Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Sirah: Al-Walid bin al-Mughirah


Al-Walid bin al-Mughirah merupakan seorang pemuda dan pembesar Qurayshi yang sangat membencikan usaha dakwah Rasulullah. Pada waktu itu al-Walid terkenal sebagai seorang yang mulia, hartawan, dermawan, dan bangsawan di kota Makkah dan sekelilingnya.
Satu ketika, Al Walid berkata, ”Hari ini telah dekat musim haji. Orang luar sudah tentu akan datang kemari. Oleh itu apakah sikap kita dalam menghalang Muhammad? Kita perlu mempersatukan pendapat terhadap Muhammad itu. Kalau kita tidak bersatu pendapat terhadap Muhammad, tentulah kita yang akan dituduh penipu oleh jemaah haji nanti”.

Ketika itu masing-masing berdiam diri. Lantas salah seorang dari mereka berkata, "Kemukakan pendapat mu terlebih dahulu! Kami ingin mendengarnya". Al-Walid menjawab,” Janganlah begitu, pendapat saudara-saudara dan kawan-kawanlah yang aku minta terlebih dulu”.

Salah seorang dari mereka berkata, ”Pada pendapat aku, perkataan dari Muhammad itu ialah kata-kata yang dibuat oleh seorang kahin (tukang tilik)”. Al-Walid menjawab, ”Demi Allah, Muhammad bukan seorang kahin. Kita tahu ciri-ciri seorang tukang tilik, padahal ia tiada sedikitpun pada Muhammad.”.

Seorang lagi mengekemukakan pendapatnya, ”Muhammad itu orang gila dan ucapannya adalah dari akalnya yang tidak waras.” Al-Walid menjawab, ”Demi Allah! Muhammad bukanlah orang yang gila dan akalnya waras. Kalau tak, sudah tentu dia mengejar-ngejar orang lain, memukul orang, melempar barang dan sebagainya. Dan perkataannya yang diucapkannya sudah barang tentu tidak teratur, kan? Padahal kata-katanya sangat teratur, susunan yang sangat rapi dan sangat menarik”.

Lalu salah seorang dari mereka pun berkata, ” Kita katakan sahaja, Muhammad itu ahli sihir, sudahlah”.

Al-Walid menjawab,” Demi Allah, Muhammad itu bukan ahli sihir. Kita tahu bahawa ahli sihir itu tidaklah sepertinya, ahli sihir tu ciri-cirnya lain. Dan siapa yang pernah disihirkannya?”.

Para hadirin terdiam seketika. Suasana menjadi hening.

Keheningan tu dipecahkan dengan satu pendapat lagi, ”Muhammad itu adalah seorang pembohong besar dan seorang penipu!”.

Al Walid pun menjawab, ”Demi Allah! Muhammad itu bukanlah seorang pembohong atau penipu. Siapakah di antara kita yang pernah ditipu ataupun dibohonginya? Bukan ke kita tahu yang Muhammad itu dari kecil lagi telah terkenal dengan gelaran Al-Amin? Siapakah di antara kita yang tak kenal kepada Al-Amin??". 

Perasaan binggung dan resah menyelubungi mereka semua.

Akhirnya Abu Jalal tampil dihadapan al-Walid sambil berkata,”Wahai bapa saudaraku, sekarang ni apa pula pendapat engkau? Apa yang hendak engkau katakan terhadap Muhammad?”

Para hadirin ternanti-nanti pendapat al-Walid. Dia pun menyahut, ”Tinggalkan aku sebentar, aku hendak berfikir terlebih dulu”.

Akhirnya al-Walid pun berkata, ”Dalam perkara ini, yang lebih dekat kebenarannya pada aku, ialah orang yang mengatakan bahawa, ’Dia (Muhammad) itu tukang sihir’, tapi sihirnya adalah yang memberi kesan pada orang lain. Tidakkah kamu melihat, dia datang dengan membawa perkataan (maksud al-Walid, al-Quran), yang itulah sihir, yang dapat memisahkan antara seseorang dengan bapaknya, antara seseorang dengan anaknya, antara seseorang dengan saudaranya, antara seseorang dengan isterinya, antara seseorang dengan keluarganya, dan antara seseorang dengan temannya”.

Sesudah mendengar pendapat Al Walid itu. Kesemua para hadirin bersorak dan riuh rendah kerana menyokong apa yang dikatakan oleh Al Walid.


Suka entri ini? (=^_^=)

comment 2 comments:

Areyoudys on December 19, 2010 at 12:27 PM said...

as salam..
syukran.suka baca juga entre ni

:)

Unknown said...

@...

okeh..
suka sirah nie

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger