Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

KAFA Ulul Albab di sebalik keputusan SPM

Keputusan peperiksaan SPM baru-baru ini disambut dengan debaran dan pelbagai reaksi dari ibubapa dan pelajar. Tahniah daripada kami kepada yang berjaya, kepada yang belum berjaya, anda masih ada perjalanan yang panjang. Anda masih BELUM BERJAYA, namun AKAN BERJAYA. Itu adalah yang pasti, jika usaha yang diberikan adalah setimpal. Allah telah berjanji kepada hamba-hambaNYA.

" Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahala nya pada sisi Allah. Sesungguhnya Alah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan." -- Al-Baqarah:110

Kita juga tahu bahawa, Allah tidak sekadar melihat HASIL, tetapi yang dipandang-NYA, adalah LEBIH kepada PROSES yang dilalui.. Kepada mereka yang BELUM BERJAYA.. Ingatlah, ALLAH menghitung USAHA yang telah dilakukan kamu, tetapi, belum MASAnya yang TERBAIK untuk mengurniakan KEBAIKAN sepadan dengan apa yang telah diusahakan.. 

Begitu juga konsep home tuition kami. Konsep belajar yang santai dan menyeronokkan yang kami cuba terapkan bersama guru-guru agar sesi pembelajaran dapat menggalakkan pelajar bertambah minat untuk belajar. Home tuition adalah antara pendekatan yang terbaik kami untuk mendekati pelajar secara lebih dekat secara emosi, spiritual dan fizikalnya.

Antara pendekatan lain kami yang lebih ekonomi bagi keluarga adalah program terbaru kami iaitu; KAFA Ulul Albab :) untuk pelajar sekolah menengah.

Cadangan tentatif KAFA Ulul Albab :

7.00 - 7.30 malam : Tadarrus al-Quran & Mudahnya Tajwid!
7.30 - 8.00 malam : Solat Maghrib Berjemaah
8.00 - 8.30 malam : Hadith 40
8.30 - 9.00 malam : Solat Isya Berjemaah
9.00 - 9.30 malam : Terjemahan Surah Pilihan
: Hafazan Surah Pilihan
* Bertukar antara Selasa & Khamis
9.30 - 10.00 malam : Silibus Kitab 'Indahnya Hidup Bersyariat'

# Perubahan jadual mengikut kesesuaian & masa masuk waktu solat Maghrib & Isya. 

Bahan Pembelajaran akan disediakan oleh Infitah adalah seperti berikut :
1) Buku Surah-surah Juz Amma (bersama terjemahan & ruang kiraan ulangan hafazan)
2) Buku Latihan Hafazan Juz Amma.

Cadangan keperluan lain yang perlu dibawa oleh pelajar :
1) al-Quran Terjemahan
2) Buku 'Hadith 40 Imam Nawawi'
3) Buku 'Indahnya Hidup Bersyariat'

* Jika tiada koleksi peribadi buku-buku tersebut, boleh dibeli daripada Infitah :)

Untuk maklumat lanjut boleh dirujuk di poster ini,

Like juga facebook INFITAH TRAINING & CONSULTANCY 


Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger