Bingo Game Hijaiyah
Adalah antara satu teknik yang digunakan untuk memberi pendekatan supaya kanak-kanak akan lebih suka belajar Al-Quran. Dimulai dengan mengenal huruf hijaiyah. Antara eknik yang cuba digunakan untuk melihat keberkesanan mengajar, dimulai dengan menarik minat pelajar itu dahulu.
Silahkan Klik Disini Untuk Download (sumber)
Silahkan Klik Disini Untuk Download (sumber)
Minggu Pertama dan Kedua
Mengenalpasti dan menguji tahap kebolehan dan kemampuan Fawwaz membaca. Sebenarnya, ikut perbincangan, Fawwaz telah mampu mengingat huruf hijaiyah dengan baik sewaktu dia masih kecil, sekitar umur 2,3 tahun.. Untuk makluman, sekarang Fawwaz berumur 6 tahun. Ingatan semasa kanak-kanak memang mudah dan simple, senang ingat-dan-senang lupa.
Sekarang dan masuk hari ke-5, di jam-ke-6 mengajar Fawwaz.. dan dia dah mula tunjukkan peningkatan dengan cara menyanyikan huruf hijaiyah dengan gembiranya. Semalam, di hari ke-5.. wansiti bawa video interaktif Iqra' dan lihat ekpresi Fawwaz sungguh memberangsangkan! Dia suka dengar-sambil-ikut tiap bait perkataan yang dituturkan dalam video terbabit.
Itupun, wansiti kena selitkan di celah-celah segmen apabila melihat dia hampir kebosanan dengan kelas yang dipanjang sedikit hari ini.. selama 2 jam. Untuk hilangkan bosan dia, aktiviti pelbagai dilakukan, seperti, membaca, berlagu, menulis,.mencari huruf hijaiyah yang tersembunyi dalam buku Iqra' dan banyak lagi.
Jadi, hari ini,. wansiti nak lihat kesabaran dan kreativiti Fawwaz semasa aktiviti menggunting dan menampal huruf hijaiyah!
Dah tak sabar nak ajar dia baca buku dalam tulisan jawi ni.. Tapi, kena step-by-step.. Kenal huruf dulu.. baru boleh baca dengan elok, kan?
Suka melihat catatan di bacaan anak Muslim bersama dengan beberapa paparan Iqra; dari Scribd yang ditempek di blog nya.
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment