Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Blog walking 4: Angan-angan yang releven (jika Bloggers bersatu)

Idea Zool (Ligakampung) ni sangat-sangat menarik,.
Wan Siti boleh dikatakan suka menyemak post-post dia, al-maklumla, setiap post nya secara automatik masuk ke peti inbox email secara automatik.
Dan post yang paling mengujakan pada hari ini, wan siti dan tempekkan di sini. Bagus angan-angan dan idea-idea Si Zool nie. Memang mantop abes la~

Bila melihat suasana blogger sekarang ni terlihat perbezaan cara, idea, topik dan pendapat antara satu sama lain. Sememangnya itu perkara biasa dalam apa jua bidang sekalipun tapi kadangkala perbezaan pendapat telah mengakibatkan terdapat komuniti blogger yang berbeza. Tidak menjadi masalah sekiranya berbeza komuniti memandangkan blogger mempunyai topik masing-masing. Ada yang menulis mengenai hal-hal peribadi, ada yang menulis untuk duit, ada yang menulis untuk mengasah bakat menulis, ada yang menjual barang dan pelbagai jenis blog yang wujud di alam maya. Di Malaysia ni terdapat berpuluh ribu-ribu blogger (mungkin) yang bijak mencanai idea di blog masing-masing. Masing-masing mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Bayangkan kalau blogger dapat bersatu. Mungkin banyak perkara boleh dilakukan seperti :-
1. Dapat mengukuhkan jati diri rakyat Malaysia. Kalau blogger bersatu, sudah pasti kita boleh menangkis serangan maya dari pihak luar. Sebagai contoh, kalau kena serang dengan hackers dari luar pasti dapat ditangkis. Saya yakin dalam berpuluh ribu blogger tu pastinya ada yang hebat dalam bidang ni. Mereka pastinya boleh mencari jalan untuk mengukuhkan kekuatan sistem keselamatan negara.
2. Boleh menubuhkan koperasi ‘Blogger Malaysia’. Mungkin idea ni nampak cam pelik tapi tak mustahil kalau mempunyai ahli yang mencukupi dan komited. Lagipun kerajaan mempunyai agensiSuruhanjaya Koperasi Malaysia yang boleh membantu blogger untuk menubuhkannya..
3. Penubuhan ‘Yayasan Blogger’. Saya yakin sekiranya blogger bersatu, penubuhan ‘Yayasan Blogger’ dapat direalisasikan. Dengan puluhan ribu blogger, mengumpul dana bukanlah menjadi masalah. Dengan penubuhan dana ini, ia boleh menjadi ruang untuk blogger menderma. Mungkin ianya boleh membantu sesama blogger yang mengalami kesusahan. Ye lah, bukan semua blogger yang dikurniakan hidup yang baik. Ada yang hidup susah sehingga memerlukan kewangan. Melalui sumber ini sedikit sebanyak membantu blogger yang susah.
4. Penubuhan akademi blogger. Bukan yang macam Akademi Fantasia tapi lebih kepada tempat untuk menuntut ilmu blog. Tahun lepas heboh seketika tentang cadangan kursus penulisan blog di UiTM tapi sekarang ni senyap je. Kalau blogger mempunyai kesatuan pasti akademi seperti ini mampu diwujudkan. Mungkin jua diwujudkan institut khas untuk blog. Kalau dekat Jepun mempunyai Institut Khas untuk ‘Manga’ mungkin di Malaysia mampu mempunyai institut blog dengan dijalankan oleh blogger-blogger ternama Malaysia.
5. Berjaya mewujudkan blogger yang membantu satu sama lain tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Kalau dilihat sekarang ni sukar nak melihat blog yang mempunyai komen dari bangsa lain dari blogger. Kalau bersatu pastinya masalah ‘racist’ dapat dikurangkan.
Apa yang ditaip adalah sekadar angan-angan kosong dari si Zool. Mungkin ianya mudah ditaip tapi bukan mudah untuk dilaksanakan. Harap jangan ambil pusing sangat ye..
p/s: Mana yang baik, kita boleh jadikan sebagai contoh, mana yang rasa perlu ditambah-baik lagi. Jom kita pakat sama-sama tegur ... Jom jalan-jalan blog lagi ~

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 1 comments:

Anonymous said...

WedePayottods
[url=http://healthplusrx.com/weight-loss-programs]weight loss programs[/url]
taidaimiftest

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger