Bersyukur dengan Momo di samping..
Ini salasilah wujudnya Momo dan gambar dia sejak dulu sampai sekarang.
Jika ini rupa Momo 2,3 bulan lepas.. Ini pun dah dikira kembang tak hengat.. Biasa la kucing, bila kita lemau atau tak amek kisah kat dia... Dia pun layan la dengkur dan air-liur basinya.. har har har..
Ni, port baru dia tidur... Atas pasu tu beb! Memang lena kot duk atas tu... Sejuk, sebab dalam pasu, of course ada tanah yang dapat menyejukkan budak yang tengah kepanasan ni....
Elok jer Momo bertenggek atas pasu ni..
Lau kita plak duk sibuk mengemas.. haa, mula la nak naik sibuk sama.. Kejar ke sana, kejar ke sini.. Buat-buat sibuk jugak la kunun..
Satu jer tabiat dan sikap dia yang belum berubah sampai sekarang kot, memberontak dan nampak tak pandai lagi nak sesuaikan diri jika berpindah-pindah tempat dan rumah. Baca cerita semasa Momo pergi beraya bersama Mama Panda tahun lepas.. Raya sakan dia di Batu Caves dan kat Melaka.
Sebelum tu, yang paling menakutkan adalah semasa Momo disahkan mendapat penyakit Batu Karang di peringkat awal.. Mujur dapat kenal-pasti awal... Tapi jenuh jugak membasuh kencing dia yang merata dan sikit-sikit tu. Macam tu rupanya perangai kucing lau dah terkena batu karang yea.. Selain tak lawas nak kencing, Momo jugak alami gejala kurang makan, dan kurang minum air.. Maka kurus berkurun jugak Momo sewaktu kejadian berlaku.. huhuhuu~
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment