Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Minat

Apa yang ada dengan minat? Kerana minat, orang sanggup buat sesuatu perkara tanpa jemu. Tak payah makan pun tak pe. Minat main game? Main la 24 jam, berhenti untuk solat dan makan sahaja, pas tu sambung main balik. Minat menyanyi? Orang buat album, jual dan boleh duit jugak ni, (selagi album orang suka dengar dan tak sumbang). Minat memasak? ha., ini paling best woooo...boleh makan, kaum kerabat yang paling dekat la yang untung, boleh makan. Kenyang. Alhamdulillah...Minat apa lagi? 

Minat menulis? hoho..itu la, lau tulis nak sebarang tulis, tak de masalah, tapi jika kena tulis benda yang perlukan kefahaman yang mendalam macam paper sains ni, adeh. Kena juga buat dan timbulkan minat. Lagi satu, kena rajin baca, basic kefahaman fakta sains (yang berkaitan bidang yang dipelajari) kena kuat beb. Mana boleh sebarang tulis. Lagi-lagi nak merapu, merabang, jiwang-jiwang macam tulis novel, aisey..tak de chan le jawabnya.. Ramai yang boleh tulis, jika nak setakat luahan perasaan, mengayat tanpa fakta ni, kan? betul tak? 

Jika kita kongsi minat yang sama? 
Yang ni paling bagus dan best! Kita ada minat yang sama dengan sahabat kita. Betul juga bila ada sahabat saya kita, dia boleh berkawan dengan seseorang tu, kerana mereka memiliki minat yang sama! Seperti mempunyai hobi, pegangan agama, kerjaya dan pi'il perangai yang hampir sama. Apa yang saya buat bersama kawan-kawan adalah melaksanakan minat dan hobi kami yang sama, iaitu tengok cerita kartun, (contoh), window shopping (contoh: tak de kaitan antara yang pengsan dan mati), makan-makan, masak-masak, berjalan, dan sebagainya (semua ni adalah contoh). Ada lagi satu minat kami yang hampir sama, menyakat! yea, kami suka saling menyakat. tak sah lau orang yang kena sakat, tak balas balik sakatan itu, jika dia tak balas balik tu, maknanya orang tersebut kurang sihat dari segi fizikalnya. ngeeee~
Ada sorang tu, yang sedang baca post saya ni, dia suka kucing. Suka men'google' juga. Tak sah lau tak de link yang dipostkan atau ditampalkan wall saya, yea kan? :) hahaha ..(okey jugak tu, saya suka bertukar-tukar dan berkongsi pendapat dan pengetehuan). Suka kucing, hmmmm, minat yang sama dengan saya tu, tapi sekarang, saya tak dapat nak bela kucing kat umah sewa saya, huhuhuu....sedih. Namun minat saya saya ni diperturunkan kepada kakak fasihah (wah, tahniah..tahniah, kakak..). Meyah makcik umah sebelah pun dah 3 bulan tak nampak kelibat, ke mana la die pergi yea? 



Kerana minat juga boleh membuat duit
Untung la jika minat kepada hobi kita tersebut dapat memberikan satu lagi manfaat kepada kita, iaitu dapat menghasilkan duit. Bestkan? (Seperti ini, Mesti lagi masyuk duit yang didapati sebab kerana jika dah minat, mesti boleh hadap kerja tersebut 24 jam tanpa jemu. Ada je orang menari, menulis blog leh dapat duit. Tapi, ada ke orang yang layan novel, komik dan main game, dapat duit? 

Berjuang dan duit.
Namun, perjuangan dan penat-lelah seorang yang mengabdikan diri kepada Allah adakah semata-mata kerana duit dan kesenangan dunia semata? Minatnya dalam mengajak manusia ke arah ma'ruf dan menjauhi kemungkaran, jika berpaksikan duit, tidak akan ke mana. Kecuali kerana lillahi ta'ala (kerana Allah). Nawaitu kena betul beb. 

Berbalik kepada minat dan perhubungan/persahabatan
Bagaimana jika kita terpaksa atau kena berhidup bersama dengan orang yang memiliki minat berlainan dengan kita pula? Adakah itu suatu hikmah, nikmat, atau azab? Jawabnya, terpulang pada individu itu sendiri. Apa-apa pun, kita yang membentuk persekitaran dan pengaruh, bukanlah sebaliknya. Seperti juga, kita yang membina mood, kerana mood bukan untuk dicari.

p/s: sekali lagi daku merapu, sebab tak dapat nak menulis paper saintifik la ni..


Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger