Jika perlu,
wansiti dengan rasa murah-hati ingin jadi seperti pohon di atas.
Seronok jadi pohon seperti perumpamaan di atas, tidak perlukan pergantungan kepada manusia lain.
Tidak perlu kepada ingatan dan belas orang lain.
Malahan, hidupnya memberi.
Lebih kepada memberi-dan-memberi tanpa jemu,
tanpa keluhan di atas setiap apa yang perlu diberi..
Inilah sebenarnya erti-ikhlas-sebenarnya-ikhlas, dalam memberi..
Pesan kepada diri,
jangan pernah merasai apa yang kita punyai sekarang adalah hak peribadi,
jangan pernah merasai memiliki...
Rumah, kereta, motor, pakaian yang dipakai, wang yang diperolehi, keluarga, saudara dan rakan-rakan yang di sayangi -> bukan milik kita,
Bila ia berkurang, hilang atau menjauh..
itu adalah perkara biasa, dan redha sahaja.. yea.. Redha dan Syukur (2 perkara yang sentiasa beriringan)
Boleh-kah redha duit diberi kepada orang lain?
Duit yang susah-payah, jerit-perih mendapatnya hanya Allah tahu..
Kita sedekahnya barang sekeping-dua kepada yang memerlukan.
Boleh buat?
Rasa susah atau senang?
Tepuk dada, tanya iman~
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment