PC antara ramai penggemar ikan patin dan keli.. Nak juga berkongsi cerita yang PC dapat dari Tok Wan ni, ikut pengalaman katanya. Betul ke kawan-kawan?
Ada sesiapa pernah membuat pemerhatian seperti Tok Wan ni?
meh kongsi ckit pendapat anda.. setuju ke tak setuju ke... habaq mai~
aih, PC pun tak pandai nak bezakan juga.. walaupun dah terperinci cerita kat bawah ni.. tengok gambar sekali imbas pun, masih tak reti-reti nak bezakan nie.. cmne...?
(Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak
Halal
(diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
cmni ke warna bahagian bawah badan ikan keli yang putih kelabu?
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup
Wallahu'alam....~
Moga ada yang lebih pakar dan sanggup/berani mengkaji perkara ini untuk orang ramai..
Suka entri ini? (=^_^=)