Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Cara Menulis Resume Terbaik – Bahagian 2

Bagaimana saya ingin memastikan resume saya akan di baca oleh majikan?
Biasanya, resume tidak akan di baca tetapi hanya akan di scan oleh pihak majikan. Anda perlu pastikan resume anda berada dalam keadaan yang senang untuk di baca sepintas lalu. Jangan masukkan maklumat yang tidak penting atau tiada kaitan.
Susun maklumat dengan baik supaya pihak majikan dapat mengenal pasti kelebihan anda dengan sekali baca sahaja.

Adakah saya perlu ada lebih dari satu resume ?
Anda tidak perlu mempunyai lebih dari satu resume. Anda cuma perlu betulkan format bagi nampak menarik jika anda tidak di pilih.

Jika saya ada pengalaman bekerja, adakah saya perlu memasukkan semua sejarah dalam resume saya?
Anda hanya perlu masukkan dua jenis pekerjaan yang sebelumnya sahaja. Jika anda banyak kali bertukar kerja, jangan masukkan semuanya ke dalam resume kerana pihak majikan mungkin akan meniilai yang anda tidak serius dengan kerja yang anda terima. Masukkan penglaman yang anda kaitan sahaja.

Apakah komponen utama dalam resume?
Biodata diri – Nama , alamat dan nombor telefon rumah dan telefon bimbit. Alamat emel juga perlu di masukkan. Umur dan tarikh lahir juga penting.
Objektif – Dalam komponen ini, anda tulis objektif atau kenapa anda memohon jawatan tersebut. Tulis ia dengan padat dan ringkas. Tulis apa yang anda mahu lakukan untuk pihak majikan.
Introduction : Gunakan tiga hingga lima ayat untuk memperkenalkan diri anda seperti kelayakan akademik , pengalaman yang anda ada dan pencapaian yang anda telah capai.
Pengalaman : Tulis pengalaman yang anda ada. Bermula dengan pengalaman terkini.
Kelayakan akademik : Senaraikan kelayakan akademik yang anda ada bermula dengan kelayakan terkini.
Kemahiran : tulis kemahiran yang anda ada seperti kemahiran bahasa, penggunaan hardware atau software dan apa sahaja yang releven.
Rujukan : Senarai orang professional yang sedia menjadi rujukan bagi pihak majikan.
Berapa panjangkah resume perlu di tulis?
Resume yang bagus adalah resume yang di tulis secara ringkas dan padat. Satu muka surat penuh sudah memandai.

Apakah style resume yang paling di sukai oleh pihak majikan?
Pihak majikan menyukai resume yang straight to the point iaitu pihak pemohon menonjolkan apa yang dia ada dan apa yang mereka boleh lakukan pada pihak majikan.

bersambung lagi.. dari sumber..

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger