Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Petua Suri RumahTangga 3

MENGHILANGKAN BAU HAMIS DI KUALI...
Setelah digunakan, seperti menggoreng ikan atau telur, kuali anda berbau hamis. Oleh kerana selalu digunakan kuali anda didapati sukar hendak menghilangkan baunya. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, gosoklah merata-rata setiap kali habis menggoreng. Kuali anda tidak berbau lagi. 
  
MENGHILANGKAN KESAN KOPI, TEH & DARAH...
Kesan-kesan teh, kopi atau koko yang terkena pada pakaian boleh dihilangkan dengan menyiramkan air yang mendidih ke tempat terdapat kesan-kesan itu. Sekiranya masih terdapat kesan-kesan itu maka hendaklah ditampal dengan serbuk pencuci yang dilekatkan dengan air di kawasan itu. Biarkan begitu selama satu jam sebelum dicuci. Bagi menanggalkan kesan darah pada pakaian, rendamkan pakaian dalam air biasa (sejuk) yang berisi garam. Rendamlah hingga kesan itu tanggal.(1 sudu makan garam - 1 pain air). 

IKAN HARUAN TAK HANYIR
Ikan haruan dicampurkan dengan air asam jawa pekat. Kemudian rendamkan selama 1 jam. Akhir sekali basuh dengan air biasa. 
  
MEMBUAT ROTI CANAI LEMBUT
Kebanyakan suri rumah mendapati agak sukar untuk membuat roti canai yang lembut seperti yang didapati di kedai-kedai mamak. Dengan mencuba petua ini puan-puan tidak perlu bimbang lagi. Ketika puan-puan mahu membuat adunan elok dicampur dengan sedikit air kelapa kemudian baru diuli seperti biasa. 
  
MENGHILANGKAN HANYIR IKAN & MAKANAN LAUT...
Ikan yang telah dipotong hendaklah diperam dengan tepung gandum lebih 10 minit sebelum dimasak. Biar seluruh hirisan @ badan ikan tadi dibaluti tepung gandum. petua ini lebih mujarab daripada memeram dengan air asam jawa. 
  
ELAK JAG KACA PECAH...
Menghidang minuman panas di dalam jag kaca tampak lebih menarik selera anda. Bagi mengelakkan jag itu pecah akibat suhu kepanasan air, ambil sebatang sudu logam dan masukkan ke dalam jag. Tuangkan air panas dan jangan kuatir kerana haba yang dibebaskan akan diserap oleh sudu logam tersebut. Insya Allah. Selamat mencuba! 
  
MENGHILANGKAN BAU HANGIT NASI...
Kebiasaannya nasi yang hangit kurang sedap dimakan. Untuk menghilang bau hangit itu letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan sekejap selama dua minit. Insya Allah bau hangit akan hilang. Selamat mencuba. 
  
TAUGE SEGAR...
Untuk menjadikan tauge segar walaupun disimpan beberapa lama, masukkan tauge yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam kemudian simpan di dalam peti ais. Insya Allah tauge akan segar dan tidak masam. 
  
ATASI NASI MENTAH...
Untuk mengatasi masalah nasi mentah, apa yang anda harus lakukan ialah dengan merenjiskan sedikit air yang telah bercampur garam ke atas nasi tersebut. Kemudian nasi itu dibalik-balikkan dan tutup hingga nasi itu berwap. 
  
MELAMBATKAN NASI MENJADI BASI...
Biasanya nasi yang kita masak cepat basi akibat dari pemeluwapan yang terlalu banyak. Untuk mengelakkan nasi tersebut daripada basi, sebelum kita tekan suis periuk atau masak atas dapur gas anda cuma perlu masukkan secubit garam ke dalam air beras tadi. Insya Allah nasi yang kita masak tadi tahan untuk seharian. 
  
AYAM GORENG LEBIH SEDAP...
Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan pada ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan angkat. 
  
MENGATASI NASI LEMBIK...
Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika. Hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna. 
  
MELEMBUTKAN DONAT...
Kuih donat yang dibeli biasanya keras lebih-lebih lagi apabila sudah sejuk. Untuk mengelakkannya, bolehlah mencampurkan dua atau tiga biji ubi kentang yang telah dilenyekkan ke dalam tepung bancuhan tadi. Insya Allah donat tadi akan lembut dan sedap rasanya walaupun sudah sejuk. 
  
DAGING KAMBING TIDAK BERBAU...
Apabila membeli daging kambing, jangan terus memasaknya. Sebolehnya direndam dengan air basuhan beras untuk setengah jam, dan kemudian direbus dengan halia. Air basuhan beras tadi bukan sahaja akan menghilangkan baunya malah melembutkan daging. 
  
MENCUCI SETERIKA KOTOR...
Mencuci seterika yang kotor ada caranya. Petuanya ialah, dengan menaburkan sedikit garam halus ke atas kertas tisu kemudian gosok pada tapak yang kotor itu. Lakukan beberapa kali dan anda akan mendapati kotor akan hilang. 
  
PENGISAR SENTIASA TAJAM...
Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam.


Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger