Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Portal Rasmi Halal Malaysia



Sejarah Halal






Penglibatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam memberi pengesahan status halal kepada produk makanan dan barangan gunaan Islam d negara ini bermula pada tahun 1974 apabila Pusat Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri memberi surat pengesahan halal kepada
produk-produk yang memenuhi kehendak syarak. Bermula pada tahun 1994 pengesahan halal diberi dalam bentuk sijil pengesahan beserta logo halal dan mulai 30 September 1998 pemeriksaan halal dilaksanakan oleh Syarikat Ilham Daya iaitu sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan.




Pada 1 September 2002, kerajaan telah memutuskan bahawa semua urusan pengesahan halal dilaksanakan sepenuhnya oleh JAKIM melalui Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam yang mempunyai hanya 28 jawatan.



Dengan perkembangan pesat industri makanan di negara ini dan keperluan semasa umat Islam, maka pada 17 November 2005 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan sebanyak 165 perjawatan pelbagai skim dan gred dengan nama baru Bahagian Hub Halal.



Pada 2 April 2008, pengurusan pensijilan halal diambil alih oleh Halal Industry Development Corporation. Walau bagaimanapun mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memutuskan pengurusan pensijilan Halal Malaysia dalam dan luar negara dikembalikan kepada JAKIM.





Heboh sekarang isu daging burger Mc'D, isu alkohol dalam bufet Ramadhan dan pelbgai isu lain lagi berkenaan dengan halal ini. Jadi, hari ini, jom kita melawat salah-satu laman sesawang organisasi yang bertanggungjawab dalam sijil halal ini Portal Rasmi Halal Malaysia 
Objektif, Visi dan Misi

ObjektifMengkaji, mengesah dan mengawal selia semua produk makanan dan barangan gunaan Islam supaya terjamin suci dan halal dengan cekap dan berkesan.
Visi
Menjadi sebuah pusat perkhidmatan pensijilan halal yang berwibawa dan diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa.
MisiMemastikan semua produk yang diberi sijil halal atau yang menggunakan perbahasaan halal adalah suci dan halal mengikut lunas-lunas syarak.

Di sini juga ada diterangkan prosedur yang perlu difahami dan dipenuhi untuk memohon satu-satu sijil halal, Direktori Halal (status syarikat yang mempunyai sijil halal), Senarai Hotel yang mendapat sijil halal dan pelbagai lagi. Tunggu apa lagi? Klik ja sini.

p/s: terima kasih kerana sudi membaca ^_^

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger