Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Imam Muda di Astro

Rancangan "Mencari Imam Muda" di Astro Oasis adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia. Untuk berita lanjut, baca di sini. Pelbagai ganjaran menarik dan hebat ditawarkan kepada bakal juara imam muda ini.

Para peserta telah diinterview dengan memperdengarkan bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Lazim dan mempunyai pengetahuan agama Islam. Diharapkan program ini berjaya membentuk siasah imam muda tersebut supaya menjadi ikutan dan contoh yang terbaik kepada golongan muda kita hari ini yang lebih menyukai hiburan. 

Diharapkan beberapa ke-tidak-enakan dapat dikurangkan di kalangan penonton wanita, yang lebih membandingkan rupa daripada bakat. Apabila bukan sahsiah dan ketrampilan yang diperhatikan, tetapi lebih kepada bentuk fizikal. Maka kurang sikit mantop dari segi tujuan keberkesanan program di hati penonton. 

Di sertakan di sini, kalendar program:
Imam Muda – Ujian: 24 & 25 Mei 2010 (Isnin & Selasa), 6.30 petang dan ulangan 11.00 malam, Program dua episod yang memaparkan sesi temuduga dan ujian calon-calon Imam Muda yang dijalankan di Kuala Terengganu, Alor Setar, Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Imam Muda – Kapsul: Setiap Isnin hingga Khamis, 6.55 petang dan ulangan 11.00 malam, bermula 26 Mei 2010, Program lima (5) minit yang memaparkan kelas-kelas yang diaturkan dan aktiviti harian yang dilalui oleh calon Imam Muda merangkumi pelbagai aspek kehidupan.

Imam Muda: Setiap Jumaat, 9.00 malam, bermula 28 Mei 2010, Rancangan penentuan prestasi semua calon Imam Muda selepas mereka melalui praktikal dan ujian berdasarkan tema yang ditetapkan setiap minggu.

Kemuncak Imam Muda: Siaran Langsung, 30 Julai 2010, Jumaat, 9.00 malam, Malam penentuan Imam Muda terunggul pertama.

Imam Muda – Jejak: Jumaat, 6 Ogos 2010 dan ulangan Sabtu, 7 Ogos 2010, Program yang akan mendekati juara Imam Muda. Kita akan dapat mengenali dengan lebih dekat latar belakang kehidupan Juara Imam Muda pertama kelahiran Astro Oasis.

Maraton Ulangan Imam Muda: Setiap Sabtu, 2.00 petang bermula 29 Mei 2010, Tayangan ulangan semua program Imam Muda sepanjang minggu.


Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger