Hari ini, adalah hari yang paling PC suka!
Selamat Ulangtahun KeLahiran buat umi wansiti..
Jasa dan kasih-sayangmu semasa membesarkan anak-anakmu ini, tidak terbalas walau dengan segunung emas sekalipun..
Hanya Allah yang Maha Kuasa yang dapat membalasnya :)
Umi,Tidak pernah ku dengar kau mengeluh,
Kerna membanting tulang mencari rezeki untuk anakmu,
Tidak pernah ku melihat wajahmu mencemuh,
Kerna melahirkan dan membesarkanku..
Umi,
Jelas di riak wajahmu ,
Terpancar sinar keceriaan,
Yang menjadi penyuluh kegembiraanku dan kejayaanku,
Sehingga ke hari ini.
Umi,
Ku takut andai ku tidak dapat membalas setiap pengorbananmu,
Ku sebak andai usahaku tidak cukup untuk digelar anak mithalimu,
Ku gementar sekiranya dikau terluka dengan tingkah laku ku,
Ku cuba, umi.. Ku cuba menjadikan diriku mutiara untukmu..
Umi,
Kau bagaikan bidadari dunia ini,
Dihadiahkan Allah untukku,
Penuh bahagia ku sampingmu, umi..
Kan ku hadiahkan doa buatmu di sepanjang hayatku..
Terima kasih buat Maizatul Nuzi Othman yang telah menukilkan sajak yang indah ini~ :)
Suka entri ini? (=^_^=)