Hahaha... bercucuran air-mata tu,
see.... lembutnya hati-ku
ceh...~
Status facebook sebelum nie..
"Wan Siti selalu dengar orang kata wansiti nie lembut hati..
hatta, supervisor sendiri nasihat dan selalu tekankan.., awak kena keraskan hati dan ada kemahuan dan tekad sendiri..
Tapi,
jika wansiti sudah betul2 keras-hati.. teramatlah susah nak dipercayai akal oleh sesiapa pun.. extreme yang amat, kucing kat umah ni pun smpai menggeleng tak percaya, ekekeke
Cuba berwasotiah dan ambil yang sederhana sebaik mungkin"
Tak elok nak keraskan hati sangat, cuma tekad tu yang ditekankan kat sini...hmmmm~
Nau'zubillah dan minta dijauhkan dari hati yang keras kerana titik-dosa
Rupa-rupanya semalam ramai lagi yang kecewa.. Ku-tak bersendirian...
Berbalik kepada cuaca, sejak dari bulan Ramadhan hari tu, cuaca benar-benar tak menentu di kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur (KL). Dan lemau sungguh rasanya hari ni,..
Termasuk la Momo sekali,
Nampak sangat, dia tidur bangun, dan baring-baring balik, main... baring, menung... haha..
hajat di hati, memang la nak lepaskan dia main di kawasan depan rumah. Tapi keselamatan Momo agak tak terjamin di luar sana. Dengan kereta dan motor yang merempit laju bila melalui kawasan ini. Dengan basah-kuyup kawasan luar, al-maklumlah baru selepas hujan.. dan lain-lain lagi.
Cage Momo pula memang la tersangat cukup-cukup untuk dia duduk meringkuk di dalam. Kesian sungguh dan biar dia lama-lama dalam tu.
Alangkah baiknya jika Momo, boleh tolong buat kerja rumah, Mop lantai ke, angkat karpet dan pergi hantar karpet tu ke tempat dobi ke atau macam-macam lagi yang kerja rumah yang menanti. Tapi, Momo adalah Momo.. Dia tetap seekor kucing Parsi yang hidupnya tersangat bahagia dengan makan, tidur, berak, main serta mengiow bila dia rasa mahu mengiow...
hahahaha.... Momo...Momo...~
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment