Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Update blog dan update facebook. Yang mana lebih penting?




 Makan masa dalam berminggu juga, barulah saya berkesudian untuk update blog ni. Mungkin sangat bersawang dah 'blog' nie, kesian dia... (Jika ada labah-labah, mungkin sudah nampak sawangnya). Kesudian saya membaca dan meneliti tulisan bloggers yang lain lebih sekarang, berbanding menulis di blog sendiri.



Ini kerana, banyak blog dan penulis blog yang berkredibiliti dan lebih layak untuk mencoret barang sepatah-dua-kata buat tatapan pembaca yang budiman sekalian. ngee~
Saya? Segan pula saya nak turut-serta mencoret dengan pengalaman hidup dan pengetahuan yang masih cetek nie.. Sebenarnya, kriteria yang biasa ada pada seorang blogger kan, extrovert (a personality that usually gregarious and unreserved person)

Tambahan pula, saya tengah menyusun balik apa jua bahan yang ada dalam simpanan untuk penulisan tesis. Timbul persoalan untuk mencari apakah ciri-ciri penulis yang baik? Samada penulis blog, tesis, mahupun penulis buku?

Mula-mula, kita kena faham, Apakah itu penulisan.

Penulisan ialah satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca. Setiap idea yang disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya, iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada pembaca, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik penulisan yang sesuai.

Ciri-ciri Penulisan yang Berkesan

1. Isu yang dikupas merupakan isu besar pada waktu tersebut.
2. Dapat menyentuh jiwa, pemikiran dan perasaan pembaca seterusnya membuka minda mereka.
3. Menyentuh falsafah/nilai moral kehidupan dan mencabar hukum/peraturan yang sedia ada.
4. Ada unsur hiburan dan pengajaran/pendidikan yang berkesan.
5. Dapat menyelesaikan masalah atau menjadi ikutan ramai/masyarakat dan rujukan kepada cendekiawan.
6. Bersifat 'avant-garde' (baru dan progresif).


Berikut adalah ciri-ciri penulisan yang baik sebagai panduan penulis dan editor:

1. Panjang ayat antara 12 hingga 16 perkataan.
2. Banyak menggunakan ayat aktif.
3. Ayat yang mematuhi tertib waktu.
4. Kurangkan imbuhan pe-an, ke-an, sebaliknya gunakan imbuhan me- dan ber-.
5. Indeks kabusnya rendah.
6. Tidak menggunakan nota kaki.
7. Pinjam perkataan daripada bahasa asing.


Sumber: 



p/s: Sudah jelas dengan keterangan di atas? Cukup dahulu untuk penulisan ringkas dalam 10-15 minit yang saya mampu nie ... Doakan tesis saya juga yea..~ ^_^



Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger