Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

0 Imam Muda di Astro

Rancangan "Mencari Imam Muda" di Astro Oasis adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia. Untuk berita lanjut, baca di sini. Pelbagai ganjaran menarik dan hebat ditawarkan kepada bakal juara imam muda ini.

Para peserta telah diinterview dengan memperdengarkan bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Lazim dan mempunyai pengetahuan agama Islam. Diharapkan program ini berjaya membentuk siasah imam muda tersebut supaya menjadi ikutan dan contoh yang terbaik kepada golongan muda kita hari ini yang lebih menyukai hiburan. 

Diharapkan beberapa ke-tidak-enakan dapat dikurangkan di kalangan penonton wanita, yang lebih membandingkan rupa daripada bakat. Apabila bukan sahsiah dan ketrampilan yang diperhatikan, tetapi lebih kepada bentuk fizikal. Maka kurang sikit mantop dari segi tujuan keberkesanan program di hati penonton. 

Di sertakan di sini, kalendar program:
Imam Muda – Ujian: 24 & 25 Mei 2010 (Isnin & Selasa), 6.30 petang dan ulangan 11.00 malam, Program dua episod yang memaparkan sesi temuduga dan ujian calon-calon Imam Muda yang dijalankan di Kuala Terengganu, Alor Setar, Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Imam Muda – Kapsul: Setiap Isnin hingga Khamis, 6.55 petang dan ulangan 11.00 malam, bermula 26 Mei 2010, Program lima (5) minit yang memaparkan kelas-kelas yang diaturkan dan aktiviti harian yang dilalui oleh calon Imam Muda merangkumi pelbagai aspek kehidupan.

Imam Muda: Setiap Jumaat, 9.00 malam, bermula 28 Mei 2010, Rancangan penentuan prestasi semua calon Imam Muda selepas mereka melalui praktikal dan ujian berdasarkan tema yang ditetapkan setiap minggu.

Kemuncak Imam Muda: Siaran Langsung, 30 Julai 2010, Jumaat, 9.00 malam, Malam penentuan Imam Muda terunggul pertama.

Imam Muda – Jejak: Jumaat, 6 Ogos 2010 dan ulangan Sabtu, 7 Ogos 2010, Program yang akan mendekati juara Imam Muda. Kita akan dapat mengenali dengan lebih dekat latar belakang kehidupan Juara Imam Muda pertama kelahiran Astro Oasis.

Maraton Ulangan Imam Muda: Setiap Sabtu, 2.00 petang bermula 29 Mei 2010, Tayangan ulangan semua program Imam Muda sepanjang minggu.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Al-Wasilah: 15 TEKNIK ATASI TABIAT TERBURU-BURU

Al-Wasilah: 15 TEKNIK ATASI TABIAT TERBURU-BURU

Saya sedang mencuba satu aplikasi diblogspot saya ini. Secara tak sengaja juga, saya terlihat kekunci aplikasi ini di blog kawan kita ni semasa men'google' email sendiri. Apakata, saya masukkan petikan daripada blog lain juga yang bercerita tentang buru-buru ini?

Setelah membaca dan meneliti, banyak kesan yang tak menarik dan menyedapkan hati akan timbul akibat dari sikap terburu-buru ini. Maka, seeloknya, walau apapun yang kamu lakukan, perbuat ia secara tenang dan rileks.

p/s: Rancang segala aktiviti kamu seawal mungkin. Agar tidak timbul sikap terburu-buru.
Banyak cerita yang tak menarik yang mungkin terjadi akibat daripada sikap tersebut.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

1 Kenapa teh perlu di minum tanpa gula?

Minum teh tanpa gula?
Sememangnya agak tak berapa senang nak dilakukan, bila lidah dah dibiasakan minum teh bergula sejak dari kecil. Harap bacaan di bawah ini, dapat memberi motivasi dan membantu diri  belajar minum teh tanpa gula ni. ^_^

Sejarah Teh

Mengikut sejarah, daun teh ditemui oleh seorang pedagang China bernama Shen Nong pada tahun 2737 SM ketika beliau dalam satu perjalanan. Sampai di sebuah hutan, ketika sedang berehat, salah seorang pembantunya memasak air. Tiba-tiba jatuh sehelai daun ke dalam air yang sedang dimasak lalu mengeluarkan warna kecoklatan. Apabila diminum, badan pedagang itu menjadi segar selepas perjalanan yang jauh. Lalu, pokok yang mempunyai daun itu dibawa pulang dan tanamannya diperkembangkan. (sumber)

Khasiat Teh

Antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah kardiovaskular, stroke dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal.

kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Antara jenis kanser yang boleh dicegah ialah kanser payudara, kanser paru-paru, kanser usus besar, kanser dubur, kanser hati dan kanser pankreas.
Ringkasan khasiat teh:

• Membantu membakar lemak
Teh hijau dapat membantu mempercepat tingkat metabolisme kerana pengaruh antioksidannya yang membantu hati berfungsi secara lebih efektif.
• Melindungi daripada hepatitis
Hepatitis diukur dari tingginya kadar zat besi dalam hati. Teh hijau terbukti dapat menurunkan kadar zat besi di dalam badan.
• Melindungi daripada diabetes
Tingginya glukosa dan insulin dalam darah boleh menjadi penyebab diabetes. Polifenol dari teh hijau menghalang ´amylase´ sehingga dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
• Mencegah keracunan makanan
Minum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria berbahaya seperti ´clostridia´.
• Menurunkan tekanan darah
Penyebab utama hipertensi adalah sejenis enzim yang dikeluarkan oleh ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal ialah ´ACE inhibitor´. Teh hijau merupakan ´ACE inhibitor´ semulajadi dan beberapa kajian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau. (sumber)


Masa yang perlu dihindari untuk menikmati teh







  • Jangan minum teh selepas makan kerana zat yang terkandung dalam makanan dapat dicuri oleh zat stimulan teh.

  • Jangan minum teh saat perut kosong sebab dapat meningkatkan pengahasilan asid di dalam perut.
  • Hindari minum teh dicampur dengan gula kerana menyebabkan zat-zat yang di dalam teh menjadi berkurangan.

  • Jangan minum teh yang sudah semalaman kerana sudah banyak zatnya yang teroksida dan basi sehingga memberi kesan tidak baik untuk tubuh.

  • Hindari minum teh ketika hamil dan menyusui. Kerana kafein dan zat stimulan pada teh boleh merangsang kontraksi rahim. Selain itu untuk ibu menyusui akan mengganggu produksi kelenjar penghasilan susu ibu.

Perlu berhati-hati dengan teh,

Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda.

Selain kafein, antioksidan flanovoid yang terdapat dalam teh menghambat penyerapan zat besi dari unsur-unsur tumbuhan seperti sayur dan buah. Namun, zat besi dari daging tidak terpengaruh penyerapannya. Sekadar peringatan, apapun yang berlebihan tidak akan baik kesannya.
Gambar: Cik Kucing yang rajin di dapur ...

Rujukan:
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Hidup sebagai seorang pengarang/penulis...


Terkesan!
Sungguh terkesima saya membaca petikan berita yang bercerita pasal 'kangkong' pada 2,3 hari lepas. Sesak nafas. Sedih. Terasa hati. Dan pelbagai perasaan lagi yang bercampur-baur ketika itu.. Lalu di forwardkan artikel tersebut kepada yang terdekat alias tersayang. Membaca komen dari mereka, membuatkan saya lega dan berfikir panjang.

Email yang saya terima hari indaripada Akademi Penulis pun menarik juga, saya petik sedikit daripada tulisan nya di sini yea.. Sebagai rujukan di masa hadapan ^_^
"Saya pun minat menulis bila besar nanti," Mardhiah berkata. (haha, gambar sebagai selingan, tiba-tiba je rasa rindu kat sepupu sorang nie, ngeeh)

"Ada banyak kelebihan lain sebagai seorang pengarang, penulis atau novelis, berbanding tuduhan murah dunia orang jiwang itu. Jadi, fokuskan kepada yang baik-baik sahaja.

Bukankah seorang pengarang itu seorang yang seharusnya memiliki penguasaan berbahasa yang baik?

Seorang pengarang juga seharusnya memiliki idea yang bernas supaya dapat berkongsi dengan orang lain.

Seorang pengarang juga sewajarnya mendidik dirinya sendiri menjadi lebih baik supaya dapat mendidik orang lain melalui karyanya.

Seorang pengarang juga harus menunjukkan contoh teladan yang patut sebelum dia membina watak yang baik yang berfungsi memberi pendidikan kepada orang lain." 

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

3 Kitty, Cik Teh, Meow, Comey dan Nining ....

Kitty si budak manja dan comel... Selalu dilindungi dan dimanja berlebihan oleh si abang yang bernama Cik Teh. Namun, sejak pemergian Cik Teh ke alam barzakh... Kelakuan Kitty jadi makin manja dan kadang-kadang termenung bersendirian.. Kami yang melihatnya, hanya mampu menyerahkan kepada takdir Allah, agar Kitty dapat berdikari dan menjadi kuat dan setabah Cik Teh setelah pemergian Meow~ (mak mereka yang tersayang).

Meow... oh, meow ... meow ...


Cik Teh bersama mainan 'pinjamannya'

Di mana sahaja Cik Teh leh tido.. 'macam tuan dia jugak?' he he he

Cik Teh memanjakan Kitty

Seperti kata pepatah, patah tumbuh, hilang berganti..
Dengan kehadiran Cik Nining yang berbadan kuning, genit dan tangkas.. Kitty tidak keseorangan lagi., Tapi, cerita lain pulak yang timbul.. Kitty terlalu berlembut dengan Si Nining nie, bila makan je, dia mengalah... Bila Nining tumbuk dia ckit, dia undur dan bawak diri... ala-ala merajuk la tue.... Sembunyi bawah kerusi batu di luar bilik stor dan memunculkan kepalanya sahaja bila menyedari ade rentak kaki diatur menuju ke arahnya. Kitty, oh Kitty....~

Kitty sewaktu masih kecil (cute kan?) ^_^
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger