Atas usaha penyelidikan pemvaksinan yang dimulakan oleh Edward Jenner, penyakit cacar atau smallpox diisytiharkan pupus pada tahun 1979. Mahukah anda mengetahui, kisah tragis kes jangkitan Smallpox terakhir dalam sejarah?
Pada tahun 1978, Profesor Henry Bedson, seorang ketua penyelidikan mikrobiologis di Birmingham Medical School sedang menjalankan kajian mengenai virus Smallpox di makmalnya. Betul-betul di atas makmalnya adalah bilik seorang jurugambar perubatan, Janet Parker.
Ditakdirkan, kerana kegagalan Profesor Henry untuk menjaga keselamatan kajiannya, virus Smallpox tersebut terdedah dan disebarkan melalui saluran aliran udara ke tingkat atas, iaitu ke bilik Janet. Janet yang tidak pernah divaksinasi sebelum itu, menyedut udara tersebut dan dijangkiti penyakit Smallpox. Ruam-ruam mula timbul pada badan Janet, lantas beliau dimasukkan ke hospital dan disahkan dijangkiti Variola Major, iaitu variasi Smallpox yang paling berbahaya. Janet akhirnya meninggal dunia sebulan kemudian.
Namun yang turut menyayat hati, seminggu sebelum Janet meninggal dunia, Profesor Henry telah membunuh diri dengan mengelar lehernya kerana tekanan psikologi di atas kejadian yang menimpa Janet. Beliau menyalahkan dirinya kerana menyebabkan Janet dijangkiti penyakit tersebut, dan dalam nota terakhirnya beliau menulis,
“I am sorry to have misplaced the trust which so many of my friends and colleagues have placed in me and my work.”
Dengan kisah ini, saya menyeru kepada rakan-rakan dan bakal ibubapa sekalian, agar jangan sekali-kali memandang remeh kepada program imunisasi dan pemvaksinan. Jangan setelah nasi menjadi bubur, barulah penyesalan muncul. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari merawat.
wansiti: baca lebih-lanjut di sini.
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment