Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Ustaz boleh tak kalau disyurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari? PART 2

okey, kita sambung cerita syurga kita..

"Eh, shopping? Shopping apa? Kat  mana?" 
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat  Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi  nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat   kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta,  Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil. 

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah  sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori)  yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.Ahli syurga cuma  perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan,niatkan "Aku mahu yang  ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh  juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai  sesuatu yang menarik perhatiannya. 
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta  saja dari dalam bilik? Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu  dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya  nikmat yang diperolehi mereka. 

Ibarat anda dah dapat semua file/software  yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di  internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan  superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang  macam tu la ibaratnya. 

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan  barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk  terbaru'...'latest design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak  akan merasa jemu. Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini  adalah PERCUMA! 

Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya  yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu.. 

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan  hati anda boleh didapati.. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di  Department Pakaian Wanita. 
"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?" 

...cheh. Ada  sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni.. 

Begini  sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. "Jannah itu ialah satu  kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah  di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang  paling tengah dan paling tinggi". belum habis lagi..ada sambungan hadith  ni; 
"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi  mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya,  gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudusenduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan  bumi." 
Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja  sewaktu isra' dan mi`raj. 

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah  untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid  tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka  diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika  mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah  Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya. 

Tingkat pertama ini  juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa  satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat  dipelajarinya. 

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat  kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat  kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada  emas. Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang   kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut  dan peralatan dapur? 

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian  dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat  perabut dan perkakas dapur. 

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat  daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli  syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas! 

Ya. Bahan dan unsur yang  lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit  tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas  yang ada di Pasar Syurga tu. 

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! 
Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun  dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit). 

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak  suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti  gembira dapat membantu. 

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam  anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka? Ingat ni,  kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan  keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu. Tapi kalau nak  dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok  sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial,  bertemu rakan lama dan saudara mara. Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang  menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian  'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa  sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya). 

Dan sudah tentu suami anda  pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil.  Ajaklah suami shopping sekali! 
Setiap minggu, akan ada design terbaru yang  boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar  ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila.  Tiada had usia di syurga.. 

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih  menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda  dahulu? 

...dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja.. 

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu  kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.

Artikel menarik untuk dibaca oleh kawan-kawan yang lain juga.. sumber asal artikel ini, wansiti belum ketemu..ada sesiapa tahu?

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger