Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

4 Biasalah.. cari idea sambil mencoret..




Current issue that wander in my mind is about lard and the story behind it. Some people might just say, “Why you make the use of your time just to study about something that we sure never exist as the adulterant in the products. Moreover, the Islamic Country like Malaysia”. Well, simply said than done. As always. For your information, I have been in this field of study almost 1 and half year. And all of my time since 1 year back were all spent to study about this ‘little cute‘ creature made by Allah. But, what I’ve got so far? haha…..frustrated, confused, more berselirat wires in my head (hahaha, I wish you can see it)…ngeee

I kept asking myself the same question as before.. Why? Why? and Why?

Hopefully someone will help me to find and seeking the answer together. But..Finally, I just left alone and confusing even more..ahaks! So good! I feel good……Thanks to Pak Rohman for helping me. I wish I can be as clever and marvelous person like you! Finishing his Phd study in not more than 2 years time..Wow!!!
I’m proud of you.

I’m proud of myself too….Of Course I can do it. Yea! yea! Gambate Wan Siti!

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

2 Vaksin oral rotarix dicemari vaksin babi

oleh SM Mohamed Idris

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dengan sikap mendiamkan diri oleh Kementerian Kesihatan dan GlaxoSmithKline Malaysia (GSK) berhubung meluasnya pencemaran Rotarix, vaksin oral GSK yang diberikan kepada bayi berusia kurang daripada 12 bulan untuk mencegah rotavirus yang boleh menyebabkan gastroenteritis yang membawa kepada muntah, cirit birit dan demam.

Kelompok Rotarix di seluruh dunia telah tercemar dengan bahan genetik daripada porcine circovirus jenis 1 (PCV1) – virus yang biasanya ditemui dalam babi.

Rotavirus adalah genus virus RNA dalam keluarga Reoviridae.

Ia merupakan penyebab utama cirit birit yang teruk dalam kalangan bayi dan kanak-kanak dan merupakan salah satu daripada beberapa virus yang menyebabkan Rotavirus gastroenteritis, penyakit sederhana hingga ke peringkat yang teruk dengan ciri-ciri muntah, cirit birit berair, demam dan biasanya dikenali sebagai stomach flu, ia tidak mempunyai kaitan dengan selesema.

Menjelang usia lima tahun, hampir setiap kanak-kanak di dunia ini dijangkiti dengan rotavirus sekurang-kurangnya sekali.

Bagaimanapun, dengan setiap jangkitan, imuniti akan berkembang dan jangkitan seterusnya akan menjadi kurang teruk dan orang dewasa jarang terjejas.

Terdapat tujuh spesies virus ini yang dirujuk sebagai A, B, C, D, E, F dan G, kesemuanya juga menyebabkan penyakit terhadap binatang lain. Rotavirus A, yang paling biasa menyebabkan lebih daripada 90 peratus daripada jangkitan pada manusia.

Vaksin rotavirus seperti GSK Rotarix sepatutnya untuk melindungi kanak-kanak daripada rotavirus.

Laporan media menjelaskan Rotarix diperbuat daripada rotavirus manusia yang lemah yang dibesarkan di dalam sel hidup.

GSK menggunakan sel buah pinggang monyet untuk tujuan ini.

Menurut Dr Margaret Hamburg, Pesuruhjaya Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA), cebisan DNA PCV1 ditemui dalam bank sel Glaxo, bermakna ia hadir daripada perkembangan awal vaksin yang pada hakikatnya vaksin sepatutnya hendaklah disteril (bersih dari kuman).

Kemungkinan besar GSK tidak menyedari sesuatu yang janggal ini dalam vaksin mereka lama sebelum 2006 apabila mereka menjalankan ujian klinikal ke atas Rotarix untuk kanak-kanak.

Kami mempersoalkan kenapa GSK tidak membuat sebarang usaha untuk mengasingkan dan memusnahkan virus ganas PCV1 dalam pelbagai bahan genetik yang diperlukan untuk menghasilkan vaksin apabila ia boleh dilihat dengan jelas oleh saintis jika keselamatan diutamakan.

Amat mengejutkan sekali apabila GSK membenarkan keadaan berbahaya untuk berterusan sehingga beberapa tahun sehingga ia muncul sebagai pencemar untuk vaksin bagi kanak-kanak semuda seusia enam minggu.

Pada hakikatnya, GSK hanya melaporkan penemuannya sendiri berhubung kehadiran PCV1 dalam Rotarix kepada FDA pada 15 Mac, berdasarkan kepada kerja yang pada asalnya dilakukan oleh pasukan penyelidik akademik.

Diikuti oleh ujian susulan yang dijalankan bersama oleh GSK dan FDA mengesahkan penemuan pasukan itu dan mengesahkan komponen viral terdapat sejak peringkat awal perkembangan vaksin termasuk sewaktu ujian klinikal.

Terdapat dakwaan bahawa tiada bukti bahawa terdapat risiko kepada pesakit yang menerima vaksin ini, bagaimanapun FDA pada 22 Mac memutuskan untuk berhati-hati dan mengeluarkan amaran kepada pakar kanak-kanak di seluruh negara di Amerika Syarikat untuk menghentikan memberikan Rotarix kepada pesakit mereka sementara menunggu siasatan yang dijangkakan berakhir dalam masa enam minggu.

Pihak FDA juga mengakui sehingga kini virus babi yang khusus ini bukanlah satu-satunya yang mereka fikirkan pembuat vaksin perlu untuk memeriksa produk mereka.

Pada hari ini (27 Mac), Kementerian Kesihatan Emiriyiah Arab Bersatu (UAE) telah mengambil isyarat daripada FDA dan telah mengarahkan pergantungan segera pengimportan, pengedaran dan penjualan Rotarix dan pengharaman sementara penggunaannya untuk kanak-kanak.

Jordan melalui Pentadbiran Makanan dan Ubatan juga telah menerima pakai pendirian FDA dengan menggantung semua preskripsi Rotarix memandangkan mereka bimbangkan risiko kesan sampingan yang tidak diketahui daripada PCV1.

Lembaga Sains Kesihatan Singapura (HSA) telah meminta doktor menangguhkan vaksinasi Rotarix atau menggunakan alternatif sementara HAS bekerjasama dengan GSK untuk menentukan jika sebarang kelompok vaksin Rotarix telah tercemar.

Dalam satu kenyataan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa negara yang menggunakan Rotarix supaya “berhati-hati mempertimbangkan manfaatnya untuk terus menggunakannya dalam sebarang keputusan.

Sementara itu, Pengarah Klinikal R & D dan Hal Ehwal Perubatan GSK Malaysia dan Singapura, Dr Teoh Yee Leong, berkata pembuat ubat itu memberikan jaminan kepada HAS bahawa mereka akan “terus berkongsi maklumat dengan HAS apabila ia diperolehi”, kerjasama yang sama seperti itu dilihat tidak dihulurkan kepada pihak Kementerian Kesihatan kita.

Berdasarkan kepada sikap berdiam diri Lembaga Kawalan Ubatan (DCA) Kementerian Kesihatan berhubung perkara ini, ia dilihat GSK mempunyai alasan enggan untuk mendedahkan sebarang maklumat berhubung isu kritikal ini kepada Kementerian Kesihatan walaupun sudah 12 hari sejak perkara ini dilaporkan kepada USFDA.

Sementara amat bekerjasama dengan HSA Singapura, GSK Malaysia dilihat menyokong sepenuhnya di sebalik Kementerian Kesihatan yang secara terbuka menyarankan penggunaan Rotarix di Malaysia. Kami bimbang jika ini kesnya yang sebenar atau rakyat dibiarkan dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa.

Dalam sebuah negara yang mempunyai rakyat beragama Islam sebagai majoriti seperti negara kita, amat difahami bahawa isu seperti ini boleh menjadi sesuatu yang sensitif, terutama sekali memandangkan vaksin itu tercemar daripada virus yang berasal daripada babi.

Sepertimana yang kita semua tahu, pengambilan babi adalah 'haram' atau dilarang kepada orang Islam. Salah satu rasional saintifik kenapa babi dikategorikan sedemikian oleh Islam memandangkan kepada kehadiran sejenis parasit seperti Taenia solium (pork tapeworm) dan Trichinella spiralis (trichina worm) dan mikroorganisma seperti procine circovirus jenis 1 yang tidak diragui lagi berbahaya kepada kesihatan manusia.

Sebab itulah Rotarix yang tercemar dengan PCV1 tidak dapat diterima oleh orang Islam tetapi Kementerian Kesihatan mempunyai tanggungjawab bukan hanya kepada orang Islam tetapi juga kepada semua rakyat yang beragama lain di negara ini untuk menjelaskan situasi serta mengambil langkah segera untuk menarik balik dan menganalisis kelompok Rotarix yang sedia ada itu tercemar dan mengumumkan amaran di seluruh negara serta menggantung vaksin itu sehingga ia terbukti selamat.

Kerajaan UAE dan Jordan di mana Islam merupakan majoriti dan agama rasmi telah menjadi contoh dalam tindak balas mereka yang proaktif dan segera terhadap ancaman pencemaran Rotarix.

Mereka telah menunjukkan keprihatinan dan tanggungjawab kepada warganegara mereka memandangkan kepada keadaan ancaman iaitu membahayakan kesihatan serta mempunyai kaitan dengan agama dan mereka telah mengumumkan keputusan mereka untuk khalayak ramai.

Sama ada GSK Malaysia telah memberikan amaran atau tidak kepada Kementerian Kesihatan, kami mempersoalkan kenapa Kementerian Kesihatan masih belum mengisytiharkan amaran ke seluruh negara dan menggantung vaksin Rotarix sekarang dan menjalankan ujian keselamatan yang ketat ke atas kelompok Rotarix yang sedia ada.

Apakah yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan untuk memberitahu dan menyakinkan rakyat terhadap keselamatan anak-anak mereka?

Apakah yang menghalang Kementerian Kesihatan daripada menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat? Rakyat mempunyai hak untuk mengetahui jika kepercayaan agama dan kesihatan mereka mungkin dikompromikan.

CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengumumkan dengan segera kepada rakyat berhubung dengan situasi pencemaran Rotarix di negara ini dan langkah yang diambil untuk mengawal keadaan.

Penulis adalah presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan boleh dihubungi pada no telefon: 04 8299511, faks: 04 8288109 dan emel idris_md@streamyx.com



Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Pesta Buku: KL International Book Fair

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

6 Mendung~

Adoi la...patut la rasa tak enak je, rupanya paper yang disubmit minggu lepas di Journal of Food Science, kena reject lagi. Banyak lagi ke kena betulkan nie? Nampak percubaan kali ke-3 ni masih tak membuahkan hasil. Paper ni masih belum berjumpa tempat tinggalnya lagi.
Perkara yang paling 'best'. Bila kita sendiri tak tahu apa yang sebenarnya perlu kita tahu. haha, (gelakkan diri-sendiri). Walaupun tengah sedih ni. Mood nak menelaah dah makin meningkat nie (yea la tu).. Mesti ada kurang. Kurang pakar? Kurang isi? Kurang originality? Abes la.. Pas ni, for sure kena mendengar 'taklimat panjang lagi'. ... huhu

Di minda ni dah terbayang-bayang dah kerja-kerja makmal yang perlu ditambah-baikkan lagi untuk penulisan paper ni. But, work smart & not hard...? It is a learning process, daku perlu menapak lagi ... setapak! setapak! dan seterusnya....

Kurang membaca fakta saintifik lagi rupanya saya ni yea.. adeh~
Bertabah! Baca lagi...baca, baca, baca..

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Promo: Housemates' Company

Gambar: Halaman utama website mshop2u.com


Hari ni angin saya baik, nak tolong member promote diorg punya company website yang baru lagi mengancam ni,. Ada banyak produk-produk yang menarik boleh didapati di sini dengan harga yang berpatutan. Sudilah menjenguk yea kawan-kawan.


Gambar: Antara paparan yang terdapat di dalam website ini. Menarik kan?

Nak tahu lebih-lanjut apakah produk yang ditawarkan oleh mshop2u.com ini? Silalah klik di sini. 

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Apa ada dengan Kacang ?

Kacang tanah ( arachis hypogea ) merupakan sejenis spesis kekacang dari famili fabaceae yg berasal dari US. Kacang tanah merupakan sejenis tanaman tropika. Boleh disediakan dalam pelbagai cara seperti (source):
1. direbus
2. digoreng
3. dibakar
4. dihancurkan
Apa cara masak sekali pun, ikut selera masing-masing...


Khasiat kacang tanah antaranya ialah:

1. kaya dengan lemak
2. mengandungi protien yg tinggi dan adalah lebih tinggi dari kandugan protien dalam daging, telur & kacang soya
3. kaya ngn zat besi
4. vitamin E
5. kalsium
6. juga dikatakan mengandungi bahan yg dpt membina ketahan tubuh bg menentang penyakit seperti penyakit jantung dgn mengambil 1 auns kacang tanah 5 kali seminggu
7. juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi ( bg siapa yg suka sgt naik drh disyorkan....

8. menurukan paras kolestrol dlm bdn..

9. berkesan utk melegakan hermofilia @ kecenderungan mudah berdarah, penyakit keputihan & insomnia

tp.....kacang tanah ni kan dicegah pengambilannya pada mereka yg menghadapi hadapi penyakit jenis ketumbuhan @ kanser payudara, pesakit gaut dan last sekali jangan mkn kacang tanah bg mereka yg mengalami masalah jerawat tau....

-to be continue-


Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Kalau Tuhan Dikenali-Mawaddah

Ingin dimulakan blog dengan jujuran air-mata, bukan bermaksud untuk menghebahkan kepada sesiapa pun. Bukan bermaksud menghenyakkan diri ke lembah nestapa yang amat. Bukan bermaksud meraih simpati malah belas. Ini cuma catatan. Catatan peribadi seorang hamba Allah merentas liku-kehidupan. Kenapa? Bagaimana? Itu persoalan biasa yang selalu ditujukan kepada benak sendiri. Ini adalah percubaan untuk menilai dan membasuh diri-sendiri. ...

Mendengar kata-kata indah melalui lagu Mawaddah: Kalau Tuhan Dikenali (makin berjurai air-mata-ku ini)

Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan perananNya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaanNya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hambaNya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati keranaNya
Kita akan sanggup berkorban apa saja keranaNya

Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati keranaNya
Kita akan sanggup berkorban apa saja keranaNya
Kalau Tuhan dikenali

Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja keranaNya
Cintakan Tuhan, cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan

Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah pengurus seluruh keperluan kita

Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian keranaNya
Kita sanggup buat apa saja demi cinta padaNya

Kita akan sanggup menerima ujian keranaNya
Kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya
Kalau Tuhan dikenali

Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa saja keranaNya
Cintakan Tuhan, cinta yang abadi
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Pernah guna ubuntu?

buntu ku memikirkan pasai ubuntu nie..

Terima kasih Anas mencadangkan forum KDMC, saya sempat jenguk sekejap  forum KDMC hari nie dan terklik tajuk ubuntu. Kebetulan borak dengan Anep (seorang member di lab) pagi tadi pasal nk install windows 7, alih-alih terkeluar topik ubuntu nie. Tapi, bab kata-ku di awal tadi..buntu ku-memikirkan ubuntu ni...


Pernah guna ubuntu? 

Kenapa kena install di cd dulu baru leh run?
Ubuntu is distributed over the Internet as CD image files, called ISOs. Unlike a regular data file, the ISO file cannot be dragged and dropped or copied directly onto a disc. It needs to be burned in a specific way that expands/extracts the image so you have usable files on your disc. To install Ubuntu from a CD, you first need to burn the downloaded ISO image onto a CD. This requires:


  • A working CD/DVD burner
  • An 80 minute (700 Mb) CD
The cheapest "write once" CDs that can only usually be bought in packets of 10 or more tend to be much better for this. DVDs require a higher 'burn speed' which often causes problems. More expensive types of CDs seem optimised for data-storage rather than for booting-up from. Also if the 1st one does not work it hurts a lot less and also you often get a spindle to keep your linux CDs on

Boleh ke pakai 'pendrive/thumbdrive' shj..?


NOTE: If you just want to create a Live USB stick, to run Ubuntu on your netbook or other devices, you can use an automated tool created by the talented guys at Fedora. https://fedorahosted.org/liveusb-creator/,
To learn more about how to install Ubuntu from a USB stick, read on!

This page gives instructions on how to run Ubuntu from a USB flash drive for installation or other purposes. This may be necessary for netbooks and other computers without CD drives and is handy for others because the thumb drive is so easy to use. The Ubuntu 9.10 CD/DVD ISO images come with the necessary Windows and Linux utilities to get the system on a thumb drive.
For custom, manual, older versions, and technical instructions and troubleshooting see USB Installation Media. There are also network installation options available. You can also see the instructions for USB drives from the official Install Guide.
Note: This article uses the terms USB stick, USB drive, thumb drive and flash drive interchangeably.

well....saya tak berminat nak sambung lagi lanjut isu ni pada hari ni. Dah lari bidang nie, tesis pun tak siap lagi...miiahahaha..~

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Bila Maut Datang Menjemput


Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu Terkenal dengan budaya malas dan lesu?
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pameran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu!
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru?
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu?
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
Pasal jambatan senget atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu?
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOLEH! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
Tapi apa yang kita tahu!
Cuma baca bila nak halau hantu!

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti).
Puratanya manusia meninggal ± 65 th

Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya
selama hidup di dunia.
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh  ± 12 tahun

Usia yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?
Gambaran kasarnya: Mari kita muhasabah bersama..... ....!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur
18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur,
padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ....

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar
atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil
jalan-jalan dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000
jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ..
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KU-ciptakan jin dan
manusia melainkan untuk beribadah kepada-KU".

Maut datang menjemput tak pernah bersahut
Malaikat datang menuntut untuk merenggut
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka
Terimalah habuanmu seadanya..

Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah,
tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak
akan belajar...

Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang
bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat
kurang sedekahnya. "Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja
tatkala berjaya"

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... ! Karena kita
fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab,
solat jalan untuk membuka pintu syurga... Benarkah solat kita itu
mencukupi dan diterima !!? Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???

1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam
=18250 jam= 2 tahun.

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2
tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam
patuk tanah.. amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita.... itupun
belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima. Dan sekiranya
pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan
dosa-dosa kita selama 50 tahun;

Dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak,
dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta
kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap
perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...

Logiknya: Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan
di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .......... Terlalu banyak
masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu
akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian: Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia
dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!! Ingatlah negeri kita... Akhirat

* ~TAMAT~*

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger