Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Tusyen Anak Yatim



Minggu dan Hari Pertama
Mengajar tusyen anak-anak yatim memerlukan teknik dan kepakaran yang tertentu. Guru kena banyak membaca dan peka dengan keadaan anak muridnya yang memegang status anak yatim. Lebih-lebih lagi kanak-kanak yang sedang meningkat dewasa dan sedang mencari identiti diri sendiri. Perilaku guru semasa mendidik mereka di dalam kelas dan komunakasi guru tersebut antara mereka mungkin memberi kesan yang mendalam kepada mereka. Jauh di dalam jurang terdalam hati mereka. [Tanggapan orang dan self-image]

Riuh:  Gegak Gempita
Keadaan ini memang biasa di kalangan kanak-kanak. Begitu juga anak yatim, mereka lebih-lebih lagi memerlukan perhatian dan tumpuan cikgu kepada mereka di dalam kelas. Oleh sebab itu, agak munasabah jika mereka meninggikan suara mereka dengan amat nyaring. Supaya suara mereka yang lebih di dengar oleh cikgu melebihi suara rakan sebaya mereka yang lain di dalam kelas yang sama.

Jika cikgu yang berada di situasi ini, mereka perlu bijak memahami.. Tidak perlu naik marah atau senang hilang sabar dengan kelakuan mereka ini. Apa yang perlu?
Cikgu perlu bijak menangani perilaku sebigini.

Antara cara yang boleh cikgu lakukan adalah:
1. Minta kanak-kanak yang paling bising di dalam kelas, keluar dan mencatit jawapan kawan-kawan mereka semasa perbincangan sedang dilakukan.
2. Kemudian, minta kawan mereka menyalin nota yang ditulis itu.

Jalankan apa sahaja aktiviti yang membuatkan kanak-kanak terbabit tidak hilang tumpuan dalam kelas, di samping, dapat mengurangkan darjah kebisingan di dalam kelas, serta objektif pengajaran hari itu tercapai! Setakat hari ini, kaedah ini berkesan lagi buat wansiti.. esok, lusa.. kena cari kaedah lain plak.

Jika ketua kelas sendiri yang tunjuk gaya aktif keterlaluan di dalam kelas macam kelas wansiti ni, cmne? Ini lah yang menjadi hal, kerana kawan-kawan yang lain pun akan turut sama aktif! adoiiyaa~ Mengajar budak kecik dengan budak besar lain ...

Jaga-jaga wansiti.. Chayok!!  

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger