Hujan lebat hari ni sejak semalam lagi di Kelantan ni.
Line internet pun kadang-kadang 'loading' juga. Faktor cuaca barangkali.
Jenguk ke luar rumah kadang-kadang, risau juga mek dengan ayam, itik, merpati & kucing-kucing mek. Kesejukan diorang, kesian! huhu...
Harap-harap tak demam lah budak-budak tu.
Air pun dah mula bertakung ni keliling kawasan, nak keluar, memang meredah air lah jawabnya. Baik mek duk umah je.
Mek terpaksa cancel COD simkad kat user sorang, patutnya hari ni janji dengan beliau sejak Selasa lepas lagi. InsyaaALLAH mek COD selepas cuaca membaik yea, awak. ^_^
Petang hari ni, tiba-tiba teringin luang masa lawat sahabat positif sambil tengok report banjir online.
Nyaman juga begini,
Diselang-seli dengan hirup air susu suam dan membelek beberapa buah buku kat sebelah.
Unpredictable monsoon this time.
NOTA:
Mek terbuat karangan petang ni..hehehehee
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment