Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Cara Menulis Resume Terbaik – Bahagian 3

Apakah scannable resume?
Scannable resume adalah resume yang di baca menggunakan computer. Dengan menggunakan Optical Character Recognition ( OCR ), resume anda akan di scan dan semua maklumat akan di daftarkan ke dalam database. Software tersebut akan meletakkan maklumat anda berdasarkan ranking yang di kehendaki oleh majikan.Teknik ini selalunya di gunakan syarikat – syarikat besar bagi mempercepatkan proses pemilihan kerja.
Apakah Online Resume?
Online resume adalah resume yang di tulis dalam bentuk (*.txt) di mana ia boleh di copy paste dalam bentuk emel. Kebanyakan syarikat yang menerima resume secara online mahukan resume di hantar melalui isi emel bukannya dalam bentuk word atau pdf atau fail attachment.

Apakah sumber rujukan atau reference?
Sumber rujukan atau reference adalah seseorang yang mengenali diri anda. Mereka akan di rujuk oleh pihak majikan untuk mengenali diri anda dengan lebih rapat lagi. Selalunya, pihak majikan akan meminta anda untuk memberi mereka nama, no telefon dan alamat sumber rujukan anda.

Berapa ramai sumber rujukan yang saya perlu ada?
Anda perlu sekurang – kurangnya tiga orang dan paling ramai lima orang sebagai sumber rujukan anda.

Siapakah yang sesuai menjadi sumber rujukan anda di dalam resume?
Perkara pertama , anda perlu pilih orang yang akan memberi kenyataan positif mengenai diri anda. Ada tiga jenis references atau sumber rujukan. Anda boleh pilih seorang bagi setiap jenis.

Professional references : Bagi yang baru graduate, anda boleh minta bos di tempat praktikal untuk menjadi references anda. Bagi yang ingin mencari kerja baru, anda boleh minta bos di tempat kerja lama. Professional references ini boleh membantu pihak majikan untuk mengetahui kelebihan anda melakukan kerja secara praktikal.

Academic references : Jenis ini boleh membantu majikan untuk mengetahui latar belakang akademi anda. Bagi yang baru graduate, anda boleh beri sebagai senjata tambahan manakala bagi yang sudah lama graduate, anda tidak perlu beri pun tidak mengapa kerana anda sudah ada pengalaman.

Personal References : Biasanya majikan tidak memerlukan references jenis ini. Namun, anda boleh beri satu nama jika pihak majikan ingin mengenali peribadi anda.

Apakah cover letter?
Cover letter adalah surat yang di hantar bersama – sama dengan resume. Surat ini di tulis bertujuan untuk memperkenalkan resume kepada bakal majikan.

Apakah tujuan cover letter di tulis?
Cover letter di tulis untuk memperkenalkan diri anda pada pihak bakal majikan. Dalam surat ini anda ceritakan minat anda untuk memohon pekerjaan di organisasi tersebut dan dalam masa yang sama anda minta mereka untuk membaca resume yang anda hantar. Akhir surat, anda ceritakan yang anda sangat berminat dan sesuai untuk di ambil bekerja bagi jawatan tersebut.

Apa yang saya perlu tulis di dalam cover letters?
Seperti surat biasa, ada tiga bahagian. Bahagian pertama adalah pengenalan, bahagian kedua adalah isi manakala bahagian ketiga adalah penutup. Ketika menulis isi, anda fokus pada tiga perkara berikut
Sebab secara peribadinya kenapa anda memilih untuk memohon kerja di organisasi tersebut.
* Sebab – sebab jelas kenapa pihak majikan perlu memilih anda.
* Beritahu mereka untuk membaca resume dan sertakan contact detail untuk mereka beri respon pada resume anda.

Adakah saya perlu menulis cover letter yang berbeza bagi setiap peluang pekerjaan?
Bagi saya, sudah tentu perlu. Cover letter adalah surat peribadi anda pada bakal majikan. Setiap surat perlulah di tulis khusus untuk organisasi yang anda akan pohon kerja.

Adakah saya wajib menyertakan cover letters bersama – sama dengan resume atau borang permohonan kerja?
Ya, sudah tentu anda perlu lakukannya. Cover letter akan memudahkan bakal majikan untuk mengenali diri anda sebelum mereka membaca resume.

Bagaimana saya hendak belajar menulis resume?
Ada beberapa cara antaranya
- Lihat sampel resume orang lain dan banyak lagi sumber di internet
- Masuk kelas menulis resume.
- Jika anda masih belajar, anda boleh mohon pusat kerjaya untuk mengajar anda menulis resume.

Selamat menulis resume!

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger