Ingin dimulakan blog dengan jujuran air-mata, bukan bermaksud untuk menghebahkan kepada sesiapa pun. Bukan bermaksud menghenyakkan diri ke lembah nestapa yang amat. Bukan bermaksud meraih simpati malah belas. Ini cuma catatan. Catatan peribadi seorang hamba Allah merentas liku-kehidupan. Kenapa? Bagaimana? Itu persoalan biasa yang selalu ditujukan kepada benak sendiri. Ini adalah percubaan untuk menilai dan membasuh diri-sendiri. ...
Mendengar kata-kata indah melalui lagu Mawaddah: Kalau Tuhan Dikenali (makin berjurai air-mata-ku ini)
Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan perananNya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaanNya
Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hambaNya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati keranaNya
Kita akan sanggup berkorban apa saja keranaNya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati keranaNya
Kita akan sanggup berkorban apa saja keranaNya
Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja keranaNya
Cintakan Tuhan, cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian keranaNya
Kita sanggup buat apa saja demi cinta padaNya
Kita akan sanggup menerima ujian keranaNya
Kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya
Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa saja keranaNya
Cintakan Tuhan, cinta yang abadi
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment