Sebenarnya niat nak menaip tentang pengorbanan ...
Namun terbantut, dek kerana senario ustaz dan ustazah hari ini..
Kenapa ustaz dan ustazah ramai yang membawa masalah akhlak dan contoh yang kurang elok untuk anak-anak murid?
Kenapa ustaz dan ustazah?
Ada yang menyalahgunakan kepercayaan kami kepada mereka, untuk berkhidmat dengan cemerlang dan ikhlas,
Tetapi...
cuba mencanang dan menjual ilmu mereka dengan keterlaluan kepada pelajar?
Kenapa ustaz dan ustazah?
Kesungguhan pelajar untuk menuntut ilmu dibantutkan oleh ketidak-tepatan-mu mematuhi masa dan dalam berjanji...
Kenapa ustaz dan ustazah?
Sungguh banyak sungutan dan rungutan yang diterima dari ibu dan bapa pelajar, oleh kerana perilaku 'belum matang-mu' dalam menyebarkan ilmu?
Kenapa ustaz dan ustazah?
Menggunakan pangkat dan panggilan yang mulia itu untuk kepentingan diri-mu semata-mata..
Kenapa dan di mana silapnya ustaz dan ustazah?
Suka entri ini? (=^_^=)