Budak yang baru sampai rumah, iaitu pasangan kembar Xiomara dan Justin Bearber berusia 4 bulan mengundang pelbagai aksi lucu .. dan Momo nampaknya lebih talkative daripada biasa...
Sifat ingin-tahu dan merepot Momo terserlah dengan kehadiran 2 adik angkat baru-nya
Bila Xiomara [betina] dan Justin [jantan] cuba meneroka rumah dengan deria bau mereka.. Momo pun ikut sama, membontoti mereka secara senyap-senyap dari belakang.. Ada time dia cuba nak main mereka, tapi.. selalu silap-langkah.. tiap kali dia nak menerkam.. membuatkan Xio dan Justin terkejut dan memarahi Momo secara automatik!
alahai, sian Momo....
Percubaan kali-2 dan ke-3 Momo untuk berbaik-baik dengan mereka, apabila Xio dan Justin berada di dalam satu ruangan yang sama.. yang nie, rupanya ada 1 lagi sikap Momo yang baru muncul... selain terlebih excited, dia.. banyak mengadu dan komplen kat mama-nya nie, tentang apa jua yang dilakukan oleh adik barunya yang berdua tu.. hehehe..
Yang paling banyak mengiow... dari mula mereka duk sama, sampai akhir... adalah tak lain, tak bukan... si dia adalah...
Momo! (=^_^=)
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment