Tip 23 Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah
Tip 24 Penglihatan itu sebagai panahan iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati
Tip 25 Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup
Tip 26 Tanda orang bijaksana ialah hatinya selalu berniat suci; lidahnya selalu basah dengan Zikrullah; matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
Tip 27 Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji
Tip 28 Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan
Tip 29 Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan
Tip 30 Ikatan kelembutan adalah ikatan yang mengagumkan. Ia adalah sihir yang halal. Jika di dalam Islam ada sihir yang halal, maka ia adalah senyuman
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment