Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Cepatkan loading video

Ada beberapa cara untuk cepatkan loading video, youtube dan lain-lain.. Semuanya adalah hasil ketepuan dan tensen berkerja, maka video cerita yang dikerja dikejar.

Ini adalah antara cadangan yang boleh dicuba atas risiko sendiri yea.. Kami tak bertanggungjawab di atas apa yang akan berlaku kepada komputer/laptop kesayangan masing-masing.

Mencuba sesuatu yang baru memang macam ni gayanya.. 
1. Nizam mencadangkan -- 
* Upgrade prestasi komputer 
* Guna SPEEDBIT VIDEO ACCELERATOR (salah satunya adalah ini ---> speedbit
Speedbit, saiznya agak besar dan makan masa untuk download bagi internet yang agak slow.. harap bersabar.

Ada lagi beberapa cara yang Nizam tulis dan PC tak letak di sini, boleh lawat blog Nizam untuk baca lebih-lanjut. Jika korang rasa ada lagi yang tak disebutkan di sini? Boleh share dengan PC juga tau~ :) 

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Mak Andam, "Sila Jangan Cukur lagi"...

Walaupun sudah selalu diulang-ulang pesanan ini, namun.. ramai juga sahabat pengantin kita terlupa dan amek mudah dek kerana terlalu teruja dengan majlis "raja sehari" mereka.. Buat bakal-bakal suami, nasihatilah bakal isteri masing-masing jika mereka khilaf dan tak tahu perkara ini..

SOALAN:
Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.

Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.
JAWAPAN:
Tidak berdosa sekiranya untuk memperbetulkan atau mengelokkan dengan membuang atau mencabut bulu yang bertaburan di atas kelopak mata. Ini akan saya jelaskan pada perbincangan dalil-dalil yang berkaitan dengan persoalan ini.

Sebelum berbincang lebih jauh elok kalau kita lihat dulu asas kepada perkara ini. Wanita dalam bahasa arab di sebut dengan perkataan al-Mar'ah yang bermaksud suatu yang dipandang atau dilihat.

Kecantikan seseorang itu bermula dengan wajahnya. Sebab itulah kaum wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang beribu ringgit untuk tujuan mencantikkan wajah.

Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening. Sehingga persoalan kening begitu mendapat perhatian dalam Islam, terutamanya melalui hadis-hadis Rasulullah SAW.

Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.

Setiap manusia mahu dia tampil secara sempurna dan tidak menyakitkan mata orang yang memandang, apatah lagi menjadi perhatian sehingga membawa kepada suara-suara sumbang yang memperkatakan bulu keningnya.

Kaum wanita memang cerewet mengenai kecantikan wajah, dan tidak mahu wajahnya mempunyai cacat cela. Untuk mengatasi sebarang kekurangan kaum hawa ini akan berusaha untuk memperbaikinya. Sehingga kadang-kala mengenepikan tuntutan agama demi kepuasan diri sendiri tanpa mempedulikan apa kata agama dalam persoalan mencukur dan membentuk kening yang tajam, atau dicukur kening yang asal kemudian diganti dengan kening yang dilukis dengan pencil celak.

Di dalam kitab kitab-kitab hadis ada empat hadis yang membawa makna yang sama pada asasnya, namun setiap nas ada perincian yang membolehkan penghasilan hukum dalam persoalan yang dibincangkan.

Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah r.a mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.

Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.

Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.

Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.

Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.

Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah, bukannya wajah sebahagian daripada kening.
Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.
Sehingga keharusan diberikan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang panjang atau lebat untuk dipendekkan dan dikemaskan. Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Borang Muhasabah Ibadat [Amalan Harian]

Catitan dan pesanan menarik dari AbuZulFiqar

PC menggunakan borang ini semasa mengajar anak murid yang mula nak berjinak-jinak dengan ibadat solat.
Manakala sistem pemarkahan adalah seperti berikut:
- Untuk solat, 1 waktu 1 markah.
- Untuk bacaan Al Quran, 1 mukasurat 1 markah.
Sistem 5 Minit - setiap 5 minit 2 markah
- Untuk baca-dengar-lihat bahan-bahan agama
- Untuk wirid harian, guna Sistem 5 Minit.
- Untuk hafazan, guna Sistem 5 Minit.
Lain perkara yang dipesan oleh penulis di atas ialah;
TAHAP-TAHAP MUHASABAH AMALAN HARIAN UNTUK PELAJAR SEKOLAH

- Amalan-amalan ini merupakan amalan harian yang sepatutnya dicapai oleh pelajar (minima). Rasional- jika tidak dibuat begini, dikhuatiri pelajar hanya beri komitmen terhadap program, ketika di luar program dia sama saja macam orang lain. Biasa kita jumpa seorang yang begitu rajin dna bijak berbicara soal dakwah tapi peribadi sebenarnya tidak sepadan dengan apa yang diperkatakannya. Ada juga orang yang menyibukkan diri berbicara soal-soal yang mendalam tetapi amalann asasnya sendiri tidak sampai ke mana.

- Pembimbing hendaklah memantau pencapaian pelajar. Pembimbing boleh juga menyediakan borang khas untuk setiap pelajar. Rasional- pelajar lebih bersemangat untuk membuat catatan.

- Pelajar hendaklah melaporkan pencapaian mereka kepada pembimbing dalam bentuk “markah keseluruhan” (borang yang disediakan itu tidak akan disemak oleh pembimbing). Rasional- kurang sesuai jika diminta butiran terperinci kerana biasanya pelajar segan jika butiran amalannya dilihat, cukup dengan markah keseluruhan.
- Rasionalnya, sistem pemarkahan di atas akan memudahkan pelajar membuat catatan dan meningkatkan amalan mereka.

- Bagi pelajar sekolah agama, kuantiti amalan mungkin boleh ditambah mengikut kesesuaian. Rasional- suasana persekolahan agama lebih memotivasikan pelajar untuk berusaha lebih. Juga kualiti pelajar sekolah agama tentulah sepatutnya lebih baik daripada pelajar sekolah biasa kan.

- Amalan-amalan ini tidak termasuk pelajaran dan kegiatan pada masa persekolahan. Hanya amalan di luar waktu persekolahan saja yang dihisab. Rasional- amalan dalam waktu persekolahan  lebih mejurus kepada paksa-rela. Juga kurang adil bagi pelajar sekolah biasa berbanding pelajar sekolah agama.

TAHAP 1
Solat sunat 2 rakaat
Al Quran 1 ayat (secara melihat)

* Ini untuk pelajar yang baru berjinak-jinak.

TAHAP 2
Solat sunat 4 rakaat
Al Quran ½ mukasurat (secara melihat)
Baca-dengar-lihat bahan agama 10 minit

* Untuk pelajar yang berpotensi untuk istiqamah dengan program.

TAHAP 3
Solat sunat 6 rakaat
Al Quran 1mukasurat (secara melihat)
Baca-dengar-lihat bahan agama 20 minit

* Untuk pelajar yang istiqamah dengan program

TAHAP 4
Solat sunat 6 rakaat
Al Quran 1mukasurat (secara melihat)
Baca-dengar-lihat bahan agama 20 minit
Wirid pagi dan petang- Al Fatihah, Ayat & 3 Qul

TAHAP 5

Solat sunat 6 rakaat
Al Quran 2 mukasurat (secara melihat atau menghafaz atau kedua-duanya)
Baca-dengar-lihat bahan agama 20 minit
Wirid pagi dan petang- Al Fatihah, Alif Laam Miim, Ayat Kursi & 3 Qul
Hafazan / ulangkaji hafazan 10 minit

Dari pengalaman, kuantiti amalan minima harian yang lebih daripada butiran Tahap 5 akan membebankan pelajar, lebih-lebih lagi bagi pelajar sekolah biasa. Dikhuatiri komintmen mereka terhadap akademik, keluarga, sosial, riadah, rehat, hobi, ilmu-ilmu selain ilmu agama dan sebagainya terganggu.

Yang lebih penting, pembimbing sendiri mestilah mempunyai amalan harian yang konsisten. Setelah saya mengkaji dan melihat daripada pelbagai aspek yang termampu, maka amalan harian seorang pembimbing sepatutnya adalah seperti berikut:

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=59&mode=&order=0&thold=0

Setiap amalan itu telah dikaji dan dilihat daripada pelbagai sudut dan mempunyai rasionalnya mengapa ia sebanyak itu, bukan sekadar tangkap muat.

Semoga bermanafaat.

PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Kerana Percayakan Siti~* ^_^

Genap setahun wansiti mengepost tajuk "Benci lagu Ukays !!! tak suka…tak suka.." di blog friendster wansiti. Oleh kerana banyaknya iklan spam/scam yang tak berfaedah singgah di entri ini sebelum ini, maka dengan sukarelanya wansiti mendelete entri ini.

Lagi pun wansiti tahu, ada orang yang asyik ungkit-semacam tak puas hati dengan entri.. miahahaha..
Okey, tak pe!
Saja nak wat kenangan...
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Abang, ingat ni yea...

“Adalah saya ………………………………wali kepada …………………………dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, pemeliharaan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama Islam kepada kamu ………………………… sebagai suami yang sah".

Jawapan hadirin: 'Semoga diberkati oleh Allah s.w.t ke atas kamu dan orang yang di bawah tanggungan kamu, serta zuriat keturunan kamu. Amin.’

Diikuti dengan Lafaz Penerimaan Tanggungjawab seperti berikut :

“Dengan ini saya …………………………suami yang sah kepada ……………………… bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas anugerah nikmat iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majils akad nikah ini.
OIeh itu mulai saat ini, saya menerima tanggungjawab sebagal suami kepada isleri saya ……………………………… dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut :
Memberi nafkah zahir dan batin
Pemeliharaan dan perlindungan yang sempurna
Keselamatan yang terjamin
Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.
Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama kedua ibubapa dan kedua ibubapa mertua saya. Sekian, terima kasih.”

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Tips Bersihkan Rumah Cara Sihat

Bagi yang ada pengalaman dilanda banjir pasti tahu teknik membersihkan rumah dan cara mengelak masalah kesihatan berkaitan bencana ini. Bagi yang kali pertama mengalami banjir, di bawah disenaraikan beberapa panduan untuk memudahkan kerja anda.

* Antara bahan yang anda perlukan untuk membersihkan rumah ialah cecair peluntur dan sarung tangan getah. Cecair peluntur boleh bertindak sebagai bahan pembasmi kuman sama ada untuk pinggan mangkuk, bekas mengisi makanan, alat mainan anak, perabot, dinding dan lantai rumah.

* Sebelum memulakan kerja pembersihan, masak air minuman sehingga mendidih (selama seminit) bagi memastikan semua bakteria mati. Anda perlu minum banyak air supaya tidak mengalami masalah cepat letih atau kekurangan air kerana ketika ini jadual makan akan terganggu.

* Minum air yang dimasak hingga mendidih (selama seminit) atau beli air dalam botol. Jika botol minuman di rumah anda terendam dalam banjir, lebih baik ia dibuang.

* Cuci tangan dengan sabun dan air bersih setiap kali sebelum makan, mengendalikan makanan atau memasak

* Ketika ini elak makan makanan mentah seperti ulam-ulaman. Masak semua makanan sehingga benar-benar masak

* Buang semua makanan yang dirasakan tidak selamat dimakan iaitu yang terkena air banjir. Jika tin makanan masih baik, tanggalkan kertas pembalut tin dan basuh hingga bersih. Anda boleh juga merendam seketika tin makanan dalam cecair pembasmi kuman yang disediakan sendiri. 
Caranya, campurkan secawan (250 mililiter) cecair peluntur dengan sebaldi air (saiz sederhana). Rendam tin makanan seketika, lap hingga kering dan labelkan semula untuk memudahkan anda kelak. Larutan sama boleh digunakan untuk mencuci alat mainan anak
* Walaupun rumah anda tidak dinaiki air, tetapi jika terputus bekalan elektrik selama beberapa jam, lihat makanan yang tersimpan di bahagian dingin beku dalam peti sejuk. Ikan, ayam atau daging yang tersimpan pada suhu 5 Celsius ke atas melebihi dua jam dianggap tidak selamat dimakan kerana bakteria mudah membiak pada bahan ini. Untuk mengelak ia terbuang, masak segera bahan ini sehingga ia benar-benar masak. Sebaliknya jika ia masih dalam keadaan beku (mempunyai kristal ais), ia boleh disimpan semula. Ketika ketiadaan bekalan elektrik, kurangkan membuka peti sejuk supaya suhu di dalamnya terkawal

* Bungkus bahan makanan yang hendak dibuang dengan baik dan letakkan dalam tong sampah. Jika perkhidmatan pengangkutan sampah juga tergendala selepas banjir ini, tanam bahan makanan tercemar sedalam sekurang-kurangnya dua kaki. Ia bertujuan mengelak ia dimakan haiwan liar seperti anjing atau kucing yang mungkin boleh menyebarkan bakteria daripada bahan berkenaan

* Pakai but getah jika lantai rumah anda dipenuhi lumpur untuk mengelak kaki terpijak barang tajam yang tidak kelihatan

* Bersihkan rumah untuk mengelak perabot, lantai dan dinding ditumbuhi kulapuk atau cendawan secepat mungkin. Buka semua tingkap dan pintu untuk meningkatkan pengudaraan dalam rumah. Jika bekalan elektrik pulih, pasang kipas untuk mempercepatkan rumah anda kering. Jika ada bahagian ditumbuhi cendawan, bersihkan dengan air yang dicampur larutan peluntur. Pastikan anda membuka tingkap dan pintu terlebih dulu serta memakai sarung tangan getah ketika melakukan kerja pembersihan. Ia penting untuk mengelak gangguan pada kulit, terutama bagi yang ada alahan atau masalah ekzema. Buang barang yang sukar dibersihkan atau mengambil masa lama untuk kering

* Jika cuaca terlalu panas, lebihkan pengambilan air masak. Pasang kipas atau berehat seketika di tempat teduh. Pakai pakaian nipis, menyerap peluh dan cepat kering. Elak memakai pakaian ketat

* Jika anda mengalami luka, bersihkan luka terlebih dulu dengan sabun dan air bersih. Sapu krim antibiotik dan balut supaya tidak terkena permukaan yang mungkin tercemar

* Sepanjang kerja pembersihan ini, jangan sentuh atau gosok mata, hidung dan muka dengan tangan sebelum ia dicuci dengan sabun dan air bersih. Tangan kita mungkin tercemar dengan bakteria berbahaya yang ada di atas permukaan perabot atau lantai. Tangan adalah kenderaan paling berkesan untuk menyebarkan mikroorganisma berbahaya

Dan jika boleh, minta bantuan ahli keluarga atau saudara mara. Jangan bekerja hingga terlalu letih untuk mengelak kejadian tidak diingini.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Penipuan.. Arrival

Kenapa kita selalu ditipu? Mungkin antara penyebab utamanya adalah kerana kita sekarang, terlalu menjaga tepi dan dalam kain sendiri.. Sehingga mudah diperdaya oleh golongan jahat/syaitan/elit (walau apa sahaja nama yang diberi untuk mereka). Tengok video Arrival (bahagian 34), berapa peratus sahaja yang (view) mahu melihat dan buka mata hati dengan pendedahan yang dilakukan oleh mereka..

Mari sama-sama kita semak dan lihat 'discovery video' ini. 
Buka mata..
Celik hati~
Kenapa kita masih ketinggalan dan giat ditipu saban hari oleh mereka?
Mungkin ramai antara kita yang masih tak tahu dan tak sedar akan hal ini.. Bukan semua orang suka untuk melayari internet. Belum tambah dengan yang tak mahir dan masih takut untuk menggunakannya..

Moga lebih ramai yang sedar akan proses manipulasi dan dipergunakan kepada kita sejak dahulu..

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Impact Factor Blogspot

Jangan tak tau, bukan paper je yang ada 'impact factor'., blog pun ada juga tau... Jom layan~

ini semua yang PC dapat dari analisis Alexa.

PC baru je lepas tengok PageRank (PR) blog ni, iaitu PR 1.

Manakala, hasil timbang blog, PC pula boleh senyum lebar, dengan kepantasan yang ada .. dan saiz blog yang agak ringan ni, tapi, PC ni macam taruk banyak link kot, jadi penimbang cakap tak elok ada banyak-banyak link. Ancaman juga untuk kesihatan.


buat kenangan..
masing-masing boleh cuba analisis blog, timbang-timbang blog .. main sedap tulis je tak larat jugak kan?

okey,
Selamat mencuba!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Bagaimana kita memperolehi motivasi?

Cara yang berbeza-beza untuk memperolehinya.. ada yang secara semulajadi memang dilahirkan secara bermotivasi tinggi? Mungkin ada.... tapi agak mustahil jika difikirkan oleh akal yang waras.

Beberapa deadline datelines yang perlu wansiti patuhi dalam 2,3 bulan ni membuatkan diri agak kesibukan..
Ada selang-masa yang mengundang wansiti berhenti dan berfikir sejenak.. dek kerana diri keletihan menumpukan otak dan segenap tenaga kepada sesuatu subjek yang wansiti sudah mula pudar minat-kepada-nya..

Tapi, pujuk diri untuk meneruskan gerak-kerja yang dilakukan, oleh kerana sudah makan berzaman masa dan bergelen tenaga untuk menjadi seperti hari ini..

Ada 1 blog yang wansiti amat suka, dan terserempak secara tak sengaja semasa melawat artikel di IluvIslam
Namun ia tidak mustahil untuk dicapai. Hanya fikiran yang menentukan keberjayaan kita memperoleh apa yang kita inginkan pada masa depan.
Cita-cita....
Boleh baca lanjut di post 'Mencipta Masa Depan'

Meminati gaya penulisan santai, Norden Mohamed atau nama penanya di blog Eyman Hykal yang terhasil kebanyakkannya daripada pengalaman beliau sendiri..
diadun dan digarap menggunakan minda fikir dan zikir beliau..
syabas!

Memetik sedikit daripada ayat nasihat dan ingatan daripada beliau..
Barangkali, oleh kerana bimbang dikatakan sebagai orang yang bercakap besar, maka kita ramai di antara kita lebih senang berdiam diri meskipun kita mengetahui sesuatu lebih daripada orang lain. Kejayaan kita dalam perniagaan, pendidikan anak hingga berjaya dalam kerjaya, pengurusan kewangan, teknik belajar, malah rahsia kita membuat teh tarik yang sedap adalah di antara kebaikan-kebaikan yang seharusnya dikongsikan dengan orang lain.
wansiti: pulang dari melawat 2 kedai buku ... cari motivasi dari sana.. Melepak kat sana, sampai tak sedar masa berlalu.. best-best pulak tu buku yang dijual di sana... lau boleh pinjam macam library, dah lama pinjam wat kelik...
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Selidiki dahulu Khabarnya

Firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat: (maksudnya)

Wahai orang-orang yang beriman! 
Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Karnival Kerjaya Kedah & Pulau Pinang

Tarikh: 19 November 2011 (Sabtu)
Masa: 9:00 pagi – 4:00 petang
Tempat: Dewan Utama Pelajar Universiti Sains Malaysia.
Penyertaan: 35 Syarikat

Tarikh: 19 November 2011 (Sabtu)
Masa: 9:00 pagi – 4:00 petang
Aktiviti: Temuduga, Ceramah Kerjaya dan lain-lain.
Tempat : Pantai Murni, Yan, Kedah.
Penyertaan: 20 syarikat
Aktiviti: TemudugaTerbuka.








Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Resepi Dory Fish Baked in Garden Herbs

Best juga ikan dory yaang dimasak menggunakan herbs ni.. PC cuba makan pertama kali di Manhanttan Fish Market [Alamanda, Putrajaya].
Lau boleh masak sendiri ni lagi best!
Puas PC cari resepi di internet, pelbagai keywords diguna-pakai, akhirnya.. ini-lah hasilnya..
menggunakan..  Italian herbs 
..is an Italian blend of 6 herbs - Marjoram, Basil, Red Bell Peppers, Rosemary, Oregano, Parsley, Thyme. Although, using Basil, Oregano, Parsley and Thyme is enough for any dish. Italian herbs are ideal for pasta, pizza, bruschetta, salad, soups, veal and chicken -thanks to ourfoodtales.
Ingredients
1/4 cup (60ml) olive oil
4 x 180g thick skinless white fish fillets
2 tbls Gourmet Garden Garlic
2 tbls Gourmet Garden Italian Herbs

Dressing
1/4 Lemon 
2 tbls Gourmet Garden Parsley
½ tbls Gourmet Garden Garlic
3 tbls Extra Virgin Olive oil
A pinch of sea salt (optional)

Method:
  1. Preheat the oven to 200°C. 
  2. Whisk olive oil,Gourmet Garden Garlic and Gourmet Garden Italian herbs in bowl. 
  3. Pour the herbed oil over the fish and massage thoroughly. Use the remaining herbed oil to cover the fish before placing it into oven and bake for 20  minutes until it cooked through. 
  4. Whisk together chopped parsley (finely), Gourmet Garden Garlic, olive oil and the lemon juice from 1/4 lemon. Once cooked, drizzle the fish with the herb dressing and serve right away. 

Juga ada video youtube cara nak masak, oleh gourmetgarden.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Eating a Junk Food Diet During Childhood Could Affect IQ

We know that chips, candy, and chocolate cake don't do waistlines any good—but can junk food also stunt our intelligence? The IQs of children who eat fatty, sugary, processed foods appear to suffer years later, while the IQs of those who eat healthily increase, according to a study published Monday in the Journal of Epidemiology and Community Health. British researchers tracked what 14,000 children ate and drank at ages 3, 4, 7, and 8½, and found that those who ate a diet high in processed foods at age 3 had a slightly lower IQ five years later than their healthier-eating peers. Kids whose diet emphasized fruit, vegetables, salads, fish, rice, and pasta, meanwhile, saw small increases in their IQ. Diet likely makes the greatest impact during the first three years of life, when the brain is rapidly developing; good nutrition promotes brain growth and cognitive skills. "We know (a healthy diet) is important for physical growth and development, but it may also be important for mental ability."
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Program cuti sekolah Selangor, Negeri Sembilan [Motivasi Al-Quran V3.0]

Program cuti sekolah untuk anak, termasuk aktiviti:
* mengaji Al-Quran
* belajar solat
* seni mempertahankan diri
* muhasabah kendiri
* pelajari teknik belajar
* riadah -- sukan --sihat
Pilihan Tarikh & Tempat :

** Istimewa pendaftaran sebelum : 15 November 2011
Masjid (Pusat Islam) UKM, Bangi.
---------------------------------------------------------------
(21 November - 10 Disember 2011)
---------------------------------------------------------------

** Istimewa pendaftaran sebelum : 23 November 2011
---------------------------------------------------------------
(29 November - 17 Disember 2011)
---------------------------------------------------------------
* Masjid at-Taqwa, Kampong Paroi, Seremban.
* Madrasah Nahdhatul Islamiah, Seksyen 3, Shah Alam.
* Masjid Kuarters KLIA, Nilai.

** Istimewa pendaftaran sebelum : 29 November 2011
---------------------------------------------------------------
(5 - 24 Disember 2011)
---------------------------------------------------------------
* Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya.
* Masjid al-Muttaqin, Wangsa Melawati.
---------------------------------------------------------------

Daftar sekarang, program fasa pertama akan bermula pada 21 November ini.. (ada lagi
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Programming HATI dan MINDA kasi BERSIH...

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah dan wansiti suka terbaca di iluvIslam
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan
"Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – 
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 

4. Membaca Al-Quran – 
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – 
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – 
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – 
Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama'.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Google+ di Puncak Cahaya

Semasa wansiti membaca post di Denai Hati, terjumpa beberapa perkara menarik yang telah diutarakan oleh penulis blog, antaranya Google+. Menarik! 

Makin banyak perkara yang berkait-kait boleh dibuat dengan blog ni kan? okey, ini adalah salah-satu benda baru yang belum wansiti mahir sepenuhnya, walaupun, memang amat berguna!
wehuuu~ nak promot sepenuhnya program yang Akademi Infitah buat ler.. hari ni, baru nak masukkan butir-butirnya ke blog PC ni.. okey!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Baca semua email serentak!!

Terima kasih kepada emak Uwais, Uzair dan Izzah Khadija kerana mencadangkan kepada wansiti menggunakan sistem mail.com.

Jika sebelum ini, wansiti mencadangkan menggunakan meebo, yang mana, kita boleh menggabungkan semua chatting kita bawah 1 akaun. Tanpa perlu menginstall yahoo messengger yang berat-berat, dan lain-lain..

Di sini, ada lagi kelebihan mail.com,

serupa dengan meebo, tanpa perlu letih membuka banyak tab di browser internet anda, kerja anda lebih mudah dalam menggendalikan banyak email dalam 1 masa..

Cubalah dulu...

Nanti, jika ada apa-apa kelebihan atau kelemahan mail.com, boleh sama-sama kongsi kat sini.. :)
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Ciri-ciri wanita yang baik untuk dilamar

Dalam melamar, seorang muslim dianjurkan untuk memperhatikan beberapa sifat yang ada pada wanita yang akan dilamar, diantaranya :
1. Wanita itu disunahkan seorang yang penuh cinta kasih. Maksudnya ia harus selalu menjaga kecintaan terhadap suaminya, sementara sang suami pun memiliki kecenderungan dan rasa cinta kepadanya. Selain itu, ia juga harus berusaha menjaga keredhaan suaminya, mengerjakan apa yang disukai suaminya, menjadikan suaminya merasa tentram hidup dengannya, senang berbincang dan berbagi kasih sayang dengannya. Dan hal itu jelas sejalan dengan firman Allah Ta’ala, "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kalian istri-istri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Dan Dia jadikan di antara kalian rasa kasih dan sayang" (ar-Ruum:21) .

2. Disunahkan pula agar wanita yang dilamar itu seorang yang banyak memberikan keturunan, kerana ketenangan, kebahagiaan dan keharmonisan keluarga akan terwujud dengan lahirnya anak-anak yang menjadi harapan setiap pasangan suami-istri. Berkenaan dengan hal tersebut, Allah Ta’ala berfirman, Dan orang-orang yang berkata, ‘Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa’. (al-Furqan:74) . Dalam sebuah hadits, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, 'Menikahlah dengan wanita-wanita yang penuh cinta dan yang banyak melahirkan keturunan. Kerana sesungguhnya aku merasa bangga dengan banyaknya jumlah kalian pada hari kiamat kelak'. Demikian hadist yang diriwayatkan Abu Daud, Nasa’I, al-Hakim, dan ia mengatakan, Hadits tersebut sanadnya shahih.

3. Hendaknya wanita yang akan dinikahi itu seorang yang masih gadis dan masih muda. Hal itu sebagaimana yang ditegaskan dalam kitab Shahihain dan juga kiab-kitab lainnya dari hadits Jabir, bahwa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah bertanya kepadanya, Apakah kamu menikahi seorang gadis atau janda? dia menjawab,”Seorang janda.”Lalu beliau bersabda, Mengapa kamu tidak menikahi seorang gadis yang kamu dapat bercumbu dengannya dan ia pun dapat mencumbuimu? Kerana seorang gadis akan mengantarkan pada tujuan pernikahan. Selain itu seorang gadis juga akan lebih menyenangkan dan membahagiakan, lebih menarik untuk dinikmati akan berperilaku lebih menyenangkan, lebih indah dan lebih menarik untuk dipandang, lebih lembut untuk disentuh dan lebih mudah bagi suaminya untuk membentuk dan membimbing akhlaknya. 

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam sendiri telah bersabda, Hendaklah kalian menikahi wanita-wanita muda, kerana mereka mempunyai mulut yang lebih segar, mempunyai rahim yang lebih subur dan mempunyai cumbuan yang lebih menghangatkan. Demikian hadits yang diriwayatkan asy-Syirazi, dari Basyrah bin Ashim dari ayah nya, dari kakeknya. Dalam kitab Shahih al_Jami’ ash_Shaghir, al-Albani mengatakan, “Hadits ini shahih.”

4. Dianjurkan untuk tidak menikahi wanita yang masih termasuk keluarga dekat, kerana Imam Syafi’I pernah mengatakan, “Jika seseorang menikahi wanita dari kalangan keluarganya sendiri, maka kemungkinan besar anaknnya mempunyai daya fikir yang lemah.”

5. Disunahkan bagi seorang muslim untuk menikahi wanita yang mempunyai silsilah keturunan yang jelas dan terhormat, kerana hal itu akan berpengaruh pada dirinya dan juga anak keturunannnya. Berkenaan dengan hal tersebut, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, Wanita itu dinikahi kerana empat hal: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan karena agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, niscahya kamu beruntung. (HR. Bukhari, Muslim dan juga yang lainnya).

6. Hendaknya wanita yang akan dinikahi itu taat beragama dan berakhlak mulia. Kerana ketaatan menjalankan agama dan akhlaknya yang mulia akan menjadikannya pembantu bagi suaminya dalam menjalankan agamanya, sekaligus akan menjadi pendidik yang baik bagi anak-anaknya, akan dapat bergaul dengan keluarga suaminya. Selain itu ia juga akan senantiasa mentaati suaminya jika ia akan menyuruh, redha dan lapang dada jika suaminya memberi, serta menyenangkan suaminya berhubungan atau melihatnnya. Wanita yang demikian adalah seperti yang difirmankan Allah Ta’ala, “Sebab itu, maka wanita-wanita yang shahih adalah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminyatidak berada di tempat, oleh karena Allah telah memelihara mereka”. (an-Nisa:34) . Sedangkan dalam sebuah hadits, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Dunia ini adalah kenikmatan, dan sebaik-baik kenikmatannya adalah wanita shalihah”. (HR. Muslim, Nasa’I dan Ibnu Majah).

7. Selain itu, hendaklah wanita yang akan dinikahi adalah seorang yang cantik, kerana kecantikan akan menjadi dambaan setiap insan dan selalu diinginkan oleh setiap orang yang akan menikah, dan kecantikan itu pula yang akan membantu menjaga kesucian dan kehormatan. Dan hal itu telah disebutkan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dalam hadits tentang hal-hal yang disukai dari kaum wanita. 

Kecantikan itu bersifat relatif. Setiap orang mempunyai gambaran tersendiri tentang kecantikan ini sesuai dengan selera dan keinginannya. Sebagian orang ada yang melihat bahwa kecantikan itu terletak pada wanita yang pendek, sementara sebagian yang lain memandang ada pada wanita yang tinggi. Sedangkan sebahagian lainnya memandang kecantikan terletak pada warna kulit, baik coklat, putih, kuning dan sebagainya. Sebagian lain memandang bahwa kecantikan itu terletak pada keindahan suara dan kelembutan ucapannya. Demikianlah, yang jelas disunahkan bagi setiap orang untuk menikahi wanita yang ia anggap cantik sehingga ia tidak tertarik dan tergoda pada wanita lain, sehingga tercapailah tujuan pernikahan, yaitu kesucian dan kehormatan bagi tiap-tiap pasangan. tentang-pernikahan.com - 

Sumber: Fikih Keluarga, Syaikh Hasan Ayyub, Cetakan Pertama, Mei 2001, Pustaka Al-kautsar


Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Kelik kampung lagi.. yeazza!

Plan wansiti hari ini, nak merantau dari Kuala Lumpur (KL) ke Kelantan.. yehaaa!!

Tarikh akhir wansiti pulang kelik Qlatey, adalah pada 18 September lepas.. dah 2 bulan yang lalu..
Doakan wansiti selamat sampai dengan 2 ekor budak nie.. Ichi & Ommo :)
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Buku Rujukan dan Soalan bertulis PTD..[Matematik]

Banyak persoalan dan luahan perasaan risau calon peperiksaan bertulis PTD tentang soalan Matematik dan kami rasa sedikit terpanggil untuk buat satu posting pendek mengenainya. Sebenarnya ianya bukanlah sesukar yang disangka, cuma anda perlu tahu apa yang sepatutnya anda tahu dan lakukan sedikit latihan tentangnya. Itu sahaja.

Jadi apa sebenarnya soalan yang akan ditanya? Begini.. ada 2 ‘clue’ besar yang diberi oleh pihak SPA sendiri yang ramai orang terlepas pandang mengenainya dan Team Tips PTD sudah nyatakan dalam ‘Diskripsi Prima’ mengenai perkara ini. Apakah ‘clue’ tersebut?
Calon tidak dibenarkan mengguna kalkulator
Soalan hanya sehingga silibus SPM
2 perkara besar ini kalau diperincikan akan menjadikan persediaan matematik anda untuk peperiksaan gred 41 nantinya amat mudah dan kami terus terang yakin anda akan dapat jawab tanpa masalah besar. Jadi apa kesimpulan dari 2 perkara besar di atas;

* soalan-soalan susah yang memerlukan kalkulator, konfem tak keluar
* soalan-soalan yang memerlukan lukisan seperti bab ‘Pelan dan Dongakan’ dalam silibus SPM, komfem tak keluar

Jadinya, apa yang perlu anda lakukan untuk persediaan Matematik dan skor bahagian ini?

* Lihat semula buku rujukan Matematik SPM dan PMR
* Singkirkan bab-bab yang memerlukan lukisan, kalkulator dan pengiraan yang sukar
* Jawab soalan-soalan set matematik PMR dan SPM dan abaikan kesemua soalan-soalan yang susah yang memerlukan kalkulator dan lukisan

Mudah bukan? Anda seorang graduan universiti dan anda lulus subjek Matematik zaman SPM dahulu dan melayakkan diri ke Universiti dan sudah semestinya anda ada asas kalau pun tidak kukuh tetapi asas Matematik itu ada dalam diri anda. Apa yang anda perlukan ialah asah kembali kemahiran itu dan buat persediaan yang tepat dengan 2 ‘clue’ yang dibincangkan di atas. Tak susah bukan?

Salam kejayaan untuk anda!!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Malaysia Planner 2012

Tinggal lagi 2 bulan sebelum ke tahun masihi baru, 2012. Bagi yang ingin merancang perjalanan hidup lebih awal, boleh 'free download planner 2012' sekali dengan cuti-cuti Malaysia. 

Boleh pilih hari, bulan, tahun & tempat yang dikehendaki.
Selamat merancang! :)
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Selamat Hari Lahir Umi !!! :)

Hari ini, adalah hari yang paling PC suka!

Selamat Ulangtahun KeLahiran buat umi wansiti.. 
Jasa dan kasih-sayangmu semasa membesarkan anak-anakmu ini, tidak terbalas walau dengan segunung emas sekalipun.. 
Hanya Allah yang Maha Kuasa yang dapat membalasnya :)
Umi,
Tidak pernah ku dengar kau mengeluh,
Kerna membanting tulang mencari rezeki untuk anakmu,
Tidak pernah ku melihat wajahmu mencemuh,
Kerna melahirkan dan membesarkanku..

Umi,
Jelas di riak wajahmu ,
Terpancar sinar keceriaan,
Yang menjadi penyuluh kegembiraanku dan kejayaanku,
Sehingga ke hari ini.

Umi,
Ku takut andai ku tidak dapat membalas setiap pengorbananmu,
Ku sebak andai usahaku tidak cukup untuk digelar anak mithalimu,
Ku gementar sekiranya dikau terluka dengan tingkah laku ku,
Ku cuba, umi.. Ku cuba menjadikan diriku mutiara untukmu..

Umi,
Kau bagaikan bidadari dunia ini,
Dihadiahkan Allah untukku,
Penuh bahagia ku sampingmu, umi..
Kan ku hadiahkan doa buatmu di sepanjang hayatku..

Terima kasih buat Maizatul Nuzi Othman yang telah menukilkan sajak yang indah ini~ :)
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Tujuan Hidup...





Apa pun tujuan hidup sahabat...

Pastikan ia adalah yang terbaik dan yang dapat membantu kita berjaya di dunia dan juag akhirat sana..
When you find your purpose, it is like your heart has been set alight with passion. You know it absolutely, without any doubt.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Bertudung tapi telanjang [seloka]

Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur Yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang ‘gitu-gitu’
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau ‘put color’ jangan macam ‘rainbow’ pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak ‘bernyawa’

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat
Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah
Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa ‘kelas’
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Cara Menulis Resume Terbaik – Bahagian 3

Apakah scannable resume?
Scannable resume adalah resume yang di baca menggunakan computer. Dengan menggunakan Optical Character Recognition ( OCR ), resume anda akan di scan dan semua maklumat akan di daftarkan ke dalam database. Software tersebut akan meletakkan maklumat anda berdasarkan ranking yang di kehendaki oleh majikan.Teknik ini selalunya di gunakan syarikat – syarikat besar bagi mempercepatkan proses pemilihan kerja.
Apakah Online Resume?
Online resume adalah resume yang di tulis dalam bentuk (*.txt) di mana ia boleh di copy paste dalam bentuk emel. Kebanyakan syarikat yang menerima resume secara online mahukan resume di hantar melalui isi emel bukannya dalam bentuk word atau pdf atau fail attachment.

Apakah sumber rujukan atau reference?
Sumber rujukan atau reference adalah seseorang yang mengenali diri anda. Mereka akan di rujuk oleh pihak majikan untuk mengenali diri anda dengan lebih rapat lagi. Selalunya, pihak majikan akan meminta anda untuk memberi mereka nama, no telefon dan alamat sumber rujukan anda.

Berapa ramai sumber rujukan yang saya perlu ada?
Anda perlu sekurang – kurangnya tiga orang dan paling ramai lima orang sebagai sumber rujukan anda.

Siapakah yang sesuai menjadi sumber rujukan anda di dalam resume?
Perkara pertama , anda perlu pilih orang yang akan memberi kenyataan positif mengenai diri anda. Ada tiga jenis references atau sumber rujukan. Anda boleh pilih seorang bagi setiap jenis.

Professional references : Bagi yang baru graduate, anda boleh minta bos di tempat praktikal untuk menjadi references anda. Bagi yang ingin mencari kerja baru, anda boleh minta bos di tempat kerja lama. Professional references ini boleh membantu pihak majikan untuk mengetahui kelebihan anda melakukan kerja secara praktikal.

Academic references : Jenis ini boleh membantu majikan untuk mengetahui latar belakang akademi anda. Bagi yang baru graduate, anda boleh beri sebagai senjata tambahan manakala bagi yang sudah lama graduate, anda tidak perlu beri pun tidak mengapa kerana anda sudah ada pengalaman.

Personal References : Biasanya majikan tidak memerlukan references jenis ini. Namun, anda boleh beri satu nama jika pihak majikan ingin mengenali peribadi anda.

Apakah cover letter?
Cover letter adalah surat yang di hantar bersama – sama dengan resume. Surat ini di tulis bertujuan untuk memperkenalkan resume kepada bakal majikan.

Apakah tujuan cover letter di tulis?
Cover letter di tulis untuk memperkenalkan diri anda pada pihak bakal majikan. Dalam surat ini anda ceritakan minat anda untuk memohon pekerjaan di organisasi tersebut dan dalam masa yang sama anda minta mereka untuk membaca resume yang anda hantar. Akhir surat, anda ceritakan yang anda sangat berminat dan sesuai untuk di ambil bekerja bagi jawatan tersebut.

Apa yang saya perlu tulis di dalam cover letters?
Seperti surat biasa, ada tiga bahagian. Bahagian pertama adalah pengenalan, bahagian kedua adalah isi manakala bahagian ketiga adalah penutup. Ketika menulis isi, anda fokus pada tiga perkara berikut
Sebab secara peribadinya kenapa anda memilih untuk memohon kerja di organisasi tersebut.
* Sebab – sebab jelas kenapa pihak majikan perlu memilih anda.
* Beritahu mereka untuk membaca resume dan sertakan contact detail untuk mereka beri respon pada resume anda.

Adakah saya perlu menulis cover letter yang berbeza bagi setiap peluang pekerjaan?
Bagi saya, sudah tentu perlu. Cover letter adalah surat peribadi anda pada bakal majikan. Setiap surat perlulah di tulis khusus untuk organisasi yang anda akan pohon kerja.

Adakah saya wajib menyertakan cover letters bersama – sama dengan resume atau borang permohonan kerja?
Ya, sudah tentu anda perlu lakukannya. Cover letter akan memudahkan bakal majikan untuk mengenali diri anda sebelum mereka membaca resume.

Bagaimana saya hendak belajar menulis resume?
Ada beberapa cara antaranya
- Lihat sampel resume orang lain dan banyak lagi sumber di internet
- Masuk kelas menulis resume.
- Jika anda masih belajar, anda boleh mohon pusat kerjaya untuk mengajar anda menulis resume.

Selamat menulis resume!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

inilah dia! Tolong FAHAMkan saya! Faham?

kesinambungan daripada test yang wansiti dah amek pada sebulan yang lepas..
Ini Dr. Gary hurai lebih-lanjut...

Your Love LanguageActs of Service
Can vacuuming the floors really be an expression of love? Absolutely! Anything you do to ease the burden of responsibilities weighing on an “Acts of Service” person will speak volumes. The words he or she most want to hear: “Let me do that for you.” Laziness, broken commitments, and making more work for them tell speakers of this language their feelings don’t matter.
Ops... jap...jap..
ada lagi Dr. ni pesan..
You may have scored certain ones of the love languages more highly than others, but do not dismiss those other languages as insignificant. Your husband may express love in those ways, and it will be helpful to you to understand this about him.

In the same way, it will benefit your husband to know your love language and express his affection for you in ways that you interpret as love. Every time you or your husband speak each other’s language, you score emotional points with one another. Of course, this isn’t a game with a scorecard! The payoff of speaking each other’s love language is a greater sense of connection. This translates into better communication, increased understanding, and, ultimately, improved romance.

If your husband has not already done so, encourage him to take The Five Love Languages Profile for Husbands. Discuss your respective love languages, and use this insight to improve your marriage!

Find out more about this, and other love languages, in the #1 NY Times Best Seller The 5 Love Languages™ by Dr. Gary Chapman.
macam menarik kan...
Ada betulnya juga... ini bukan game.. tapi, cara memahami bagi tiap individu, memang berbeza....
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Tips Cantik!

‎"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, ..."
(Q.s. An-Nuur: 31).
Allah swt. telah memerintahkan bagi kaum wanita Mukmin, dalam ayat di atas, untuk menutup tempat-tempat yang biasanya terbuka di bagian dada. Arti Al-Khimar itu ialah "kain untuk menutup kepala," sebagaimana surban bagi laki-laki, sebagaimana keterangan para ulama dan ahli tafsir. Hal ini (hadis yang menganjurkan menutup kepala) tidak terdapat pada hadis manapun.
Al-Qurthubi berkata, "Sebab turunnya ayat tersebut ialah bahwa pada masa itu kaum wanita jika menutup kepala dengan akhmirah (kerudung), maka kerudung itu ditarik ke belakang, sehingga dada, leher dan telinganya tidak tertutup. Maka, Allah swt. memerintahkan untuk menutup bagian mukanya, yaitu dada dan lainnya."

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahwa ketika Asma' binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah saw, ketika itu Asma' sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah saw. memalingkan muka seraya bersabda:
"Wahai Asma'! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ..." (beliau mengisyaratkan pada muka dan tangannya).

Dengan demikian, sabda Rasulullah saw. itu menunjukkan bahwa rambut wanita tidak termasuk perhiasan yang boleh ditampakkan, kecuali wajah dan tangan. Dalam riwayat Al-Bukhari, bahwa Aisyah r.a. telah berkata, "Mudah-mudahan wanita yang berhijrah itu dirahmati Allah."

Ketika turun ayat tersebut, mereka segera merobek pakaiannya untuk menutupi apa yang terbuka.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Cara untuk berjimat

Antara satu cara yang PC gunakan untuk berjimat adalah dengan rajin membeli kupon di Groupon. Diskaun yag ada di sini, bukan sedikit.. adalah dalam purata 40 hingga 95% diskaun!!
Banyak tu kan..

okey, kita letak promo dia ckit kat sini..

Caranya senang sahaja kan..
klik sini.. 
untuk join PC di Groupon~
Apa lagi, meh la join PC shopping dengan cara lebih murah dan mudah.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Saya yang teringin kerja sebagai Pembantu Tadbir (P/O)

Entah apa yang merasuk kepala nie, rasa macam berminat dengan kerja-kerja admin. je.. Macam best-kan? haha, sekali lagi tak fokus, semua benda wansiti nak kaut sekali-gus.. Apa daaa~
Okey, apa kerja-kerja P/O atau bahasa mudahnya adalah Kerani?

Ini yang wansiti jumpa di laman sesawang SPA.gov.my:

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi). 

Skop Fungsi dan Bidang Tugas:
Aspek Perkeranian
a) Pentadbiran pejabat.
b) Pengurusan personel.
   - perjawatan, pembangunan organisasi dan perancangan sumber manusia
   - perkhidmatan, latihan dan kerjaya
   - gaji, elaun dan kemudahan
   - faedah persaraan 
c) Pengurusetiaan.
d) Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
e) Pengurusan Rekod.
f) Pengurusan Kewangan. 
g) Pengurusan Fail.

Letih-ke-belajar sampai peringkat master, tapi minat lain..dan merewang-rewang.. Apa nak jadi wansiti oiiii~
What you want-to-be...?
What you eager-to-be...?
What your ambition-to-be?

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Jadilah diri-sendiri...


Be creative and use powerful actions in line with what you want. If you want to attract the perfect partner, then make room in your closet. If you want to attract a new house, then tidy up your current house so it is ready for easy packing. If you want to take a trip then get out your suitcases, surround yourself with pictures of the location, and put yourself in the pictures.
Think about what you would do if you had your desire, and then take creative actions that make it clear you are receiving it now.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

AVG antivirus Selalu lagunie tau! haih~

wansiti pun tak faham kenapa antivirus sekeping ni selalu cmni.. Kenapa lah dia selalu duk cari masalah dengan browser internet wansiti yea?
Ada sesiapa tahu, kenapa....?
hmmmm....

Oh, yea! lagi satu, wansiti suka hati sangat-sangat hari ini, sebab google chrome dah bagi wansiti update blog dengan jayanya (setelah sekian lama).. !
Terbaik!

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Berbaik-sangka-lah!

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani”. (Surah al-Hujurat ayat: 12)

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger