Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Tips Bersihkan Rumah Cara Sihat

Bagi yang ada pengalaman dilanda banjir pasti tahu teknik membersihkan rumah dan cara mengelak masalah kesihatan berkaitan bencana ini. Bagi yang kali pertama mengalami banjir, di bawah disenaraikan beberapa panduan untuk memudahkan kerja anda.

* Antara bahan yang anda perlukan untuk membersihkan rumah ialah cecair peluntur dan sarung tangan getah. Cecair peluntur boleh bertindak sebagai bahan pembasmi kuman sama ada untuk pinggan mangkuk, bekas mengisi makanan, alat mainan anak, perabot, dinding dan lantai rumah.

* Sebelum memulakan kerja pembersihan, masak air minuman sehingga mendidih (selama seminit) bagi memastikan semua bakteria mati. Anda perlu minum banyak air supaya tidak mengalami masalah cepat letih atau kekurangan air kerana ketika ini jadual makan akan terganggu.

* Minum air yang dimasak hingga mendidih (selama seminit) atau beli air dalam botol. Jika botol minuman di rumah anda terendam dalam banjir, lebih baik ia dibuang.

* Cuci tangan dengan sabun dan air bersih setiap kali sebelum makan, mengendalikan makanan atau memasak

* Ketika ini elak makan makanan mentah seperti ulam-ulaman. Masak semua makanan sehingga benar-benar masak

* Buang semua makanan yang dirasakan tidak selamat dimakan iaitu yang terkena air banjir. Jika tin makanan masih baik, tanggalkan kertas pembalut tin dan basuh hingga bersih. Anda boleh juga merendam seketika tin makanan dalam cecair pembasmi kuman yang disediakan sendiri. 
Caranya, campurkan secawan (250 mililiter) cecair peluntur dengan sebaldi air (saiz sederhana). Rendam tin makanan seketika, lap hingga kering dan labelkan semula untuk memudahkan anda kelak. Larutan sama boleh digunakan untuk mencuci alat mainan anak
* Walaupun rumah anda tidak dinaiki air, tetapi jika terputus bekalan elektrik selama beberapa jam, lihat makanan yang tersimpan di bahagian dingin beku dalam peti sejuk. Ikan, ayam atau daging yang tersimpan pada suhu 5 Celsius ke atas melebihi dua jam dianggap tidak selamat dimakan kerana bakteria mudah membiak pada bahan ini. Untuk mengelak ia terbuang, masak segera bahan ini sehingga ia benar-benar masak. Sebaliknya jika ia masih dalam keadaan beku (mempunyai kristal ais), ia boleh disimpan semula. Ketika ketiadaan bekalan elektrik, kurangkan membuka peti sejuk supaya suhu di dalamnya terkawal

* Bungkus bahan makanan yang hendak dibuang dengan baik dan letakkan dalam tong sampah. Jika perkhidmatan pengangkutan sampah juga tergendala selepas banjir ini, tanam bahan makanan tercemar sedalam sekurang-kurangnya dua kaki. Ia bertujuan mengelak ia dimakan haiwan liar seperti anjing atau kucing yang mungkin boleh menyebarkan bakteria daripada bahan berkenaan

* Pakai but getah jika lantai rumah anda dipenuhi lumpur untuk mengelak kaki terpijak barang tajam yang tidak kelihatan

* Bersihkan rumah untuk mengelak perabot, lantai dan dinding ditumbuhi kulapuk atau cendawan secepat mungkin. Buka semua tingkap dan pintu untuk meningkatkan pengudaraan dalam rumah. Jika bekalan elektrik pulih, pasang kipas untuk mempercepatkan rumah anda kering. Jika ada bahagian ditumbuhi cendawan, bersihkan dengan air yang dicampur larutan peluntur. Pastikan anda membuka tingkap dan pintu terlebih dulu serta memakai sarung tangan getah ketika melakukan kerja pembersihan. Ia penting untuk mengelak gangguan pada kulit, terutama bagi yang ada alahan atau masalah ekzema. Buang barang yang sukar dibersihkan atau mengambil masa lama untuk kering

* Jika cuaca terlalu panas, lebihkan pengambilan air masak. Pasang kipas atau berehat seketika di tempat teduh. Pakai pakaian nipis, menyerap peluh dan cepat kering. Elak memakai pakaian ketat

* Jika anda mengalami luka, bersihkan luka terlebih dulu dengan sabun dan air bersih. Sapu krim antibiotik dan balut supaya tidak terkena permukaan yang mungkin tercemar

* Sepanjang kerja pembersihan ini, jangan sentuh atau gosok mata, hidung dan muka dengan tangan sebelum ia dicuci dengan sabun dan air bersih. Tangan kita mungkin tercemar dengan bakteria berbahaya yang ada di atas permukaan perabot atau lantai. Tangan adalah kenderaan paling berkesan untuk menyebarkan mikroorganisma berbahaya

Dan jika boleh, minta bantuan ahli keluarga atau saudara mara. Jangan bekerja hingga terlalu letih untuk mengelak kejadian tidak diingini.


Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger