11.Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
12.Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
13.Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
14.Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
15.Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.
16.Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
17.Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
18.Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin.
19.Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
20.Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment