A. Teknik "Chunking
"Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
* Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
* Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.
* Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.
B. Teknik Mengulang
*Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
*Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
Selepas menghafal setiap setengah muka surat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.
C. Teknik Tumpu dan Ingat
Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
*Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.
D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
Pilih seorang teman yang sama minat. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.
E. Teknik Mendengar Kaset
Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.
F. Teknik Merakamkan Suara
Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.
G. Teknik Menulis
Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal. Kemudian semak semula dengan mashaf. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.
H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"
Buat beberapa kotak. Setiap kotak merupakan satu mukasurat. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.
I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal.
Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.
J. Teknik "Mindmaping"
Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz,dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'. Mengekalkan Hafalan Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti, ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi. Kerjakan solat hajat kepada Allah. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk. setiap ayat yang mutashabih...
PANDUAN MENGHAFAZ AL- QURAN UNTUK ORANG AWAM
Dalam bidang hafazan Al-Quran, beberapa fasa atau peringkat hafazan perlu dilalui dan kerana itulah terdapat beribu-ribu teknik hafazan di seluruh dunia. Sebelum anda memulakan langkah yang lebih jauh adalah lebih baik anda mengambil langkah awal dengan membuat persediaan sebelum memulakan hafazan, memahami fasa- fasa hafazan dan teknik-teknik asas hafazan di bawah.
PERSEDIAAN SEBELUM MEMULAKAN HAFAZAN
1. Lancarkan bacaan dan pastikan tidak ada kesalahan pada baris, sifat- sifat huruf, menepati makhraj dan hukum tajwid pada ayat yang akan dihafaz.
2. Baca satu halaman dalam masa kurang dari 2 1/2 minit tanpa ada satu kesalahan, jika melebihi masa yang telah ditetapkan ini bermakna bacaan masih kurang lancar. Jangan sekali-kali menghafaz ayat yang masih tidak lancar bacaan dan hukum tajwidnya kerana ia akan membawa kesan yang buruk pada hafazan.
3. Setelah bacaan lancar (tidak tersangkut) barulah mula menghafaz.
4. Sebelum menghafaz pastikan diri betul-betul bersedia untuk menghafaz seperti ; bersihkan diri (mandi), fizikal dan mental betul-betul segar, fikiran kosong, jiwa dan minda dalam keadaan tenang (equanimity). Amat digalakkan Solat Hajat 2 rakaat dan berdoa minta Allah mudahkan hafazan.
5. Sematkan dalam hati (Ihtimam) bahawa ayat yang hendak dihafaz adalah ayat Allah (Kalamullah) yang agung, jadi jangan menghafaz sambil lewa atau sambil melakukan pekerjaan yang lain.
6. Tetapkan minda (mindset) dalam keadaan positif dan yakinkan diri yang anda memang boleh menghafaz Al-Quran.
7. Cari masa dan tempat yang sesuai. Masa yang digalakkan untuk menghafaz adalah selepas Maghrib, sebelum dan selepas Subuh. Dari segi tempat pula, pastikan tempat itu tenang (tidak bising/ privacy) dan yang paling penting anda berasa selesa berada di tempat itu.
FASA HAFAZAN
FASA 1 – HAFAZAN BARU – ayat yang baru dihafal.
FASA 2 – HAFAZAN SEMASA – hafazan wajib dibaca setiap hari dalam tempoh 2 minggu.
FASA 3 – HAFAZAN LEPAS – hafazan lama, hafazan yang telah melalui proses hafazan semasa.
FASA 1 - ( HAFAZAN BARU )
1. Setelah ayat yang hendak dihafaz tersebut betul-betul lancar dan mantap hukum tajwidnya, perhatikan pula panjang ayat tersebut dan sekiranya ayat yang hendak dihafaz terlalu panjang (melebihi 1 baris) bahagikan ia kepada 1 baris atau lebih pendek, kemudian mula menghafaz mengikut kaedah tersebut :
• Baca 20x dengan melihat ayat.
• Baca 20x tanpa melihat ayat.
• Baca 10x dengan melihat ayat.
• Baca 10x tanpa melihat ayat.
2. Sekiranya hafazan sudah lancar dan mantap, teruskan hafazan kepada baris yang seterusnya mengikut kaedah yang sama. Namun sekiranya hafazan tadi masih bermasalah, ulangi kaedah yang sama sehingga hafazan mantap.
3. Setelah baris yang kedua dihafaz jangan terus berpindah kepada baris yang ke-3, ulangi baris yang pertama sehingga yang kedua dan pastikan hafazan tadi betul- etul mantap barulah berpindah kepada baris yang seterusnya.
4. Untuk barisan yang seterusnya, ulangi langkah 1 - 3.
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment