Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Rahsia Tembusi Nature: Jurnal Berimpak Tinggi

Slot temuramah oleh MajalahSains.com dengan Muhammad Rahimi Yusop. Seorang penyelidik merangkap pensyarah muda yang sedang menyiapkan PhD-nya dalam bidang kimia di University of Edinburg, United Kingdom.

Ada beberapa ayat yang menarik untuk dikongsikan di sini, iaitu:
Kebolehan mengenalpasti kekuatan sesuatu kajian atau penemuan merupakan sesuatu perkara yang memerlukan pengalaman yang lama. Ianya banyak bergantung kepada tahap pengetahuan dan pendedahan kepada penyelidikan terkini. Pun begitu, tidak dinafikan kriteria utama penerbitan di dalam jurnal berimpak tinggi bukan sekadar keasliannya sahaja malah ia haruslah memberi kesan keseluruhan spektrum di dalam bidang tersebut! 
Saya percaya jika kita dapat menguasai perkembangan terkini dan mengenalpasti kekuatan di dalam bidang masing-masing, setiap dari kita mempunyai peluang cerah untuk menerbitkannya di dalam jurnal berimpak tinggi. Sebagai contoh, kajian asal saya adalah berdasarkan sebahagian idea dan masalah yang dinyatakan di dalam Journal Angewandte Chemie Int. Ed. (Impact Factor > 10). Cuba anda bayangkan di manakah tahap penerbitan anda sekiranya berjaya menyelesaikan masalah yang dinyatakan di dalam jurnal tersebut? Tidaklah menjadi rahsia sebenarnya malah sesiapa pun boleh menulis dan menerbitkan jurnal hebat.
Baiklah, antara poin penting di sini adalah, 
* kenalpasti dahulu kekuatan dalam bidang kajian, 
* tahu isu dan berita terkini dalam bidang tersebut
* Cuba selesaikan masalah yang terdapat dalam jurnal penerbitan sebelumnya yang berimpak tinggi.

Perkara lain yang disentuh daripada link ini, adalah.. 
... perkara utama yang perlu ada bagi menghasilkan penyelidikan bermutu bermula dengan idea terbaik yang dicetuskan daripada bahan rujukan yang terbaik, ini diakui sendiri oleh penyelia saya Profesor Mark Bradley. Selain rujukan, peralatan dan bahan-bahan yang digunakan untuk proses penyelidikan juga adalah yang terbaik.tetapi tidak semestinya terkini. Salah satu perkara yang amat saya kagumi ialah sistem yang cekap dan cepat di dalam proses perolehan bahan dan peralatan yang ingin digunakan dalam kajian selain bebas dari karenah birokrasi dan seumpamanya yang tidak perlu... 
Untuk mengurangkan karenah birokrasi ni, segala staf yang terlibat dalam bidang penyelidikan perlu diberi kefahaman tentang proses yang terlibat. Dapat dilihat, hanya di sesetengah tempat, apabila.. ada staf yang tidak memberikan kerjasama mempercepatkan proses perolehan bahan atau menggunakan alatan dalam kajian.

Okey, apa pula sifat-sifat utama yang perlu ada dalam diri sebagai seorang penyelidik merangkap ahli akademik?
Sifat utama yang mesti ada dan sentiasa dipupuk ialah keinginan untuk memajukan diri secara berterusan. Sebagai seseorang penyelidik dan ahli akademik perlulah sentiasa peka dan mengikuti perkembangan semasa terutamanya perkara berkaitan teknologi yang kita tahu sangat cepat berubah. Sifat berani mencuba sesuatu atau bidang yang baru merupakan sesuatu keperluan pada diri seseorang penyelidik yang merupakan proses mengembangkan kepelbagaian kepakaran dan kemahiran. Sesama penyelidik haruslah memberi motivasi dan sokongan moral serta ada budaya persaingan secara sihat. Selain itu, kebolehan menggunakan sumber secara maksimum dan perkongsian kepakaran berkaitan penyelidikan merupakan kunci kepada kejayaan.
Saranan dan nasihat kepada bakal-bakal penyelidik yang ingin berkecimpung dalam bidang ini ?
Kepada bakal-bakal penyelidik, matlamat dan halatuju penyelidikan perlulah jelas. Jika ianya dilakukan dengan matlamat yang betul insyaAllah ia akan memberikan keseronokan. Di dalam dunia penyelidikan kadang-kadang tidak selalunya menjanjikan hasil seperti yang diharapkan, adakalanya bagus, adakalanya tidak dan ia merupakan satu proses yang panjang. Seorang penyelidik perlu ada sifat sentiasa berfikir, mencari strategi baru dan survival dalam kerjaya. Kerjasama rentas disiplin (cross discipline) bidang penyelidikan perlu juga sentiasa digalakkan untuk melihat potensi-potensi baru yang boleh dikembangkan.
wansiti: 1 temuramah yang membina semangat dan kefahaman seorang penyelidik. [link]

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger