Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Sirow @ Sira Labu

Ini antara makanan pencuci mulut yang wansiti gemar makan waktu kecik-kecik dulu. Sirow Labu. Jika dahulu, pantang ada kenduri orang kawen, wansiti akan tanya umi, "Ado sirow labu dop?"

Memang best la sirow labu nie, lagi-lagi lau perap dengan kapur makan dalam setengah hingga sejam, bagi dia tak hancur waktu makan, dan juga manis-manis buah.. Tapi biasanya ore Qlatey suka buat manis-manis bagi tahan dan sedap ikut lidah ore Qlatey. wansiti lau makan nasi, xleh makan sekali dengan benda manis. Tapi, jika kuih yang jadi feveret macam Jala Mas, Buah Tanjong, Taik Itik tu.. x sah lah x manis kan? (manis-manis buah dah okey laa).. wah! rindunya nak makan..

Lagi pun, masa kecik-kecik kita memang suka makan benda manis-manis. Sekarang je, makan kena jaga-jaga dan tak boleh terlebih manis, masin dan berlemak yang bakal mengundang pelbagai penyakit. Makan kena seimbang (",)

Ini bahan-bahannya:
1 biji buah labu sederhana besar (yang masak dan kaler kuning yea)

kapur makan
1 kerek manisan(nissey) @ 1/2 ketul gula melaka (hancur dan cairkan)
5 senduk kecil gula pasir
2-3 helai daun pandan
7-8 biji cengkeh.
2-3 sudu teh garam
Cara-caranya:
1. Potong buah labu kepada ketulan-ketulan kecil dan lumurkan atau rendamkan dengan kapur makan. Ketepikan dalam anggaran setengah hingga sejam untuk memastikan labu tidak hancur apabila dimasak nanti.
2. Basuh labu bersih-bersih & sejat.
3. Cairkan manisan, (gula pasir dan garam: optional), daun pandan, bunga cengkeh sedikit garam.

4. Susun labu di dalam periuk, letak gula pasir di antaranya dan tuang  manisan yang telah dicairkan. Jerang labu atas api sederhana selama 30 minit dengan periuk dibiarkan sedikit terbuka.
5. Air dari labu dan manisan cair sudah cukup untuk mengempukkan labu, dan jika perlu, dan suka lebih kuah macam wansiti ni, masukkan sedikit air lagi...

5. Masukkan dalam peti ais, jika nak lagi sedap.. (",)
Selamat mencuba..

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger