Salah satu tajuk yang menarik dari blog ni, berdasarkan pengalaman penulis blog EmasSemasa, Masalah ketika menjual dinar emas Public Gold saya tempek di sini. Enjoy!
Baru baru ini selepas saya berjaya mendaftar menjadi dealer(agen) Public Gold saya mencuba jual Dinar Public Gold ini dan Emas2 Produk Public Gold yang lain.Saya menghadapi masalah:
1)Masyarakat di Terengganu kurang mengenali Produk Public Gold.
2)Mereka lebih menyukai Dinar Emas Kelantan,padahal Dinar Emas di Malaysia dan Dunia sama saja fungsi dan keuntungannya,kegunaannya serta cara pembuatannya mestilah menepati piawaian yg di tetapkan oleh Syaidina Umar Al Khattab R.A. Cuma pada mata kasar duit itu tidaklah berlegar sekitar Kelantan tetapi masih menepati kehendak Islam iaitu agar sistem Keewangan Islam yang lebih adil dapat mengatasi mana2 Sistem selainnya yang tidak baik dan bagus itu kepada Umat Manusia di Dunia ini.
3)Ini adalah kerana Islam itu agama Rahmatan Lil 'Alamin.Maka Dia menurunkan RahmatNya melalui berbagai2 cara.Sistem matawang Islam Dinar dan Dirham adalah salah satunya Rahmat dariNya kepada manusia disamping menjadi ujian.Dunia ini keseluruhannya pun tempat ujian dariNya..Maka cara2 yang disarankanNya adalah yang terbaik.Kerana Dia Tahu apa yang terbaik untuk manusia ciptaanNya itu lepas dari ujianNya.Macam kita periksa kat sekolah:kalau salah cara tentu gagal dalam peperiksaan.
4)Oleh kerana itu Saya menyarankan kepada pihak pengurusan Public Gold dan Public Dinar agar menimbang untuk memperhebatkan promosi di Media media akhbar ,tv,elektronik dan selainnya di negara ini.
Tetapi walau apa masaalah dan rintangan sekalipun bertekad untuk harunggi moga tercapai apa yg di cita2kan.Insya Allah.
TERDAPAT JUGA SILAP FAHAM TENTANG KEGUNAAN DINAR
Terdapat 2 orang pelanggan yang saya jumpai menyatakan hasrat mereka untuk memiliki Dinar Public Gold untuk tujuan dijadikan loket atau gelang.Mereka bermaksud mengupah kedai emas mengikat tanpa merosakkan Dinar ini dan dijadikan sebagai perhiasan diri sebagai tanda kenangan dan sanjungan mereka pada Dinar Emas Public Gold (atau Dinar Islam).Perkara ini tidak ada salahnya pada pendapat saya tapi Dinar itu kan matawang Islam?Tujuan matawang adalah sebagai pertukaran barang atau jual beli atau simpanan dan sebagainya.Saya terbayang pula orang ramai peminat matawang Barat menggikat matawang kertas mereka sebagai loket atau gelang dan lain2.Memang melucukan.Antara post lain di sini,
* Tips untuk mengesan emas palsu
* CARA Membeli dan Menjual Emas Fizikal syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd.
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment