Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Hilang selera makan..

Saya masih berbolak-balik, nak tulis ke tidak entri kali ini, saya lakukan penelitian dan telah membaca beberapa post yang menyatakan isu yang lebih kurang sama. Seperti Cik Aisyah. Petanda nya sama, terlalu letih. Saya cuba memaksa diri menjadi lebih rajin, berdedikasi dan jujur dalam kerja. (adakah sebelum ini, tidak ada ciri-ciri ini dalam diriku?) ekeke.,, ada,tapi kurang ..sekarang nak lipat-gandakan lagi usaha tersebut. Soalnya, untuk mencari keberkatan dalam rezeki dan ilmu yang dipelajari, kena la jujur kan? 

okey, melibatkan soal hilang selera makan ni, sudah lama perkara ini disedari, sebab setiap kali pulang ke kampung halaman (Kelantan), keluarga selalu komen, dengan ayat-ayat sebegini, "Kak Ngah ni koho kecik jah abah kelih, tak dok duit nok makey kow?" Abah (huhuhuhu)
" Letih kow ngaji? koho lamo koho kechik" ummi (ngeh, hehehhee)
" Makey bbanyok gak ckit Kak Ngah", Kakak (hohoho)
Family members yang lain nya, saya tak masukkan di sini, ayat-ayat korang yang power tu, tak hafal lak, satu-persatu, ngeeee~

Selera berubah-ubah
Soya: Sejak dulu, saya suka minum air soya, tau fu fah..namun, selera itu tenggelam, lama-kelamaan dan sejak akhir-akhir ini, selera itu memunculkn dirinya balik. ting tong! macam apa da..
Nasi: Makan nasi pun sudah makin hilang puncanya, nak masak nasi dan lauk-pauk bernasi pun sudah takde mood.
Makanan manis: selera nak makan benda manis makin bertambah,i.e. coklat, yogurt drink, aiskrim, dll.
Namun, selera pada apa jua menu berbau kacang, memang la langsung tiada..

Hajatnya hari ini, nak godek-godek internet, cari resepi yang tak ada nasi, tapi lum jumpa lagi yang dengan selera. Menu omputih banyakla yang tak de nasi. tapi, tak juga mengiurkan, huuuu~

Kesannya
Perkara yang saya suka lakukan waktu makan adalah, makan berteman dan menikmati makanan sambil berbual-bual tentang apa jua perkara/tajuk/isu yang menarik. Jadi, jika saya terpaksa makan sorang-sorang tu., alamatnya,.ade sejam, masa diambil untuk menghabiskan makanan berbaki diselangi dengan "air mata yang bergenang" (ngeee, ayat tambahan, untuk penyedap perisa je ni). Ataupun, jika tak de teman, saya ambil je keputusan drastik, baik tak makan. Kesudahannya, diri-sendiri yang sakit (ini bab menganiaya diri-sendiri). Kepala pening-pening, lenguh-lenguh badan, dan mual-mual..itu sudah biasa, bila perut yang kosong tidak mahu diisi. Kes: tak de selera nak makan.
Demam: seharian demam dan pening kepala akibat tak makan, atau dengan kata lainnya tak de selera nak makan. Untuk alas perut, saya minum susu dan telan panadol, lalu cuba lelap, namun, kesan, pening kepala tu, mata tak mau lelap la plak. Sambil baring-baring tu, saya terfikir, mungkin cmni upernya orang yang tak dapat nak tidur (insomnia). Teringat kat Kak Iza, (housemate waktu praktikal di UKM dulu). Asal waktu malam jer, tension, sebab tak dapat nak lelap. Sedangkan saya?
Letak kepala sekejap pun, da terbuai ntah ke mana. ..

Persoalannya, bagaimana nak makan jika tak de selera untuk makan? Alangkah bestnya jika ada pil makanan, jika lapar, telan aje pil tu. Dapatla kenyangkan perut barang sejam-dua da okey dah.. ^_^

Pengubatan alami (credit to blogcatalog)
  • Memakai lemon: Campur 1 sudu teh halia (1 st ekstrak jahe) dalam segelas air, peras 1 buah lemon, tambahkan garam lalu minum.
  • Memakai jeruk oren: Taburkan sedikit serbuk halia (bubuk jahe) kering dan garam hitam ke atas potongan-potongan 1 buah jeruk, lalu makan. Nafsu makan anda akan bertahan selama seminggu.
Makanan
  • Makanlah tomato sebanyak yang anda mampu.
  • Minum sari rumput gandum setinggi 12 cm setiap hari untuk memicu selera makan. (cereal mungkin sbg ganti)
  • Makan 250 gm jambu biji setiap hari sehabis makan.
  • Jika cuaca panas, maka minumlah air sejuk satu jam sebelum makan.
  • Jika kesnya (kasusnya) parah maka minumlah 30 gm sari daun ketumbar.
  • Giling garam batu dan bubuk gula asli dengan perbandingan 1:4. Taruh dalam air panas dan minum 10 minit sebelum makan.
  • Makanlah kismis berukuran besar dengan garam dan lada hitam (merica hitam).
  • Pukul dan rendam asam jawa ke dalam segelas air. Lalu tapis, tambahkan garam dan serbuk lada hitam (bubuk merica hitam) lalu minum.
  • Panggang biji jintan lalu giling. Tambahkan garam dan makan 1/2 sudu teh (st) sehabis makan disertai segelas air.
  • Rebus secangkir kacang hitam ke dalam 3 gelas air. Tapis dan minum.


Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger