Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Skop bidang bertempiaran?

Kegusaran dan kecelaruan betul-betul menyinggahi kepala wansiti sekarang. Semua perkara berkecamuk. Sudah 2,3 hari, bila sendiri.. Dengan mudah, air-mata berjujur di pipi. Lebih-lebih selepas solat fardhu. Waktu telapak tangan ditadahkan bagi merafa' dan mengadu kepada-Nya adalah waktu yang wansiti, sangat terbiasa untuk merasa hiba dan sedih dengan tiba-tiba.
Lagi setengah jam, jarum renek bakal menunjukkan tepat pada angka 5 petang.
Kesempatan setengah jam yang ada ini. Sambil-sambil wansiti sudah tidak dapat memfokuskan fikiran di atas kerja yang dilakukan, wansiti ambil sedikit masa untuk bertenang.

Saat ini,
"Air-mata, tahanlah...
Jangan menjunam lagi.." T_T

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Apa yang senang dalam dunia nie?
Perkara yang senang dan simple yang ada, hanyalah satu bentuk kesenangan yang menipu sahaja. Fatamorgana ...
Jika diri memperolehi segala sesuatu dengan senang. Jadi, tiadalah kemanisan dan ingatan yang dapat diabadikan, ataupun itu hanyalah sekadar bernasib-baik sahaja.

Perit. Memang perit.
Bagi sesiapa yang berakal waras, secara automatik, akan menjauhi sebarang bentuk perkara rumit. Sesuatu yang jiwa dan naluri kita tidak sukai.
Kita akan menjauh... dan menjauh ... dan cuba menjauh ~~~~~~~~~~~
Walhal,
Allah lebih tahu, apa yang lebih baik untuk hamba-NYA,
Namun menghadapi apa jua dalam saat-saat getir, bukanlah sesuatu yang digemari oleh kita, walaupun sesetengah pendapat mengatakan, 

"jika tidak dipaksa, macam mana nak maju?"

"jika tidak diberi tekanan dan motivasi segala, leka lah kita"

"jika tidak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya"

Ah, pelbagai lagi pepatah yang ada.
wansiti rasa macam dah lari bidang, dah lari dari skop yang perlu wansiti fokus.
Semuanya sekarang, seakan-akan... blur... hilang.. blank*

wansiti berdoa agar dapat menghadapi 'main business'  wansiti ini sekarang semudah wansiti merapu di blog ni..
~Permudahkanlah, ya Allah~

p/s: wansiti perasan, penyusunan patah-perkataan di atas sungguh terawang-awang dan 'general'.
Itu sahaja kemampuan/mood yang ada untuk kali ini.
"wansiti nak jadi anak yang solehah ya Allah, bantulah hambaMU ini..."


Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger