Tip 11 Orang cemerlang sentiasa ceria dan bersemangat. Gunakan pelbagai kaedah dan cara bagi memastikan kita ceria dan bersemangat setiap hari
Tip 12 Orang cemerlang sentiasa menjaga ibadah dengan sempurna. Orang yang ingkar perintah Tuhan pasti gagal dunia dan akhirat
Tip 13 Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya
Tip 14 Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Tip 15 Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah
Tip 16 Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan
Tip 17 Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya
Tip 18 Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan
Tip 19 Setiap mata yang tertutup belum beerti ia tidur. Setiap mata terbuka belum beerti ia melihat
Tip 20 Jadikan dirimu sebagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak di buat kayu api
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment