Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Bila Lelaki jatuh Cinta

Kita relaks sikit hari ni dengan artikel santai.. Cuba luangkan masa nak tulis pasal cinta selepas kahwin lak.. (lau salah, tolong tunjukkan yea?). Saya harap menukar topik kepada cinta selepas kahwin adalah yang terbaik..
Bila suami benar-benar jatuh cinta dan setia pada isterinya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi
menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Di antara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dgn hebat ialah:


1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu untuk isterinya dgn rela bukan kerana terpaksa. harap-harap tidak hipokrit, bukan di depan sahaja


2. Dia sentiasa ingin menghiburkan isterinya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap. well, memang ada yang suka bercakap, tapi ada juga yang menunjukkan kasih-sayang dengan hanya berdiam sahaja kot?


3. Dia byk menasihati isterinya kerana dia amat menyayangi isterinya . ngeee, bagus-bagus. Nasihat yang bagus-bagus sahaja yea. lau dua-dua nak berleter? Oh, no.. take turn, sorang tolong dengar, sorang cakap, pas tu switch la..hahaha


4. Dia berusaha mengongkong kebebasan isterinya krn perasaan cemburunya yang meluap2. mungkin juga, lebih-lebih yang takat jelesnya tinggi


5. Dia sentiasa takut kehilangan isterinya . yea ke ni? wallahu'alam.. serah kepada Allah sahaja.


6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan isterinya kerana dia sentiasa berasa curiga. lau dah jadi isteri, bagus la, itu namanya cemburu yang benar. Tapi, curiga itu terpulang pada tahap saling memahami dan mempercayai antara-satu-sama lain. Think positif.


7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn isterinya . no komen


8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila isterinya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. aish.. sensitif? lagi sensitif, lagi suka-ku kacau.. hehe


9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu isterinya melayannya lebih dari org lain. huhu, tak tau... ada sape-sape nak kongsi pengalaman?


10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu isterinya melakukan apa saja. bagus-bagus, rajin-rajin ni yang I suka.. =p


11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh isterinya . lau merajuk, baik gtau.. kadang-kadang orang tak perasan, al-maklumlah sibuk beb... 


12. Dia akan mengalabah apabila isterinya berjauhan daripadanya terlalu lama. mana leh duk jauh lama sangat dari suami kan? (adeh, macam berpengalaman plak, ekekeke)


13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan isterinya. macho la.. ^_^


14. Dia mementingkan isterinya daripada dirinya sendiri. yezza !!


15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.  ramai lelaki di Malaysia tak pandai nak praktikkan ni,.. biasanya isteri yang sibuk bertanya soalan nie


16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya. buka balik bab muamalah antara lelaki dan wanita yang bukan mahram


17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu
kekasihnya dgn sabar. kena fikir panjang dulu bab ni.. ikut tahap masa berapa lama dah kawen, mula-mula kahwin confirm la...lau dah lama tu, terpulang pada individu.. harap tak berubah perangai


18. Dia membanggakan isterinya di depan org lain. uish, tak boleh...tak boleh.. I rasa tak secure je..


19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. (huhh....dusta!!!!!)


20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. (keje gila nih...)


21. Dia menganggap isterinya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. erk?


22. Dia tidak akan berlaku curang kepada isterinya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya. Cinta kerana agama (bersyariat) itu lebih selamat


Akhir kata daripada orang yang buat artike ni; "Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. So...Percaya lah..Some of these are quite true..."


Bagi wansiti pula, tepuk dada, tanya iman... 


Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger