Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Hijab Sang Pencinta

Alhamdulillah..
Siap sudah baca novel Hijab Sang Pencinta ni,..
Dibeli pada Pesta Buku KL tahun lepas (2010) lagi.. Dek masa tak mengizinkan, bacaan ayik terhenti-dan-tertangguh-tangguh.. (masa juga dipersalahkan)
Baik lah...

wansiti suka sinopsis yang ditulis oleh kawan wansiti ini..
Jom kita lihat apa yang ditulis oleh As-Sa'adati..
Akhirnya penantian untuk pelengkap trilogi terakhir BAGAIKAN PUTERI dan CINTA SANG RATU berakhir dengan HIJAB SANG PENCINTA. Novel yang amat-amat dinantikan oleh peminat novelis RAMLEE AWANG MURSYID termasuklah diri saya sendiri.

Dengan Hijab Sang Pencinta ini, maka terjawablah pengakhiran kisah hidup di antara Laksamana Sunan (Saifudin) dan Haryani yang berlainan zaman. Pengakhiran yang agak menyedihkan tetapi tidak mengecewakan! Itu sudah semestinya bagi kebanyakkan karangan Ramlee Awang Mursyid.

Watak Laksamana Sunan masih tidak berubah dengan sikap dan sifatnya yang bertaqwa, istiqamah, bersabar dan berani. Namun dia sebagai manusia biasa masih tidak dapat lari dari fitrah seorang manusia yang amat merindui mereka yang tersayang. Dia terkenal dengan gelaran ‘lelaki berduka dari Tanah Rencong’.

Bagi kronologi kali ini agak tidak terlalu berat berbanding Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Hijab Sang Pencinta terbahagi kepada dua zaman yang berbeza di mana kisahnya tidak dicampuradukkan di dalam satu masa. Pada awal penceritaan, menceritakan tentang perjalanan Laksamana Sunan untuk pulang ke tanah kelahirannya, Kampung Punggor. Sepanjang perjalanan, dia diduga dengan berdepan musuh-musuh ALLAH yang ingin membalas dendam terhadap dirinya. Dugaannya kepadanya masih berterusan apabila tiba di kampungnya dengan kehilangan orang yang tersayang dan dendam dari mereka yang benci terhadapnya termasuk sultan Melaka. Namun akhirnya dia ‘dicampak’ ke abad 21 yang akhirnya bertemu dengan Haryani.

Banyak peringatan yang ingin disampaikan pengarang kepada pembaca melalui Hijab Sang Pecinta. Setiap dugaan yang melanda perlu dihadapi dengan penuh kesabaran disamping memohon pertolongan daripada MAHA PENGASIH DAN PENYANYANG. Berlapang dada dengan apa yang telah ditakdirkan dan bersangka baik terhadap ALLAH. Tiada satu pun yang akan kekal di dunia ini. MATI ITU PASTI, HIDUP INSYAALLAH.

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger