Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Sabtu 13 Jun 2009, seorang ulama besar Islam pun wafat.


Genaplah 2 tahun pemergiannya...~

Nama penuh Fathi Muhammad ‘Inayah dilahirkan pada 9 Feb 1933 di Tarablus, Lubnan. Almarhum adalah sebagai pengasas Jemaah Islam (Parti Jabhah al-Amal al-Islami) satu cabang gerakan Ikhwan Muslimin di Lubnan bermula pada tahun 1950an. 
Dalam Parti Jabhah al-Amal al-Islami Almarhum dilantik sebagai Setiausaha Agung rakyat Lebanon daripada 1962 sehingga 1992 apabila beliau memenangi kerusi dalam parlimen. Almarhum telah mewakafkan diri serta segenap kepunyaan kepada Parti Jabhah al-Amal al-Islami sebagai wadah perjuangan dakwah Islamiyyah. seorang tokoh pergerakan Islam yang buku-bukunya banyak dibaca dan menjadi referensi para aktivis pergerakan Islam Indonesia diawal-awal tahun 80-90an.
Antara karya beliau yang sentiasa segar di dada umat


· فقه السياحة في الإسلام ونماذج لرحلات دعوية قي أرض الله الواسعة
· مشكلات الدعوة والداعية،
· كيف ندعو إلى الإسلام؟
· نحو حركة إسلامية عالمية واحدة
· الموسوعة الحركية
· ماذا يعني انتمائي للإسلام؟
· حركات ومذاهب في ميزان الإسلام،
· الاستيعاب في حياة الدعوة والدعاة
· ، نحو صحوة إسلامية في مستوى العصر
· ، المناهج التغييرية الإسلامية خلال القرن العشرين،
· الإسلام فكرة وحركة وانقلاب،
· الشباب والتغيير،
· المتساقطون على طريق الدعوة،
· أبجديات التصور الحركي للعمل الإسلامي
· قطوف شائكة من حقل التجارب الإسلامية



Syaikh Fathi Yakan seorang ulama Islam lahir pada tahun 1933 di Tripoli. Dia pernah menjabat sebagai anggota parlemen di Libanon pada tahun 1992. Ia terlibat dalam kerja-kerja dakwah di Libanon pada pertengahan tahun 1950 an dan merupakan pelopor pembentukan gerakan Islam disana. Syaikh Fathi Yakan juga tidak terlepas dari gerakan Ikhwanul Muslimin Mesir.



Survival dakwah Almarhum bukan bersifat setempat, malah nama dan pengaruh Almarhum berada sebaris dengan nama-nama besar pelopor gerakan Islam di peringkat global seperti Imam Hassan Al-Banna, Said Hawa, Dr. Abdullah Nasih Ulwan, Syed Qutb, Dr Yusuff Qardawi dan lain-lain. Almarhum juga dilantik mengetuai lajnah tarbiah dengan dibantu oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) dari Malaysia.



Salah satu bukunya yang cukup fenomenal yang terbit pada tahun 90an adalah Aids Haraky - sebuah buku yang banyak menyindir dan mengkritik gerakan-gerakan Islam yang terlalu banyak berbicara politik daripada Islam itu sendiri.



Sebaliknya, berita kematian Fathi Yakan ini mendapat tanggapan yang sepi dari dunia Islam. Banyak umat Islam yang tidak mengetahui kematian beliau. Bahkan ketika ditanya, banyak pula yang menjawab, “Fathi Yakan? Fathi Yakan siapa?”. Fathi Yakan, didoakan oleh seantero dunia Islam. Jacko, ditangisi oleh penggemarnya....



teringat satu pesan..



apabila seorang ulama' mati seakan sejuta umat turut mati..
kerana dengan pemergian seorang ulama' umat bisa karam dalam banjir maksiat..
kerana kadang kala bala itu tertahan dilangit dengan doa para ulama'..

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger