sambungan...
Ada pula yang berpendapat bahwa suatu ramuan makanan (contoh: perasa) yang mengandungi alkohol (kurang dari 1%) dapat digunakan dalam pembuatan produk makanan, asalkan dalam produk makanan yang dibuat, alkohol sudah tidak dikesan lagi (misal : penambahan “rum” pada pembuatan bika ambon). Hal ini juga tidak tepat karena kalau suatu zat sudah mengandungi bahan haram maka haramlah dia, apabila zat tersebut ditambahkan ke dalam bahan makanan, maka bahan makanan tersebut menjadi haram. Hal ini dilihat dari kaedah fiqh bagi pencampuran bahan makanan yang kesemuanya dapat bercampur dengan merata, "manakala bercampur antara yang halal dengan yang haram maka akan dimenangkan yang haram".
Jika ethanol haram maka ethanol tidak boleh digunakan sama sekali kerana begitulah hukum yang berlaku yang berkenaan dengan khamar di mana khamar tidak boleh dimanfaatkan sama sekali, tidak boleh juga dijual kepada Yahudi sekalipun, khamar harus dibuang. Sebagai contoh, ethanol tidak boleh digunakan sebagai bahan untuk menyah-infeksikan alat-alat kedoktoran, tidak boleh digunakan dalam pewangi/perfume, tidak boleh digunakan sebagai bahan untuk sanitasi alat-alat pengolahan makanan, sebagai pelarut, bahkan harus dilupuskan dari makmal.
corn-based ethanol
Apabila ethanol diharamkan maka hal ini bukan hanya bertentangan dengan hal¬hal yang sudah disebutkan di atas, ternyata bertentangan juga dengan penjelasan Rasulullah saw tentang jus buah-buahan dan pemeramannya seperti tercantum dalam hadis-hadis berikut ini (hadis-hadis ini tercantum dalam kitab Fiqih Sunnah tulisan Sayid Sabiq) :
1. Minumlah itu (jus) selagi is belum keras. Sahabat-sahabat bertanya: Berapa lama is menjadi keras? Ia menjadi keras dalam tiga hari, jawab Nabi. (Hadis Ahmad diriwayatkan dari Abdullah bin Umar).
2. Bahawa Ibnu Abbas pernah membuat jus untuk Nabi SAW. Nabi meminumnya pada hari itu, besok dan lusanya hingga petang hari ketiga. Setelah itu Nabi menyuruh khadam membuangnya. (Hadis Muslim berasal dari Abdullah bin Abas).
Kerana buah-buahan secara semulajadinya mengandungi ethanol maka jus buah-buahan pun mengandungi ethanol. Jika jus ini diperam atau dibiarkan pada suhu bilik dan pada keadaan terbuka maka kadar ethanolnya akan meningkat kerana akan mengalami fermentasi alkohol spontan iaitu dengan tumbuhnya yeast pada jus yang akan mengubah gula menjadi ethanol dan molekul-molekul kimia yang lain. Akan tetapi, kadar alkohol jus sampai pada pemeraman hari kedua belum sampai pada taraf yang dapat memabukkan, baru setelah diperam selama 3 hari jus tersebut telah bersifat memabukkan atau tidak layak diminum kerana telah mengalami kerosakan.
Hadis ini menunjukkan bahawa pendapat yang mengatakan bahawa ethanol haram adalah mengelirukan kerana pemeraman jus ethanol kadarnya bahkan meningkat sampai batas tertentu, akan tetapi Rasulullah mengatakan jus yang disimpan sampai 2 hari masih boleh diminum, setelah diperam 3 hari barulah ia telah berubah menjadi khamar dan tidak boleh diminum lagi. Hadis ini juga menunjukkan bahwa perubahan sifat jus menjadi memabukkan itu ada waktunya, jika hal ini dikaitkan dengan kandungan ethanol dalam jus maka bererti ada batas tertentu di mana kadar etanol dalam jus diperbolehkan dan ada batas jus sudah tidak boleh diminum lagi.
Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah lama rnengkaji masalah alkohol (ethanol) ini. Pada tahun 1993 MUI mengadakan muzakarah Nasional tentang alkohol dalam minuman dengan mempertemukan para ulama dan ilmuwan untuk membahas status kehalalan alkohol. Pada saat itu telah disepakati bahwa yang diharamkan adalah minuman beralkohol atau minuman keras, bukan alkohol (ethanol)nya itu sendiri. Akan tetapi, apabila sesuatu sudah masuk kedalam kategori minuman beralkohol (ada definisinya) maka walau berapapun kadar alkoholnya (ethanolnya) tetap haram.
Setelah muzakarah, ternyata di antara para ulama dan ilmuwan masih terdapat perbedaan pendapat, apakah minuman beralkohol haram atau alkohol (ethanol) juga haram. Oleh karena itu, MUI terus melakukan kajian sehingga pada bulan Ogos 2001, Majlis fatwa MUI mampu memutuskan bahwa minuman keras adalah minuman yang mengandung alkohol (ethanol) minimal 1%. Dengan adanya hasil ijtihad ini maka semakin kuatlah pendapat bahwa yang diharamkan itu bukan kerana keberadaan ethanol (alkohol dalam bahan semata, akan tetapi lebih kepada berapa kadarnya.
Adanya batas 1% ini akan memudahkan dalam penetapan status kehalalan minuman. Minuman yang mengandung alkohol (etanol) sebanyak 1% atau lebih masuk ke dalam minuman keras dan masuk ke dalam golongan khamar. Akan tetapi, minuman yang mengandung alkohol (ethanol) dibawah 1% tidak automatik halal kerana untuk menetapkannya harus dilihat bahan-bahan yang digunakan dan cara pembuatannya.
Sebagai contoh, minuman Shandy mengandung ethanol kurang dari 1%, akan tetapi minuman ini terbuat dari bir dimana bir masuk ke dalam kategori minuman keras sehingga masuk kedalam golongan khamar. Dengan demikian, minuman Shandy jelas haram kerana terbuat dari khamar yang dicairkan, sesuai dengan kaedah "jika banyaknya memabukkan maka sedikitnya pun haram".
Oleh kerana itu jelaslah bahwa kehalalan suatu bahan makanan bukan ditentukan oleh ada atau tidaknya ethanol atau alkohol, akan tetapi ditentukan oleh berapa banyak etanol yang terkandung di samping, tentu saja, adanya bahan-bahan haram lainnya dan cara pembuatannya.
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment