Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Adakah Kau Tercipta Untuk-ku?

Menerusi satu kajian yang dijalankan oleh para psikologi,terdapat 5 elemen penting yang sukar untuk dielakkan dalam menjalinkan sesebuah hubungan cinta. Sama ada suka atau x, mesti diambil kira kesemua elemen tersebut.Sekurang-kurangnya, belajar memahaminya bg memastikan hubungan cinta itu berhasil. Pasangan yang menjalinkan hubungan cinta dengan berpandukan kelima-lima elemen tersebut,
ternyata mampu mempertahankan hubungan dan kekal lama.

LIMA ELELMEN YANG DIMAKSUDKAN:

1) Tarikan fizikal (Chemistry)
2) Keserasian
3) Persefahaman
4) Matlamat
5) Persediaan

Tarikan fizikal: adakah kamu merasakannya ??
Si dia baru saja berbicara dua patah perkataan,kamu sudah mulai rasakan debarannya.
Sedangkan itulah kali pertama kali kamu dan si dia bertemu dan berbual. Senario ini boleh dinamakan sebagai 'cinta pandang pertama'. Bila menatap wajahnya, jantung kamu seolah-olah berdegup kencang malah hanya dengan melihat wajahnya itu sudah cukup ia membuat perut kamu kenyang. Ha, inilah yang dinamakan dengan tarikan fizikal@chemistry! Faktor ini akan membuatkan kamu ingin selalu berada di sampingnya. Tiada siapa mampu menghalang perasaan ini dari terus menguasai emosi kamu.

Keserasian: berapa banyak persamaan antara kamu dan si dia ??
Tanpa keserasian,sesebuah perhubungan pasti akan beramasalah. Pada tahap awal kamu boleh melihat sama ada kamu dengan si dia memiliki keserasian atau tidak. Mencari keserasian adalah rahsia dalam sesebuah perhubungan. Salah satu punca perpisahan..adalah disebabkan masing-masing tidak menemui keserasian ini.

Persefahaman: sejauh manakah kamu bertolak-ansur ??
Ketika berbicara mengenai hala tuju sesebuah hubungan yang terjalin, kamu harus kerap membangkitkan isu berkaitan perancangan yang bersifat material, seperti, ingin memiliki rumah, kereta dan sebagainya. Sebaliknya kamu perlu memastikan tujuan untuk bersama itu bukanlah semata-mata bagi memenuhi tuntutan kemewahan.  Pasangan perlu bertolak-ansur dan sama-sama berusaha mencapai matlamat yang
direncanakan. Ini dapat meningkatkan motivasi dan rasa tanggung jawab antara satu-sama lain.

Matlamat: adakah kamu dan si dia memiliki pemikiran yang sama ??
Kamu dan si dia saling jatuh cinta pada pandang pertama dan memiliki banyak persamaan, namun kenapa masih berhadapan dengan masalah? Setiap org memiliki perbezaan dari segi sikap dan tindakan. Lantaran itu kamu perlu berdampingan dengan pasangan yg memiliki tahap pemikiran yang sama dengan kamu. Kamu berdua memiliki pemikiran yang sama sekiranya :

a) Sama-sama ingin mencuba sesuatu yg baru
b) Memiliki sikap yg sama dalam melaksanakan semua tugas
c) Kamu berdua memiliki matlamat dan kecenderungan yg sama

Persediaan: adakah kamu dan dia berada di tahap yang sama ??
Walaupun kamu telah memilki keempat-empat elemenyan g tertera sblm ni, namun persediannya masih belum wujud lagi, lupakan sahaja. Kini, kehidupan kamu berada di tahap yg mana? ada waktu tertentu individu telah bersedia utk berhadapan dengan komitmen. Namun ada juga yg belum bersedia disebabkan oleh:

a) Baru putus cinta
b) Ingin memberi tumpuan pada kerjaya
c) Masih memiliki masalah yang belum terlerai
d) Ekonomi yang masih belum stabil

Waktu yang paling tepat untuk berhadapan dengan komitmen ini adalah bergantung kepada pencapaian hidup yang diraih, keperibadian dan moral individu. Ukurlah kedewasaam bukan berdasarkan umur. Jangan beri tekanan kepada pasangan  sekiranya dia masih belum bersedia. Sebaliknya berilah dia ruang untuk mempersiapkan diri. Mungkin kamu boleh menggunakan waktu yang ada ini untuk lebih saling mengenali.

So.....check it out!!!!

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger