Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Masak Lemak Cili Padi Terubuk Masin

Terima kasih kepada Kak Long Fairuz kerana sudi men'sponsor' ikan terubuk masin dari Sarawak nie.. Jadi jugak wansiti nak masak lemak ikan terubuk ini, dah lama terperap dalam peti ais tu..
 Bahan-bahannya:
1 biji nenas/kentang
2 ekor ikan terubuk masin Sarawak [boleh juga goreng dulu untuk preserve rasa masinnya]
1 kotak kecil santan segera/santan kelapa (1 biji kelapa)*
Cili Padi ikut citarasa
sedikit belacan
2 batang serai dititik
Kunyit hidup/serbuk kunyit
3 keping asam keping (kalau guna nenas tak payah guna asam keping pun ok)
lengkuas (optional)
garam secukup rasa
*kuah santan agak-agak menutupi bahan2 dah cukup terpulang pd cita rasa sendiri.

Cara-caranya:
1. Cili padi, belacan dan kunyit hidup dikisar halus
2. Masukkan bahan kisar dalam periuk berserta nenas/kentang dan sedikit air [Nenas: Kecutkan nenas dalam 3 minit sehingga kering air nenas].
3. Masukkan santan dan serai serta ikan masin.
4. Kacau, supaya tak pecah minyak. Bila kuah mendidih masukkan garam dan sesuaikan rasa.
5. Bila kuah dah agak pekat bolehlah ditutup api.

Sedap juga dimakan dengan ulam-ulam [petua awet muda].
Setelah siap masak lemak ni, rancangan asal nak masak sardin, sudah dipendamkan ... Lain kali jer kita makan sardin. wansiti pula sejak akhir-akhir ini kurang selera nak jamah nasi.. Makan roti dan makanan ringan yang paling wansiti suka.. tak tau kenapa.....

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger