Menjenguk post di bulan 5 di blog friendster saya; blog yang selalu dijenguk kerana ada banyak manfaatnya, walaupun saya jarang menulis di situ.. Terima kasih kunci-hati, kerana peka dengan tulisan saya di sana ^_^
"Bahagiakah kamu?"
Melalui pembacaan buku Ustaz Pahrol Juoi bertju Di mana DIA di hatiku, terbuka minda saya apabia beliau mengatakan orang yang berjaya tidak ada waktu untuk bertanya, adakah dia sudah berjaya. Dan orang yang bahagia tidak akan perasan akan soalan, adakah dia bahagia.
Sudah lama tak update blog ni. Banyak juga rupanya jurnal-jurnal dan kertas-kertas penulisan saintifik yang perlu saya baca. Sampai masa untuk menulis dan mena’kul idea yang bernas di blog ni, telah terkesamping. Dan hari ini. Bagi merehatkan minda, rajin lak menghayunkan tangan menulis barang sepatah-dua perkataan yang tak berapa nk mantap ni dalam blog nie..
haha….kata-kata motivasi yang paling best untuk saya nyatakan hari ni? hehehe… Saya suka nak quote kata-kata kawan maya saya pada pagi ini di status wall facebooknya, merangkap motivator terkenal dengan bukunya Magnet Diri, Saudara Amin Idris:
“Buat apa yang anda patut buat setiap hari, bukan apa yang anda mahu buat. Jika anda konsisten melakukan perkara yang anda patut lakukan kerana anda patut melakukannya, itu tandanya anda seorang yang punya keinginan yang jelas… itulah namanya VISI hidup.”
haaa….tak rugi jika masuk facebook ni, jika tahu cara memanipulasi dan menggunakannya dengan betul.
Cuma kena hati-hati sikit, facebook ni berhantu, makin lama pandang dan guna, makin kita lekat dan susah nak tinggalkan komen-mengomen di status, wall dan gambar-gambar kenalan kita yang lain.
Saya sudah beberapa bulan tidak bertemu-dan-berbincang secara serius dengan penyelia projek saya ini. Sedih juga, sebab bila fikirkan kerja yang nk dibincangkan dan diterima komen darinya masih lagi 50% dalam proses pembaikan dan pembinaan… Ya, Allah… Dulu… Bukan main susah lagi saya nk merangka ayat Bahasa Melayu (BM) untuk disusun dengan perkataan yang betul-betul kena dengan maksud dan tujuan. Dan sekarang, cabaran yang sama dilalui bagi
-membaca
-memahami
-menterjemahkan perkataan yang saya baca itu ke dalam bahasa yang mudah untuk difahami oleh orang lain.
Apa nak jadi dengan diriku ini…?
p/s: terima kasih "kunci-hati-ku" kerana sudi hadir dalam hidupku ^_^
terima kasih ...
Suka entri ini? (=^_^=)
2 comments:
saya tahu siapa kunci hati wansiti. tihihi
ler.....
honey madu upernya,
awat nama cahaya ketenangan?
ingatkan kak nor,
thihihi
Post a Comment