Issy! Takkan tak ada lelaki yang boleh dipercayai, penyayang, bertanggungjawab dan matang untuk kita jadikan teman hidup, untuk kita jadikan suami?” Azura kehairanan. “Ya, tentu ada. Akan tetapi jumlahnya sedikit dan sukar untuk ditemui. Kalau sekadar lelaki memang ada di sana sini. Namun lelaki yang memiliki ciri-ciri suami umpama yang awak cakap tu, susah nak cari.” Azlin menjelaskan hakikatnya. Lisa terus menyampuk: “Lagipun sambil kita mencari dan memilih, bagaimana kita hendak tahu selepas kahwin nanti dia akan OK, atau merudum kualitinya sebagai suami sekaligus lelaki?”


Saya agak yakin perbincangan atau persoalan di antara tiga sekawan di atas merupakan sesuatu yang lazim – atau setidak-tidaknya pernah – bermain-main di fikiran para pembaca sekalian. Iyya! Dalam rangka kita belajar menambah ilmu, dalam rangka kita beramal sebagai seorang muslimat, dalam rangka kita bercita-cita menjadi individu cemerlang, tentu kita juga merancang untuk mendirikan rumahtangga yang bahagia. Akan tetapi nisbah kebahagiaan rumahtangga mutakhir ini yang lebih condong kepada tidak bahagia dan penceraian menyebabkan ada di antara kita yang merasakan ia satu rancangan yang sukar untuk dicapai.


Namun saya yakin para pembaca sekalian bukanlah orang yang mudah berputus asa. Jangan mengeluh jangan merungut, sebaliknya berusahalah mencari ilmu tentang kehidupan berumahtangga. Ilmu ini bermula sejak awal, sejak langkah-langkah awal mencari pasangan yang sesuai. Berkenaan mencari pasangan ini, Rasulullah s.a.w. telah berpesan: Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: hartanya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, jika tidak kamu akan rugi. [Shahih al-Bukhari, no: 5090]


Meskipun hadis di atas ditujukan kepada lelaki tentang bagaimana hendak memilih calon isteri, ia juga boleh digunakan oleh wanita tentang bagaimana hendak memilih calon suami. Justeru berdasarkan hadis di atas, ciri yang perlu diberi prioriti ialah kadar dan nilai agama calon suami.


Mengukur Agama Seseorang? 
Senang dibaca dan senang disebut, tetapi tidak senang untuk dipraktikkan. Bagaimana hendak mengukur agama calon suami bagi menentukan dia benar-benar sesuai? Izinkan saya berkongsi beberapa tips pada kesempatan ini.


Agama calon suami tidak cukup sekadar Islam, tetapi hendaklah merupakan seorang muslim yang baik, yang shalih. Keshalihan tidak diukur dengan ibadah yang lazim umpama solat lima waktu dan puasa sebulan pada bulan Ramadhan sebab itu memang wajib. Namun ia diukur dengan ibadah yang sukar dilakukan, yang jarang-jarang dilakukan, yang dapat memberi isyarat tentang peranan calon apabila bergelar suami kelak.


Ibadah yang saya maksudkan ialah sikap calon suami terhadap ibubapanya, khasnya ibu. Jika anda mahukan suami yang boleh dipercayai, penyayang, bertanggungjawab dan matang, maka perhatikan sikap calon suami anda terhadap ahli keluarganya. Jika beliau merupakan orang yang dipercayai oleh ibubapanya, menyayangi lagi bertanggungjawab menjaga ibubapanya serta matang membuat keputusan yang melibatkan urusan keluarganya, maka semua itu merupakan isyarat yang amat kuat bahawa beliau juga akan menjadi suami yang bagus. Ini kerana berbuat baik kepada ibubapa merupakan ibadah yang amat tinggi nilainya, sekaligus menjadi alat pengukur yang tepat bagi kadar agama seseorang dan hubungannya dengan Allah s.w.t.


Rasulullah s.a.w. menekankan: Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1899] Dalam sebuah hadis lain: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w. dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[Shahih al-Bukhari, no: 5971]


Justeru di antara ibu dan bapa, calon suami hendaklah mengutamakan ibunya. Jika calon suami prihatin kepada ibunya, sentiasa sedia membantu ibunya, kerap berhubung dengan ibunya dan lazim mengeluarkan belanja untuk ibunya, bererti dia seorang anak yang shalih. Jika calon suami bersikap demikian terhadap ibunya, maka ia merupakan petanda yang besar bahawa beliau juga akan bersikap demikian kepada bakal isterinya.


Sebaliknya jika calon suami mengabaikan ibubapa, masih mengharapkan penjagaan ibubapa, kerap menderhakai mereka, maka dia seorang yang memiliki kadar agama yang rendah. Lebih buruk jika calon suami berani meninggikan suara kepada ibu tetapi tidak kepada ayah, bererti dia manusia yang memandang remeh kepada wanita. Lelaki seperti ini tidak patut dijadikan calon suami kerana terdapat kemungkinan yang amat besar dia juga akan bersikap seumpama terhadap bakal isteri dan keluarganya.


Mengukur Agama Sendiri
Dalam rangka anda mengukur agama bakal suami, jangan lupa untuk mengukur agama diri sendiri. Di samping menjaga amal ibadah yang lazim umpama solat, puasa, membaca al-Qur’an, menutup aurat dan membatas interaksi dengan yang lelaki bukan mahram, jagalah juga hubungan anda dengan ibubapa. Berbuat baiklah kepada mereka, khasnya ibu. Berbuat baik bukan semata-mata untuk lulus penilaian calon suami tetapi sebagai ibadah kepada Allah s.w.t.


Link; hafizfirdaus.com



Suka entri ini? (=^_^=)

comment 2 comments:

eima on December 3, 2010 at 3:44 PM said...

ssh nye kan nk ari lelaki yg boleh dipercayai skrg nih ... tak semua nye boleh diharap...

cam 1 kes jiran aku...
sampai branak kat rumah sbb rahsiakan dr keluarga yg die tuh ngandung ...lelaki tu plak lepas tgn.... kuarga pompuan plak pk malu tak mo amik tindakan ./,....

Unknown said...

@eima

ler....kenapa la laki dia lepas tangan cmtu plak?
itu kan kerja dia jugak..
apa masalah sebenarnya ni?

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger