Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Ibu-ibu yg Sedang breast-feed: Baca Khasiat Habbatus Sauda’ ini

Artikel yang sungguh berguna ..
Ini ada kaitan dengan minuman dan supplement kegemaran wansiti, malahan kawan-kawan pun ramai yang wansiti telah promot untuk mengamalkan pengambilan ini (=^_^=)

Teruskan pembacaan;


Oleh :
Rabiatul Adawiah bt Zainal Abidin
Pegawai Penyelidik Pusat Bioteknologi MARDI
 Habbatus Sauda' terkenal sebagai tumbuhan yang mampu merawat pelbagai penyakit. Banyak kajian dijalankan sejak zaman berzaman membuktikan
kebenaran ini. Malah ada yang mendakwa bahawa ia telah digunakan sejak zaman Junjungan Besar nabi kita Muhammad S.A.W. Wallahua’lam.


             Tahukah anda Habbatus Sauda atau nama saintifiknya Nigella sativa telah dipelopori oleh negara-negara Timur Tengah sejak berabad-abad dahulu. Ia merupakan sejenis tumbuhan dari famili Ranunculaceae dan telah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan terutamanya bagi masyarakat Timur Tengah. Habbatus Sauda yang turut dikenali sebagai jintan hitam berasal dari kawasan Mediteranean. Ketinggian pokok Habbatus Sauda boleh mencapai had 20-90 cm, bijinya berwarna hitam manakala pokoknya mengeluarkan bunga yang berwarna ungu muda, putih, kuning dan merah jambu. Kapsul buah terdiri daripada folikel yang mengandungi biji. Rasanya sedikit pahit manakala baunya seperti bau buah strawberi.
            Menurut kitab Kanun Perubatan Ibnu Sina dinyatakan bahawa, Habbatus Sauda bertindak balas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan dari keletihan. Di kalangan masyarakat negara Timur Tengah, Nigella sativa digunakan sebagai penawar kepada penyakit asma, kanser, masalah pernafasan, masalah keradangan malah meningkatkan penghasilan susu ibu. Malah ekstrak pati minyak dari Habbatus Sauda juga digunakan dalam kesihatan kulit seperti penawar ekzema, jerawat dan kelemumur. Ia juga dapat meningkatkan aktiviti sistem penghadaman dan pemanasan badan terutama di negara yang beriklim sejuk.
            Habbatus Sauda kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan karbohidrat sebanyak 38%, protein (21%) danasid lemak (35-38%) dan mineral lain (6%). Mineral lain ialah thiamin, niasin, kalsium, folasin, zink dan fosforus. Asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu yang baik untuk kesihatan dan sistem keimunan badan.
Biji Nigella sativa kaya dengan:
i. asid lemak tidak tepu yang terdiri daripada asid linoleik (Omega 6) (50%-60%) asid oleik(20%)
ii. asid lemak tepu iaitu asid palmitik 13.7% dan asid stearik 2.6%
Kandungan pati minyak Nigella sativa sebanyak (0.5% -1.5%) terdiri daripada:
i. thymoquinone (komponen utama melebihi 50%) yang bertindak sebagai bahan antioksida
ii. p-cymene (40%)-bahan organik
iii. pinene (15%)
            Sehingga kini pelbagai kajian telah dijalankan dalam menemui khasiat Habbatus Sauda terutamanya untuk tujuan perubatan. Para penyelidik dari Pusat Kimmel Cancer, Universiti Thomas Jefferson, Philadelphia telah menemui ekstrak Nigella sativa iaitu thymoquinone sejenis komponen kimia yang mengandungi bahan antioksida. Justeru, ia dapat menghalang pertumbuhan sel kanser pada pankreas serta membunuh sel kanser melalui proses apoptosis.
             Dr. Peter Schleicher, seorang pakar Immunologi mengesahkan kandungan asid linoleik dan asid g-linoleik dalam N.sativa mampu menstabilkan sel membran dan prostaglandin yang menghalang masalah keradangan. Tindak balas ini meningkatkan sistem keimunan tubuh badan yang memberi pertahanan dari dijangkiti penyakit seperti demam, batuk dan migrain. Asid linoleik turut diperlukan sebagai diet makanan untuk tubuh badan yang dapat mengurangkan masalah keguguran rambut dan rambut kering. Kajian klinikal mendapati asid g-linoleik dapat mengawal tekanan darah, menurunkan berat badan serta sesuai untuk rawatan diabetis dan asma.
            Selain itu, mengikut kajian dari Jabatan Fisiologi, Pusat Perubatan Ghaem dan Universiti Sains Perubatan Mashhad, rebusan ekstrak N.sativa dipercayai membantu penyembuhan penyakit asma apabila diambil secara berterusan. Kajian dari Hospital King Fadh University Al-Khobar Arab Saudi menjalankan penyelidikan terhadap pengambilan ekstrak N.sativa yang bertindak sebagai perencat aktiviti Helicobacter pylori sejenis bakteria yang mengakibatkan gastrik, ulser perut dan kanser perut. Kelebihan pati minyak N.sativa dalam melawan serangan virus atau bakteria apabila ia mampu memusnahkan struktur membran sel pembunuh dan melumpuhkan aktiviti sel tersebut.

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 1 comments:

Unknown said...

"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yg lebih baik drpd mjaga lidah. Aku memikirkn ttg semua pakaian, ttpi tdak menemukan pakaian yg lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tdak mdapatkan yg lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mcari segala bentuk rezeki, tapi tdak menemukan rezeki yg lebih baik daripada sabar." Khalifah ‘Umar

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger