Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Dinamika penyelidikan dan penulisan saintifik-ku





Sudah lama tidak mengupdate blog ini dengan berita positif. Banyak cerita tekanan diluahkan dalam blog penulis yang satu lagi. 

Okey, hari ini, apa yang penulis perlu pelajari adalah mencari sebanyak mungkin maklumat berkaitan dengan penulisan saintifik dan cara yang benar untuk menulis disertasi ilmiah. Di sini di sertakan beberapa sumber ilmiah yang dapat dijumpai. Penulis merasakan rujukan ini amat berguna sebagai rujukan pelajar-pelajar yang ingin menulis penulisan akademik. Rujukan percuma sahaja: 


Penyelidikan merupakan satu cabang kejaya dan pendidikan yang menarik. Saya cuma tahu   bidang ini mencabar dan tidak statik! (sesuai dengan karakter diri saya). Namun, saya tidak dapat melihat dan menjelaskan kenapa ia adalah begitu "menarik". Sehingga saya terjumpa sinopsis buku Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan (Esei, Proposal, Tesis) tulisan saudara Sulaiman Masri (2005), petikan:





Penyelidikan merupakan cara kita mencari kebenaran. Kita berusaha dengan menggunakan kaedah penyelidikan saintifik untuk menjelaskan pelbagai gejala dan permasalahan serta menemukan sebab-musabab yang sebenamya wujud daripada rentetan akibat.
Ketika kita menghadapi permasalahan dan dengan cara yang sistematik berusaha menyelesaikan permasalahan itu, ini dikatakan kita berada di tengah-tengah permasalahan ilmiah dan menggunakan kaedah penyelesaian yang bersifat ilmiah. Kalau kita hanya mengumpul keterangan dan berusaha mengklasifikasi keterangan tersebut, ini dikatakan kita baru berada di pinggir penyelidikan ilmiah. Pada tahap ini kita mengambil sikap statik.
Sebaliknya, kalau kita berusaha menyusun teori dan kaedah pendekatan untuk menyelesaikan permasalahan tersebut, kita sebenarnya berada di tengah-tengah permasalahan ilmiah. Pada tahap ini kita mengambil sikap dinamik iaitu berusaha menemukan sifat umum yang dapat dianggap sebagai kaedah, dalil atau keumuman terhadap fenomena yang berada dalam bidang yang diselidiki. Penemuan itu dapat dirumuskan sebagai teori untuk menyelesaikan permasalahan.


Alangkah indahnya hidup ini jika dapat berada dalam kelompok dan merasai kebersamaan dengan saudara-saudara yang seangkatan dan menempuh liku yang sama. Tiap kali 'stuck' atau hilang semangat. Maka ada tempat berpaut yang teguh selain Allah tempat mengadu. Serta, berita kegembiraan kita kongsi bersama dan bersyukur dengan kebahagiaan yang diperolehi.. Saya telah memperolehi sahabat-sahabat yang sama menyambung pengajian peringkat master sebagai 'housemate'. Ditambah dengan hari ini, saya memperolehi lagi 3 lagi sahabat alam maya yang sudi berkongsi cerita suka-duka berada di bidang penyelidikan dan akademik ini, iaitu: Saintis Islamlelucon, dan jurnal akademik

Antara lain, rujukan yang didapati dari naskah Berita Harian online berkaitan hal "rekacipta, paten, tanda niaga, reka bentuk industri dan tanda niaga" untuk sentiasa menyemak 'ethic' dan pengetahuan asas.






Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger